simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 21, 2010

sedekad lalu

21 disember 2000 - sedekad lalu

tanggal 21 disember 2000 adalah tarikh istimewa dalam hidup hubby and i. sebab, itu adalah tarikh first date kami... err walaupon actually dating dua orang budak sekolah tidaklah serupa dating dua orang yang sudah tidak bersekolah kan. sah-sah ketara lainnya. budak 15 tahun.... tentulah x ada duit poket tebal. x boleh drive untuk pick up buah hati di rumah. x ada budget lebih untuk buat surprise. malah zaman itu belum pakai handphone lagi..

dating sekadar jalan-jalan naik turun mall, dan masuk kedai komik pulak tetiba, dan singgah jugak di cyber cafe, dan kemudian makan semeja di restoran biasa, itu dah kira habes perfect first date dah. x perlu bouquet of flowers, chocolates, colourful candies, cute teddy whatsoever. lagipon kami dating secara rahsia of course... di luar pengetahuan semua orang kami kira. maklumlah budak hingusan bercinta memang macam tu. tahpape itu pon nak aci sembunyi-sembunyi. haha padan muka last-last orang tahu jugak... cis.

khazanah berharga yang masih tersimpan


walaupon kami dah menulis surat chenta [ehem ehem] sedari awal tahun 2000 lagi, tapi kami x tahu mana tarikh yang sebetulnya mencerminkan bermulanya hubungan kami. should it be tarikh first letter yang dihantar?? should it be tarikh first time si dia call?? or should it be tarikh he said he loves me [while i didnt response on that same day]?? *blushing* oleh sebab itu tarikh first date itu dianggap paling relevan. makanya tahun-tahun berikutnya kami declare 21 disember as anniversary.. di mana ia terus disambut dengan bahagia sehinggalah tahun 2009 dan 2010, dan seterusnya, kami tidak perlukan tarikh itu lagi...sebab kami dah ada tarikh anniversary of our solemnisation, where our heart tied in knot.. sehidup semati akan kekal abadi. eceh. apapon tarikh 21 disember itu akan tetap dikenang sampai mati...

kali terakhir celebrate 21 disember, gambarnya kami abadikan pada wedding banner


siapa sangka pada sedekad lalu, bila mana dua budak sekolah hingusan berjalan berdua, dengan malu malu tapi mahu, akan meneruskan hubungan itu dengan setulus suci? dan sedekad kemudian... mereka berdua menghitung hari untuk menyambut baby yang akan menjadi simbol kasih abadi?

siapa sangka kan??

i pon x sangka...
lagi x sangka i pegi tulis entry jiwang pulak hari ni.. hehe.

7 comments:

  1. heh...mmg xsangka.ingat kot cinta monyet je.siyes trkejut bila dpt tau yg uolls masih bertahan lps bertahun2:)

    ReplyDelete
  2. sis: hahaha kedengki la tu, hang xleh wat story gini... gotta wait for 2020 baru boleh. kikiki~

    una: yup x sangka klu fikir dalam2 kan, una sangka ke org sblh meja una dlm kelas akan kawen ngan org meja depan una?? hehe.. thanks to Allah sgt2 atas pertemuan ni.

    ReplyDelete
  3. haha..tu yg bleh pas gula2(err..choclair kot)time prep tu.dah dok pun dkt2 ja..time tu mmg sgt la xtrjangkau pikiran yg korang akan kawin 1 ari nnt.tp..tu la namanya jodoh kan...

    ReplyDelete
  4. amboyhh, pjg gile surat cinta. hehe.

    ReplyDelete
  5. haha malu la una igt lg.. ngee~~

    ReplyDelete
  6. hehe fiexa, camtu la gaya nya kalau dah surat kne main pos-pos... belum zaman pakai handset lagi. alang-alang pos, cerita panjang-panjang. ngeee~~

    lucky us dapat bercinta dalam banyak era - zaman surat menyurat, zaman sms and now zaman video call. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails