hujan turun sejak selepas subuh. tapi kami bersiap sedai je macam biasa seolah tak ada apa-apa yang membataskan. kami sempat breakfast cucur dulu sebelum keluar rumah. hujan masih lebat sepanjang jalan tapi bila sampai di zoo hujan dah stop. walaupon jalannya masih basah, kami lanyak je.
kami berpagi-pagian di sana sebab taknak miss the animal show [sesi pertama; 11am. sesi kedua; 3pm]. bagi saya lebih mudah kalau kita dah tonton animal show sesi pertama lepas tu boleh jalan-jalan ke mana saja tanpa terikat dengan waktu. tak adalah nak terkejar-kejar ke lokasi show tu walhal pada amsa tu tengah syok-syok tengok gajah ke apa kan.
umat manusia masyaAllah ramainya. penuh seat rupanya walaupon cuaca hari ini hujan tadi. adalah beberapa haiwan terlatih yang buat show menghiburkan kami.
oh ya! dah alang-alang nak pergi, kami ajak brothers in-law join. the more the merrier kan.
paling best bagi saya adalah singa laut. walaupon badan die yang licin tu nampak menggelikan tapi die nampak sangat bijak dan tahu buat banyak aksi menghiburkan sampai dapat sorakan ramai.
selesai dengan animal show, kami jalan-jalan ke aquarium. memanglah tak sehebat aquaria tapi okay lah, memadai untuk bawak anak jalan-jalan.
penat oooo jalan!! ingatkan tak luas mana. kali terakhir saya sampai sini adalah 12 tahun yang lalu! masa tu pon rombongan sekolah [bersama hubby, tapi takde lah berjalan bersama memadu asmara, budak sekolah you!]... memang saya dah lupa habis cemana rupa kawasan dalam zoo ni. memang exhausted sangat tapi legalah bila dapat berehat di surau yang sedap ber-air-cond. kalau buatnya surau die jenis pakai kipas je memang ish taktau nak cakap lah. tak membantu memulihkan kepenatan pengunjung lah kiranya.
alhamdulillah chika honey tak banyak songeh hari tu. agak-agak dia bosan je saya sua food. agak-agak dia tengah cari idea nak memberontak je saya sua lagi food.. biar dia kenyang supaya mood baik-baik saja sepanjang hari. tambahan pula cuaca panas dan tak berteduh sepanjang mengelilingi kawasan zoo tu memang boleh buat sesiapa pon moody kalau pon orang dewasa inikan pulak anak kecik. sebab tu saya dah bawak berlambak food sebagai bekalan chika.
bekalan chika,7 different food with two different water. phew~
sebelum pulang ke rumah masing-masing, sempat lagi kami semua lunch sama-sama pekena nasik ayam dulu. time tu chika honey dah mengantuk sangat. manakan tidak, dah lepas dari time tido die pon. memang mengaruk je lah. terpujuk jugak bila didukung. lepas balik je, masuk aje kereta, terus tido. bukan chika aje, saya pon! hehe... serious penat!
begitulah kami lalui hari cuti kami sekali lagi. anda???







No comments:
Post a Comment