simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, April 25, 2012

5 sebab untuk senyum

25hb EMPAT
siapa kata angka empat membawa badluck??
anyway kita umat islam memang tak boleh percaya kepada nombor bertuah ya.

bagaimana pon bulan empat ini memang membuat ramai tersenyum tambah-tambah lagi hari ni, 25 haribulan. saya tak amik tahu janji kerajaan yang lain-lainnya, tapi satu perkara yang saya tahu kerajaan sentiasa menepati janjinya di setiap 25 haribulan, or earlier.

hari ni even better. saya mempunyai lima sebab untuk senyum lebar;

i) kenaikan gaji 13% dan elaun COLA bermula bulan ini
alhamdulillah syukur untuk ini. tidak banyak perkara yang saya harapkan semasa saya mengambil keputusan untuk kekal dengan pekerjaan sekarang, tapi banyak pula yang Tuhan limpahkan kepada kami sekeluarga. semoga Tuhan berkati rezeki kami.

ii) tunggakan gaji 13% januari-mac
sikit sebanyak ini mampu 'mencantikkan' slip penyata gaji bulan ini. walaupon jumlahnya mungkin hanya celah gigi je bagi sesetengah orang, saya tidak mahu kufur nikmat. yang pasti siapa nak bagi duk saja-saja kan?

iii) giliran main kutu saya adalah bulan ini
sejak bila la pulak dah saya main kutu pulak kan... haha. ini lah first time. sebenarnya bukan enjoy sangat tapi sebab takde excuse nak bagi kat staff yang ajak tu, saya pon join je lah. bukan payah pon. dia yang datang cari saya setiap bulan. saya sua kan aje. rotation nya lama. setahun lebih juga baru habis semua orang dan bila dah macam tu memang sekali dapat; lebih dari dua bulan gaji. saya anggap ia sebagai tabungan sampingan saja selain dari tabungan tetap -potong gaji masuk akaun tabung haji.

iv) elaun tenaga pengajar pelajar perubatan
percaya tak saya jadi pensyarah kepada medical students salah sebuah uni awam di malaysia ni??? hehe sabar dulu. jangan percaya mudah sangat. saya tak mewarisi ketokohan abah sebagai pensyarah hehe. tapi saya telah dihukum-paksa untuk menyampaikan 'kuliah mini' kepada beberapa group of medical students ni secara berkala. dan kebetulan hari ni juga dibayar elaun tu.

v) saya masih bernafas dan mempunyai keluarga bahagia
sebenarnya ini yang pertama. tapi biasanya kalau yang paling terbaik kita letakkan sebagai pertama, orang tak nampak klimaks nya. sama jugak macam persembahan artis kan, sengaja letak giliran artis yang top dekat last-last show. hehe. ya, setiap hari terjaga dari tidur dengan anak yang comel di sebelah, memang membahagiakan. menerima panggilan cinta dari suami yang bertanya khabar sehari berkali-kali pon amat menyenangkan hati  *smile*


my sayangs
tanpa mereka kosonglah jiwa saya


***********************


apapon, saya masih menunggu bilakah masanya slip penyata gaji saya tak lagi menunjukkan potongan kwsp [saya amik skim pencen]. tension oii. dengan potongan itu saya boleh membayar upah mengasuh dua orang anak dah. siaplah nanti bila dah stop potongan kwsp tu, pada masa itu, saya akan senyum lebih lebar lagi. ada sesuatu yang saya mahu untuk diri sendiri *wawasan lah konon*

tentu anda juga happy hari ni kan??? jangan lupa sujud syukur!  alhamduLILLAH.

2 comments:

  1. sonoknya cikah tuu..

    *hmm...mai pinjam det sket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah balik, seronok lah ada orang gomoi-gomoi..

      sket tu berapa? hehe.

      Delete

Related Posts with Thumbnails