semalam sebelah pagi badan x sehat. tapi sebelah petang berjaya menyihatkan badan semula dan prepare dinner yang paling simple di dunia iaitu sardin dan telur dadar. plan asal dari sehari sebelumnya was to go dinner kat luar dan pergi tesco to buy some groceries, tapi tiba-tiba cancel demi nak tengok The Amazing Race Asia Season 4 Final malam tadi. nasib baik lah teringat, kalau melepas ni rugi. betullah ada siaran ulangan tapi mana nak sama feeling die kan.
no.3, natasha and hussein - pasangan anak-ayah ni memang best. dengan beza umur yang exactly sama macam beza i dengan abah, buat i imagine apakah gayanya kalau i masuk race ala-ala gini dengan abah. aww. i happy diorang dapat masuk final dan rasa berkobar-kobar tengok diorang dapat flight ke singapore 10jam di hadapan claire and michelle, tapi sayangnya semua tu x berguna pon gara-gara operation hours untuk first task adalah 10 jam kemudian. tapi bukan itu punca sebenar kekalahan natasha dan hussein. i yang di rumah ni pon dah x sedap tengok perubahan air muka hussein bila natasya decide si ayah yang kena buat cabaran berjalan atas tali dari tingkat 56 to cross tower of marina bay sands tu. x kan lah dia x tahu yang ayah die x kan boleh buat. malah penonton pon dah learn from experience di sri lanka yang hussein kaw-kaw punya xleh wat cabaran ala-ala gini. so, penalti 4 jam tu lah yang buat team yang asalnya paling depan time start, jadi yang paling belakang at last. huhu. frust je.
no.2, claire and michelle - pasangan kawan ni paling best. nampak genit tapi lincah. syok tengok diorang. walaupon dah menangis dan ala-ala pasrah aje sebab dah ketinggalan 10jam dari orang lain kononnya, dan kebetulan pulak bila diorang sampai aje di tempat task, team lain dah blah, jadi diorang anggap team lain dah jauuhhhh nun di depan dan x terkejar dah. dengan nangis-nangis diorang tekad jugak nak selesaikan race. tapi tup-tup diorang jumpa natasha and hussein yang tengah melengung menunggu masa penalti 4 jam untuk habis. time tu lah baru diorang tahu peluang diorang still ada. tapi yang pasti time tu richard and richard dah blah lama dah ke next task.
winner, richard and richard - pasangan kawan ni agaknya serasi benor sebab nama serupa ke ha? ah apa apalah. diorang ni main gila ah dengan hati suci mulus. xde pakatan, xde dengki mengata siapa siapa, xde benci mana mana team, malah xde mengharapkan mana-mana team keluar pon. padahnya, masa cabaran 'menguji keserasian anda dan pasangan' tu diorang lambat gila siap, sebab almaklum budak baik, x pernah umpat dan x pernah pon sebut pasal team lain sesama sendiri. hehe. walaupon rich yang sorang tu agak emo sikit [dalam kes dengan bus driver dan kes ethan yang kelentong diorang] tapi die di pihak yang benar ape... hoho tetap nak puji diorang gak. after all diorang memang layak menang!
tapi apapon i rasa final tara s4 ni x begitu mendebarkan. iyelah, dah sah-sah orang itu lead, dan sah-sah orang itu kena pintas dan sebagainya. lepas tu, pegi buat final pitstop di bangunan yang sama dengan bukan satu, tapi dua tasks sebelumnya. tahulah marina bay sands tu mercu kebanggaan singapore yang terkini tapi x best ah bila richard and richard sendiri pon dah confident habes diorang yang menang even before allan wu announce diorang adalah pemenang. manakan tak, dah diorang tahu hussein amik masa penalti 4jam, dan lepas tu time diorang berlari ke final pitstop [which is just kena naik lift untuk ke tingkat atas je] diorang nampak claire and michelle tengah settle-kan final task. siapa lagi menang kalau bukan diorang. adoyy...cube la buat final pitstop tu kena naik taxi pergi somewhere ke, kot-kot ada incident x berapa luck ie taxi driver sengal or trap dalam traffic jam ke, barulah berdebar sikit masing-masing sebab ada kemungkinan team lain bernasib lebih baik ke... x gitu?
hai pandai pulak mengomen. okay lah xtahu sejak bila pulak jadi pengulas nih.
cukup lah tu.
simply nourology
- nour
- Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Friday, December 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








aku sokong diorg sbb diorg maen bersih gile kaw2 spjg game tara..2nd, sbb diorg cool n macho..3rd, derang encem!!!!! haha.
ReplyDeletehehe boleh ke sbb encem je?? tp iye part maen bersih tu aku agree sangat. sakit jiwa tgk ethan maen kecoh dgn rich pasal boat tu tapi tengok, kena karma, duk esok ethan terus kene eliminate.
ReplyDeleteha..betui2! aku tgk yg kes bot tu.rich mmg bengkerk la mlm tu, tp tgk2 sok terus ethan kne eliminate. sengal sgt nk cari kubo cina.haha.
ReplyDelete