hari-hari fikir benda sama x bosan-bosan. lepas tu bosan dengan diri sendiri sebab x dapat buat sebarang perkembangan. sebab lately almost every weekend ada activity lain nak kena attend. hari tu, time family ada sini, i dah tunjukkan pada mama semua stuffs yang tersedia. eh?? semua stuffs?? mesti y'all pelik tiba-tiba je dah ada baby stuffs in the house. iya memang we both dah start beli since pregnancy reached 7th months. hubby x allow beli awal lagi dari itu, owh ya except for breastpump which was bought during expo sebab nak expo price lah katakan. lain-lain jangan kan membeli, nak pegang-pegang pon, malah nak menjeling ke baby's corner pon tidak. hubby x bagi walaupon hati ibu mana x mahu [eh tiba-tiba bajet sayu]. pelan pelan kayuh kata orang. bila tengokkan checklist barang yang nak kena beli, mulalah feels like sempat-ke-ni-sempat-ke-ni. tapi rupa-rupanya sedar x sedar, eh eh sempat rupanya. anyway by now pon belum habis lagi tapi in case [JUST IN CASE tahu] baby lahir sekarang pon, semua yang penting-penting dah tersedia. tapi pls lah baby hold on tight. sila lahir pada january. apapon dari segi keperluan, x ada benda nak risau. tinggal lagi barang-barang additional saja sekarang actually. senang cakap, barang optional. x ada rush sangat tapi memang lah once start membeli memang susah gila nak stop. semua pon rasa nak beli padahal x ada duit haha.
mama kata "cukup-cukup lah beli baju. dah terlebih nih" [mama kata, bukan i kata....i kalau boleh nak beli lagi, hehe]. then mama cakap lagi "memanglah geram tengok baju baby ni tapi eh sudah lah ni..." padahal masa mama cakap baju dah banyak dan terlebih-lebih tu ialah sebelum i tunjukkan ada lagi one pack of five bodysuits from mothercare lagi.maksudnya yang terlebih-lebih tadi harus ditambah lagi lima ye [pada masa itu, masa akan datang???? mungkin tambah lagi, who knows???]. jadi sekarang apa? melebih-lebih dah nampak gayanya.
ikmal pun menyoal dengan sangat bernas. he asked "kakngah beli banyak baju baby, tapi kakngah tau mana anak kakngah besaq ke kecik. camana kalau kuar aje dia dah besaq, macam adik??" baiklah adikku. tahniah sebab buat kakak kamu terfikir secara bijak. betul jugak. adik dulu masa newborn x muat pon pakai baju newborn. sampaikan kakcik terpaksa jadikan baju newborn yang dihadiahkan oleh uncle sebelah rumah sebagai baju teddy bear. huh teddy bear pon lebih slim dari adik yang newborn tu. sungguh chubby adik secara semulajadi. tapi kenapa sekarang tinggal rangka je??? wakaka. baiklah kesimpulannya kakngah dah insaf, kita jangan beli baju lagi dah.....
hari tu abah siap bawak satu kotak khazanah sedekad iaitu barang-barang baby ikmal. eh kenapa macam pelik aje bunyinye?oohh tak tak. barang ikmal semasa baby. ha...baru clear sikit maksudnya. subhanAllah masih wujud lagi tau. hiks. tapi x banyak yang boleh diambik pon sebab mostly agak besar, saiz M-L. yang boleh amik last-last cuma nappies and 2 newborn sleepsuits aje serta few mittens and booties.
first time basuh pakaian baby hoho!
lepas tu ikmal duk beriya-iya suruh tangkap gambar baby bila baby pakai barang dia, supaya nanti bila dah besar dia nak compare gambar dia and gambar baby sambil kata kat baby "ha..tengok ni, ni baju paksu la, ni kasut paksu la...tengok ni kita pakai sama"... haha dah advance sangat tu ikmal oi. dah maju berapa tahun pemikiran adik haku nihhhh~~
iya itu baru cerita baju. belum cerita lain lagi. xpe pelan pelan. i akan reveal sikit demi sikit apa preparation we both for the arrival of lil caliph ini.
till we meet again, bubbye~~






baju baby memang x payah beli banyak-banyak nour...sebab baby cepat membesar...nanti sayang jer sebab baju tak dapat pakai lama...
ReplyDeletethnx kak lynn. hehe xtahu nak agak. mula-mula nour naive gile x survey hrga terus beli bila suka. tengok2 yg nour beli tu standard mahal punya. ada yg murah half price lg. lepas tu terus jadi over nak membeli sebab murah rupanya, smpai xleh stop pulak dah. adoyy~ tu yang melebih2 tu.
ReplyDeletetu la~bila xbg beli,majuk~bila dh over bli?
ReplyDeletebila dah over beli, tido malam pon akan pakai baju cantek supaya berbaloi. huhu~
ReplyDelete