simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, December 15, 2010

first warded experience [part.2]

once sampai di hospital, rasa berbelah bahagi nak mintak wheelchair ke. macam kronik pulak je rasa kalau kena sorong atas wheelchair, so i bajet gagah perkasa, decided nak jalan sendiri. owh ya actually next check up appointment ialah hari ahad esoknye tu, jadi alang-alang datang kira buat 2-in-1 visit lah ni.

masih kena amik urine for urinalysis, agak x puas hati tapi maybe itu procedure wajib, so x banyak complaint, i buat saja. almaklum orang tengah sakit nak pergi masuk toilet seorang diri?? baju di badan ni pon hubby yang pakaikan tahu. so y'all imagine sendiri lah berapa lama i amik masa di dalam toilet untuk settlekan 'urusan'.. haish~ malas cerita lah.

tapi alhamdulillah sebab dah inform counter awal-awal tadi kata dah sakit, so proses nye cepat aje. tapi disebabkan tengah sakit tak tertanggung, seminit rasa macam sehari, betullah penantian suatu penyiksaan. wah macam bercinta pulak. mula-mula di pre-admission room, still kena lalui procedure biasa ie amik weight reading and blood pressure. tengokkan keadaan, midwife tu cakap, ada possibility untuk deliver hari ini... WHAT???

hubby tanya samada dato' on duty ke tak, dan bila jawapannya ya, hubby requested him to serve. okay. maksudnya kelak 'on cost' nya extra ya pak! tapi time tu dah sakit x ada nak kira duit ke apa. dalam kepala cuma nak best service saja. alhamdulillah x sampai 5 minit [tapi rasa lama toturing macam 5 hari] datanglah seorang assistant parking wheelchair baek punya depan i.. mintak i naik [eh, duduk] dan kemudian disorong ke lif naik ke wad di tingkat dua. wohooo syok jugak rupanya naik wheelchair... boleh ke berperasaan camtu??? heh.

di wad, i dipasang satu alat yang berselirat-selirat wire nya untuk jalankan procedure yang dipanggil CTG which is stand for cardiotocography. first time heard about it. okay sangat jakun, whatever. boleh klik link tadi untuk self reading. x kuasa i nak explain kat sini hahaha. actually over je cakap berselirat wire. 3 saja pon... dua diikat di perut di mana satu untuk detect uterine contraction dalam bentuk percentage dan satu lagi untuk monitor fetal heart beat. wire ketiga pulak x diikat di mana mana tapi adalah untuk ditekan alat yang dipasang di hujungnya secara manual oleh ibu [haku lah tu] bila ada baby movement.. lepas setengah jam dibiarkan terbaring dengan alat tadi selama setengah jam, we both masih terpinga-pinga apa yang akan berlaku lepas habis procedure ni nanti. dah la masing-masing x tahu nak baca dan tafsir graph yang terhasil [masa tu belum tahu]...

 ni lah mende alah CTG instrument tu

ni pulak alat yang kene picit bila rasa baby movement

 
nurse sekali sekala datang monitor the reading. muka kerut-kerut tak cover langsung. cis betul. cubit baru tau. membikin hati i bertambah risau. please lah i x mahu deliver lagi weyh! [x tahu apa alasan sebenar tapi memang belum mahu lagi...] bila hubby mintak die kasik comment, die jawab, "contraction kuat macam nak bersalin nih"  ....hwaaa~~ then die sambung "let us see apa comment dato' dulu, sebab baru week 36 kan..." okay that one was nicer to heard.. i saw hope...

x sempat nak buat apa [apa nak buat lagipon??] dato' sampai di bed. die suruh hubby excuse-kan diri di belakang tabir. muka serious x boleh blah. okay faham lah, kerja dia doctor bukan untuk buat lawak, mesti lah serious, kenapa nak muka funny pulak kan. after that perkara yang paling i suspen-kan pon menjadi reality. uhuk uhuk.. buat 'show' kepada lelaki okay...lelaki!! show apa?? betul x paham ke saja buat-buat x paham?? nak kene sekeh??

dato' said pintu rahim dah bukak 1cm. okay seriously?? memang x seronok didengar. tapi explanation seterusnya memberi cahaya kepada i yang belum bersedia dari segi mental... [sakit mental ke hapa]... ehehe~

  • my pregnancy age is 36w and 1d; means that lung baby belum betul-betul matang, walaupon boleh survive if delivered now 
  • since pintu serviks baru bukak 1cm, dan x ada tanda yang keluar ie darah or air ketuban, doctor decided to take advantage dari situ untuk supress labor, demi bagi peluang kepada baby to have a mature lung dulu before try to say hello mama
  • so, procedure yang akan dibuat ialah: admit ward, inject ubat untuk stop contraction sebanyak 2 dos iaitu sebelum admit tu, dan sekali lagi after 12 hours sharp... dan dalam masa yang sama to monitor CTG every 4 hours tengok ubat tu progress tak
  • dalam injection dose yang sama dibagi sekali ubat untuk kuatkan lung baby just in case ubat stop contraction x progress in 24 hours [which means i kena jugak deliver by anyhow]

dato' cakap bukan lah dia suka-suka nak supress labor, tapi considering baby's lung yang belum mature enough, plus pintu serviks yang masih x progress, dan x ada tanda-tanda bersalin pon, that's mean im having premature contraction... walaupon dah sampai 75% you!!  heh dalam sakit tu pon x dapat nak disembunyikan perasaan gembira x perlu deliver hari tu. sampai sanggup ngaku direct dekat dato' kata "x ape, saye pon x nak lagi"... yang bila difikir-fikir balik, eh bodohnya statement tu. haha.

jadi i pon being warded for monitoring purpose. we both decided to choose regular ward saja walaupon room nampaknya lebih selesa plus hubby boleh stay overnight kalau booking room. rasa x berbaloi pulak nak booking private room unless kalau baby dah keluar tu orait lah jugak kan. 

amacam cool x rambut afro i tuh??
haha lembaga penapisan gambar nourology.blogspot 
cuma luluskan gambar ini untuk tayangan umum. kehkeh.

  
hubby setia menemani

lepas register bed, dapat baju persalinan super gumuks yang kalau dipakai pon masih boleh muat 'seorang' ikan paus lagi, dapat toiletteries set, dapat jugak menu pertama iaitu rice porridge serta air kosong satu jug dan thermos berisi air panas penuh. lepas tu macam kena dadah rasa lalok yaRabbana. dapat aje bantal memang terus masyuk sampai ke dunia khayalan yang painless. hehe. 

hubby tinggalkan i dengan dunia pari-pari itu untuk pergi ke rumah wak dan amikkan beberapa barang keperluan...since rumah wak dengan hospital ni cuma 5-10 minit perjalanan saja.  haha dasar warded x prepare apa. telekung sembahyang, sejadah, towel, et cetera semuanya kene pergi pinjam dari wak. 

cerita seterusnya sambung nanti...
penatnya mengarang, aduhai....

4 comments:

  1. sumtimes experience mcm ni sgt high value!

    ReplyDelete
  2. hi nour..lamenye x post comment kat cni..huhu...noli doakan smoga nour selamat melahirkan okay...i wish that dearie mummy and baby will always in good condition insyaAllah ;) happy parenting ok!! ^__^

    ReplyDelete
  3. thnx noli honey. doakanlah semuanya selamat dan baik-baik saja ya... =)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails