simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 17, 2010

anytime... x kesah!

pejam celik pejam celik hari ni dah masuk week 37 dah pon... dan sejak keluar dari ward, hubby asik tegur yang belly i dah lowered... dah turun kata orang. memang iye pon. dah boleh letak tapak tangan dan sangat obvious dah rendah.. iye memang pada mulanya i x perasan tapi sedar x sedar eh senang sikit dah nak bernafas. nak duduk pon dah mudah, x ada lagi gangguan berbentuk tendangan padu di tulang rusuk yang sebelum ni selalu jadi punca buat apa pon x kena. nak makan pon dah boleh makan sepuas hati sebab terasa ruang perut dah balik ke saiz normal, tak lagi dihimpit macam sebelum ni, sampaikan terpaksa berhenti makan sebab dah sengkak dan sesak nafas padahal perut masih lapar. so sekarang memang yeay lah!

tapi... ada lah TAPI nya pulak haish~ bila kepala baby dah engage ke dalam ruang tulang pelviks ni [di mana orang kata baby dah 'turun' tu ler..] mula lah x dapat nak jalan lelama. x tahu berapa berat baby by now tapi yang pasti memang die telah membesar dengan jayanya. terasa mendadak berat beban yang ditanggung. kalau nak pergi tesco beli sayur pon kena fikir dua puluh satu kali betul ke nak pergi nih. sudahnya, sampai separuh jalan, i keluar dari situ cari kerusi kosong tinggalkan hubby beli barang keperluan sorang-sorang kat dalam nun. huhu.

lepas tu kaki membengkak macam tapak gajah. from readings, i dapat tahu ini akibat water retention. eh sumpahlah i dah jenuh minum air, ingatkan boleh lah avoid kaki bengkak tapi rupa-rupanya merasa jugak haku apa itu kaki bengkak. kalau pakai open sandal pon dah ketat, kalau sandal yang bertali di belakang dan kasut bertutup tu memang berangan je lah. kasut modernmom yang hubby belikan dulu pon sekarang dah jadi tukun. kalau pakai socks pulak dah serupa hadiah santa yang paling besar sebab socks dah meregang dan sendat.. haha... actually i ada amik gambar tapak gajah ni, tapi kan...ehehe gila malu nak tunjuk so i x jadi nak upload. huduh!

akibat dari itu solat pon jadi sangat struggle untuk disudahkan tanpa sakit-sakit sendi. makanya kadang-kadang bila rasa sehat dan berkeupayaan, i solat macam biasa, tapi kalau tengah x berapa nak okay terpaksa solat duduk atas kerusi sebab kaki bengkak punya pasal. kadang-kadang solat duduk atas lantai jugak. semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

tido malam pon dah serupa mission impossible. tossing and turning sampai pagi. azabnya Tuhan saja tahu. selama ni dah bajet well-prepared untuk facing situasi ni tapi nampaknya x mencukupi. memang sangat-sangat azab. belum kira lagi segala sakit tulang belakang, sakit pinggang dan segala mak nenek sakit lagi duk ada. adoyy ..kadang-kadang i sampai menangis teresak-esak sebab hilang punca. patutlah syurga di bawah telapak kaki ibu... memang seorang ibu itu dah banyak menaggung beban even before kita dilahirkan... insaf.

maka, dengan segala kesulitan yang tak tertanggung ni, i dah x sabar nak tamatkannya, so i wish to deliver anytime, x kesah! hehe~

lagipon, i baru dapat tahu sebenarnya dah keluar pekeliling yang inform bahawa cuti bersalin 90 hari untuk penjawat awam tu dah pon berkuatkuasa since 15 oktober 2010 lagi. jadi i x perlu nak hold dan berharap dapat deliver on 2011 baru nak enjoy cuti panjang tu. kalau macam ni, hari ni pon kamu boleh keluar kalau kamu mahu, little caliph!!

sebelum ni hubby and i x habes-habes fikir nak pilih hospital bersalin razif atau pergi hospital kerajaan bila nak deliver nanti. tapi selepas admit last week dan tengok service nya yang bagus, hubby dah sebulat hati, dah buat final decision untuk let me deliver di hospital bersalin razif. alhamdulillah lega hati bila dah tetapkan keputusan. bila semua plan dan ironed out, rasa lapang sikit dada kan.

baby's stuffs pon dah siap untuk digunapakai... rasanya dah complete walaupon x semua items dalam checklist tu yang dah di-strikethrough. tapi kalau untuk sambut kelahiran baby, dah more than ready dah.. barang-barang mama pon dah stand by baek punya. while hospital bag pon dah ready and staring at me tiap kali i masuk bilik... hey gigil lah aku tengok kau! nak alih ke bilik sebelah lah camni.

herm walaupon since entah bila tah kami sebenarnya dah ada nama untuk baby, tapi disebabkan 9 bulan itu adalah tempoh yang panjang maka nama tadi evolve sikit demi sikit setiap kali kami cuba fikir sesuai tak nama itu.. lama-lama daripada satu nama multiply jadi banyak nama. dan daripada banyak nama nama kami pon pening antara dua-tiga yang sebenarnya seakan serupa. hmmm... tapi hari ini, kami dah finalised one. hopefully ia akan menjadi suatu doa yang baik untuk baby kami kelak. kalau ak tahu, tunggu.. hehe.

sepanjang pregnant i xde lah mengidam nak makan benda pelik-pelik ataupon yang mencabar susah nak dapat pon. semuanya lebih kepada teringin nak makan saja. bukanlah nak kata keinginan yang melampau pon. cuma sekali je menguji kesabaran hubby bila tengah malam pukul 4 pagi menangis-nangis nak makan ayam masak merah kacang peas yang mama buat. sendiri buat x mo walaupon boleh je sebenarnya. heh itulah keinginan paling x munasabah yang i pon x tahu nak explain. lain dari tu, semuanya boleh bersabar. walaupon i x demand yang pelik-pelik dan cuma mintak makanan mudah-mudah je, tapi banyak la pulak. haha. sekejap nak itu sekejap nak ini. tapi apapon i dah dapat apa yang teringin nak dapat. x ada apa lagi yang tinggal. cuma sehari dua ni teringin sangat nak pekena cendol pulut. huhu mintak mintak dapat lah sebelum deliver nih.. kalau tidak alamatnya nun tahun depan lepas confinement lah baru nak dapat..

....dan lately kasih sayang dan concern dari orang sekeliling melimpah ruah. rasa best sangat. bahagia you! walaupon belum jemu dan belum puas dengan semua ni, i believe that kalau i deliver nanti semua ni x akan sesekali lenyap malah akan datang lebih lagi.. kan kan kan. tambah bahagia lagi dengan kehadiran baby.. hmmm x dapat nak imagine how a little baby will turn my life brighter, but i know she will...

so now baby, faster come and say hello to mama and papa.
i can deliver anytime now... x kesah! =)

4 comments:

  1. hohoho..."anytime!ade saye kesah??" haha..

    ReplyDelete
  2. time pegnen ni kadang2 rase cam 'adoiyai..seksa nye ngandung...camne la mama dulu yeh'...then segale tok nenek ilmu dan tips dalam tenet...kene batang idong sendre baru tau susah nak tido...susah nak makan...paling benci kalo xthn sgt nk tencing...yg tinggal toilet cangkung...serius saket jiwa nak bdiri....tp bile bebi tendang kuat2 sampai sengkak..besar dan himpit sume...harus rase syukur amat2 sbb tau bebi besar dengan baik...

    ReplyDelete
  3. owh kakna dah facing sume tu ke? saye alhamdulillah x lama, masuk 8 bulan baru rasa seksa. before that okay je. no complaint.. hehe~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails