weekend ni dah x kemana kami. duk umah je. weekend lepas dah ke serdang berkumpul dengan family saya. cuti di pertengahan minggu pulak dimanfaatkan bersama family hubby. semalam hubby ada course di kL sampai petang. so macam biasa kalau hari sabtu kami tak keluar kemana-mana, kami pasti akan pergi pasar malam mencari food. sekali sekala tukar selera. cari apam balik, mee rojak, jagung bakar, atau murtabak, tapi la budda [tidak dapat tidak] cendawan goreng mesti beli.
hari ni kami lepak di rumah lagi. oooh biar saya berterus terang, saya bukan jenis duduk rumah during weekend punya orang. kecuali kalau balik kampung aka rumah tokwan. kalau rumah abah pon ada je tempat nak ajak keluar. kalau bukan pergi shopping kat yawata, aneka, ataupon tesco mergong [tu je pilihan yang ada pon] mesti nak berkelah cucuq udang sambil menikmati angin petang di tasik darulaman. tidak pon jogging pepagi di sana barang saru round seorang, lepas tu pekena nasik lemak dua pinggan seorang pulak haha.
tapi weekend ni sepenuhnya di rumah. chika honey ehem kalau dah ibu nya depan mata 48jam haruslah melekap macam ikan bandaran. ibu dan ayah pulak kena tunggu chika tido sebelum dapat menikmati pisang goreng bersama teh panas ahhhh best jugak ye. apapon yang dibuat saya, atau anda, harapnya weekend ini terus membawa kebahagiaan buat kita kerana dapat bersama family tercinta.
mode; aduhhh rindu nak balik kampung! jom sis, PS kat tasik!







jom la...bln dpn nak??
ReplyDelete