simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, December 02, 2010

kenapa perlu bercuti?

wah sungguh indah hari ini. erm sepatutnya ia jadi sangat indah. tapi tiba-tiba spoiled by budak sebelah rumah yang memanglah sangat bising budaknya. selama dekat 3 minggu dorang balik kampung, tiba-tiba di pagi yang sepatutnya jadi pagi bersejarah boleh tidur selama mana yang i nak, tup tup dorang dah balik sini pulak dah seterusnya buat bising yang sebenarnya memang x boleh tahan. dia berkemampuan menangis melalak melolong berjam-jam macam kena dera. eh tah tah betul die kena dera tak?? lepas tu selang sejam ulang lagi. ohhh memang x boleh tahan. siapa nak try rasa jemput lah datang rumah i jom kita uji sama-sama kesabaran kita sebagai ibu. eceh. persoalannya why today??? why??? memang menguji. iye disebabkan teruji begitu, i pon masuk bilik tengah dengan harapan kurang lah sikit penderaan telinga yang berlaku di ruang depan rumah, seterusnya ber-blogwalking sakan ke sana-sini. ahaha adakah semua ini alasan sebab nak blogwalking sakan??? aha maybe *wink wink*

apapon hari ini tetap indah. menguruskan sarapan suami secara teliti dan tak tergopoh gapah, terasa seperti hari ini dimulakan dengan berkelakuan sangat baik. huiyooo ini serious punya masuk bakul angkat sendiri.. okay cukuplah tu kang menugai pulak nak baca.


ni peristiwa semalam. tujuan asal saja i nak buat makan-makan untuk staffs sebelum i mula bercuti panjang. dan sebab i x bagus dalam cooking, i beli saja kepsi kasik dorang. simple simple saja sebab idea nak order menu yang lebih best lambat sangat datangnye. lembab betul otak berfikir, baru petang semalam dapat idea nak buat camtu mana lah nak sempat carik orang yang nak amik order tu. so teruskan saja niat original iaitu makan kepsi. i cuma pesan pada dorang supaya jangan lunch sendiri semalam sebab i akan buat makan-makan sikit, tapi yang terharu nye tu, dorang berkumpul ramai-ramai dan adakan bacaan doa selamat untuk i pulak sebelum makan. dah macam kenduri doa selamat dah suasananya semalam. siap ada pengerusi majlis tiba-tiba dan tup tup i diminta bagi ucapan pulak. hoho. apapon alhamdulillah ada yang sudi buat bacaan doa selamat apatah lagi di-amin-kan oleh ramai-ramai macam tu tanpa diminta. terharu sangat. terima kasih... terima kasih semua.


after that dapat pulak gift dari sorang staff, en. irwan shah and family. thanks a lot. x sangka pulak. nah baby, murah rezeki kamu. belum apa-apa lagi dah dapat hadiah. ia adalah set of feeding accessories from tupperware brands. thanks sekali lagi en. irwan!


********************


kadang-kadang i pon ada tertanya kepada diri sendiri.kenapa perlu bercuti?? apa berbaloi ke amik unpaid leave ni?? apa tujuan sebenar dan apa yang i mahukan?? dan adakah matlamat tu semua akan tercapai??

sebab utama i amik unpaid ialah sebab pada i [faham x... PADA I, so pada y'all, i dont care] stress level di tempat kerja terlampau mengganggu. i dapat title as ketua unit pada bulan sama i dapat tahu i pregnant. that is how my pregnancy goes with all those stressful life. sian kan anak i?? dan lebih sian emaknye lah, mesti! at early pregnancy memang rasa horrible sangat, puas menangis macam orang gila sebab x tahan. okay maybe due to hormonal changes jugak. ceh kalau pregnant lady menangis saja nak blame hormones lepas tu x ada siapa amik peduli dan anggap dia cuma victim kepada serangan hormonal imbalance. lepas tu buat spekulasi bahawa dia akan okay after her body get used to it. maksudnya x ada siapa anggap dia serious punya tertekan. kecuali seorang dua...itupon kalau dia bertuah la. sebab orang lain memang cuma tahu menyoal, tapi bukan nak letakkan diri dalam kasut kita. nak pulak kasut busuk masam kan, haha ke situ pulak. tapi dalam kes i, hubby dan sis sangat understanding. lucky me. jadi salahkah i nak mintak excuse satu bulan saja untuk i damaikan hati dan tenteramkan baby?? sepanjang pregnancy ni i deal with stress almost everyday, jadi siapa mereka yang rasa layak nak menyoal apa yang i dah buat ni???

jauh di sudut hati, i bersyukur kehadrat Tuhan sebab telah memperkenankan doa kami untuk dapatkan zuriat walaupon lebih setengah tahun sebelum tu berdoa sebaliknya. Allah itu memanglah Maha Pemurah. tapi terkilan dengan diri sendiri sebab tak pulak rasa terbalas dengan apa yang Tuhan bagi. beban kerja, stressful life, busy style, buat kami makin jauh dan makin jauh sedangkan Tuhan itu sentiasa akan dekat kalau kita usaha untuk dekat padaNya kan. sampai hari ini, i rasa i belum cukup concentrate dalam melatih anak dengan kalamullah. bila sempat dan bila larat aje. belum kira bila rajin lagi. bila malas?? ah rasa malu pada Tuhan. apa yang dapat i buat cuma kasik baby dengar mp3 bacaan al-quran setiap malam time tido. so i berharap sangat cuti kali ni x disia-siakan. no more stress, no more busy, thus no more excuse!

sebab lain yang mengganggu fikiran ialah... rasa macam dah jauh sangat membiarkan rumah bersepah sampai macam nak pejam mata je bila duduk kat rumah, sebab x lalu dah nak tengok. jadi bila pejam mata tu, haruslah tertido pulak. habis tu kalau dah tido bila lah masanya nak mengemas??? adoyy la~ maka terus-terusan lah rumah bersepah. iye lah, since early pregnancy, rasa agak lembem sikit buat kerja-kerja mengemas ni. mula-mula diserang penyakit malas. dah lama-lama sikit, lepas dah x malas lagi, badan pulak dah x kuasa lagi nak panjat kerusi sapu sawang et cetera. setakat kerja rutin tu boleh lah. nak menyental bilik air [hoh my favourite tu asalnya, tiap minggu nak buat] pon dah kena marah dengan hubby. nbak tunggu dia buat, lambat-lambat sekali la jawapannya sebab busy. wah siapa suamiku ini, menteri??

satu lagi, i rasa i dah lama x exercise lah. badan pon dah x fit dan takut suami x sayang. treadmill tu dah lama terbiar berhabuk. berat badan pon naik mendadak sampai rasa nak lempang doktor klinik kerajaan tu asiiiiikkkk nak mengomel pasal berat. ah sensitive tahu! baiklah baiklah. mula pada saat ini, i akan bersenam hari-hari walaupon actually sedar, dah way too late sebab lebih bagus kalau i insaf sebelum berat naik mendadak nih kan. tapi x apa lah... better late than never. cih typical! whatever~

adalah lagi few reasons yang mungkin sedar x sedar tercicir dari sini. tapi yang pasti i cuma nak jadikan bulan terakhir pregnancy ni sebagai bulan paling bermanfaat untuk family. err sebut family, macam dah anak 3 pulak. iye lah, dah terlalu lama i terkejar itu terkejar ini. sampai keciciran tanggungjawab yang sebenar. masa untuk solivite berubah.

okay lah. eh memang rasa nak sepak lah budak sebelah nih!
bye pergi sepak dia dulu eh~

6 comments:

  1. same je budak kat area umah ni...kdg2 husband kate p la tepon polis..tp mane nak tau umah mane satu...

    eh2...jangan bersenam lari2 atas treadmill plak..

    ReplyDelete
  2. dah faham dah kenapa nour amek unpaid leave...so manfaatkan masa cuti tu dengan sebaik-baiknya yer...

    ReplyDelete
  3. huhu xdelah lari. cuma jalan-jalan manja je. haha.

    ReplyDelete
  4. insyaalah kak lynn. itu cuma explanation dalam bentuk bahasa. tapi yang lebih terkesan, mesti lah di hati. semua orang x sama cara coping with life. and this is me. huhu. thnx kak lynn sbb memahami =)

    ReplyDelete
  5. exercise during pregnancy, x bhy ker for u & baby? cam lari atas treadmill tu kang jatuh kang aaa..

    ReplyDelete
  6. pregnant la kene exercise fiexa, lebih mudah bersalin insyaAllah sbb dah train muscle to be more flexible.. bukan lah berlari, tp brjalan saja. berlari tu mmg cari nahas la tu. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails