simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, December 13, 2010

first warded experience [part.1]

hmm setelah dua weekend x ada masa free untuk diluangkan untuk diri sendiri sepenuhnya, last weekend amat lah ditunggu-tunggu. dah siap plan nak settlekan soal shopping semua barang yang nak disediakan before deliver, while things yang boleh dikemudiankan tu x ape biar letak tepi dulu. after that nak basuh semua baju, blanket, towel dan segala bagai yang lain since baby detergent dah beli. tapi dalam masa yang sama rasa macam berbelah bahagi adakah patut amik peluang weekend itu untuk prepare hospital bag dan jugak install baby carseat siap-siap dalam kereta. eh rasa macam awal lagi je nak buat semua tu. konon-konon xnak buat awal, dan x nak fikir sangat sebab takut bila body and mentally well prepared kang, masa tu lah baby pon nak datang men-show off diri. well it's hormonal somehow, kan.

so i plan dalam week 38 baru nak prepare hospital bag. boleh? mungkin boleh. tapi dalam kes pagi sabtu yang lepas, jawapannya 'padan muka kau'.. tapi nasib baik lah muka i x berapa nak padan dengan kata-kata tersebut sebab masih dikira x berapa padan situasinya nak dipadankan bersama ayat padan tersebut. ah apa ni apa ni. okay lupakan. balik kepada perkara hospital bag. disebabkan bongkak dan x mahu bertanya kepada yang lebih dewasa [jangan lah malu-malu, anda lebih dewasa dari segi pemikiran berbanding i..kecuali sis hang x yah nak rasa terjebak dengan pujian ini. hoho] maka hari ini i berlajar [eh macam tu ke eja?? ke, belajar?] sesuatu moral. iaitu it's never too early to pack your hospital bag!


subuh hari sabtu itu adalah subuh yang menduga. hubby and i x habis terduga dan asik lah kami menduga-duga apa yang sedang menduga kami sebenarnya. setelah 4 jam yang begitu torturing bagi kami yang jauh dari orang tua tempat meminta tunjuk ajar dan petua [eh eh bajet sayu] hubby decided supaya jumpa saja orang muda tapi yang jugak berkemampuan untuk jadi tempat meminta, iaitu minta servis perubatan harap maklum. okay apa yang susah sangat nak cerita nih. cakap aje pergi jumpa doktor habes cerita. selesai. orang nak paham pon senang. okay baek lah, kami jumpa doktor.

only after 1 hour later lah baru kami sampai di hospital bersalin razif di klang tu. hubby requested dato'... dan jauh di sudut hati i ada bimbangkan sesuatu. eh tu tunggu sekejap lagi cerita. sebab i dah perasan cerita ni macam tunggang langgang. balik kepada apa perkara yang menduga [yaAllah x habes lagi rupanya].. okay kali ni serious [sambil buat muka serious]. cuba y'all buat pulak. buat sekarang.

subuh dalam pukul 5 camtu i diserang sakit belakang yang sangat kronik. erm lower back pain, to be specific. mungkin baby dah engage kan. buat andaian based on pembacaan. tapi kenapa lah dengan sangat tiba-tba jadi sangat sangat sangat x tertahan. kacau hubby tido supaya syif tido die dapat ditukar kepada syif mengurut. die akur. tapi x pasal-pasal lepas tu sakit macam contraction yang makin kuat dan over sangat pulak attack. eh eh tapi nak kata contraction pon x tahu jugak sebab manalah ada experience. main agak-agak je. campur pulak teragak-agak sebab baru 36 weeks, c'mon. macam ni ke orang kata contraction?? okay memang sangat jakun.

feeling unsure, we both fikir maybe this pain is just like any other pain. come and go macam tu saja so i cuba bersabar dan bertahan. tapi lepas 4 jam di rumah x ada progress ke arah kurang sakit tapi nampaknya makin menjadi, sampai badan pon dah menggigil, hubby decided "okay that's it, we're going to hospital".. suggestion hubby tu memang lah yang terbaik untuk dibuat pada waktu itu. tapi kalaulah boleh pakai ilmu *pling* terus sampai hospital, alangkah menarik lagi. sayangnya x ada super power macam tu. terpaksa dipapah hubby ke bilik air, hubby mandikan i dengan air panas [kami x ada water heater, hubby masak air dan prepare manually], tolong lapkan, tolong pakaikan baju, tolong masukkan semua barang perlu ke dalam handbag et cetera. i cuma perlu masuk kereta je. hubby siap bawak segala termasuk extra pillow in case i need to lie down dalam kereta kot, tapi one thing that we didnt prepare is...hospital bag. memang i ingat pasal bag tu just in case kena deliver ke haku nih... tapi disebabkan baju, towel, blanket et cetera untuk baby belum lagi basuh, bottle for breast pump pon belum being sterilised, and even semua barang pon belum buang price tag! jadi terpaksa bersangka baik dan pasrah saja pergi hospital with contraction, but without hospital bag.. hoping that x perlu deliver on that day. tolonglah jadikannya kenyataan....

satu jam perjalanan adalah satu lagi penyeksaan extra. story after we reached the hospital akan disambung kemudian. hey janganlah y'all rajin sangat nak tahu cerita ni sampai habes in one go. nanti dah muak sepuluh kali muntah pon x habes lagi ceritanya tahu. so i cerita chapter by chapter lah okay.

till then, bye...


tips:  hot/warm bath does help to ease contraction pain walaupon temporarily... i read about it, and i tried it. yes it works!

4 comments:

  1. haa..mcm chika dlu..berendam.
    nway, nasib baek hg tk pape.huhuhu..taking care darl~

    ReplyDelete
  2. haah tp aku xde la berendam. main aci cebuk-cebuk ala perigi gitu. hehe..

    ReplyDelete
  3. aduhai...dah 36 week masih x prepare hospital bag lagi ker? apesal lambat sangat prepare dik...sepatutnya 7 bulan dah standby semua tu dalam kete...in case emergency...nak tahu citer selanjutnya...cepat sket update yer...

    ReplyDelete
  4. haha macam tu ke. nour masuk 7bulan baru nak start beli barang je kak lynn, nak prepare hospital bag jaaaauuhhhhh sekali la.

    baiklah baiklah. dah belajar dari pengalaman. mekasih kak lynn. hehe. next update dalam proses. tunggu ya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails