dah lama tak balik kampung. dua bulan. almost. saya masih ingat kali terakhir balik kedah ialah bilamana kami pulang semula ke rumah dengan selambak baju baru buat chika honey haha biasalah tuu... mak wan pasti dah standby habuan, along pon bagi lagi, dan saya pulak tak boleh tahan nafsu bila tengok 50% untuk pemegang member card. memang saya sanggup jadi kerja patah balik rumah, mintak member card dari abah, dan pergi pulak mall untuk rembat beberapa helai item yang half price tu. biasanya kalau nak beli baju bajan memang di sana lah berbaloi. betapa mall di kL ni mark-up sedangkan kita boleh dapat half price dengan mudah camtu. jadi kesimpulannya anak saya bukan pakai baju mahal pon. semua half price je haha.
dah lama tak jenjalan. kali terakhir adalah pergi zoo which was.... erm, last week??? alamak tak lama pon?? haha itu tak aci. maksud saya, holiday. jalan luar negeri. bukan luar negara, ulang sekali lagi, luar negeri. overnight somewhere yang bila buka pintu nampak pantai, like we had in cherating once. sangat syok. how i wish i can be there again. peaceful. had the beach hanya kami. maksud saya, terhad kepada penginap resort saja. tak payah share dengan crowds. dan bila sunset berlalu, menapak barefoot sambil berpimpinan tangan balik ke challet. awwww~
dah lama jugak teringin nak makan cendol pulut kat stall tepi jalan time cuaca panas, like we did masa kat serdang. suka sangat. bila rasa tak cukup tak segan-segan mintak tambah. saya masih ingat bagaimana mangkuk cendol pulut saya pasti dipenuhkan dengan kacang merah oleh hubby yang tak suka kacang tu. dan apa yang dia tak tahu betapa saya teringin nak minta jagung dalam mangkuk nya juga sebab saya lebih sukakan banyak jagung di dalam mangkuk, bukannya kacang merah. hehe. kat sini pon ada jual cendol tapi style kedai punya and i dont wish to have cendol pulut that way. saya nak pekena kat lori yang bukak jadi stall tu. baru feeling. simple. tak berebut-rebut. borak-borak and no rush.
ihsan google
untuk buat terliur
dah lama juga saya tak berjogging. semenjak berpindah ke sini lebih dua tahun yang lalu, saya tak lagi keluar jogging petang-petang sebagaimana yang saya jadikan rutin semasa hari free kuliah petang semasa undergrad, atau selepas pulang kerja tak kira samada masa bujang di trek jogging upm, atau selepas kawen jogging dengan kawan-kawan sekerja di trek jogging tasik cyberjaya. bila pindah sini, saya jadi segan. orang sini orang kerja kuat. mereka bersawah, berkebun. dah cukup berpeluh tak perlu balik nak jogging lagi pon. sebab tu saya rela beli satu treadmill dan jogging diam-diam dalam rumah je. tapi itu sebelum pregnant sehinggalah few early month of pregnancy sahaja. lepas tu saya berhenti sampai sekarang, walaupon cuba juga curi masa bila anak tido, tapi dah tak sama. hilang consistency. buat bila rajin. bila teringat nak buat. dan bila tak ada benda penting lain untuk dibuat. tapi bilanya?? selalu kalau anak tido, itu sajalah masa yang saya ada untuk membersihkan diri, masak bubur dia, jemur kain dan sebagainya. pokoknya, bersenam bukan lagi rutin saya. saya sukakan gaya hidup bersukan, tapi saya telah lama buang ia dari rutin. kecewa nya.
*******************
cukup dulu. saya tak boleh senaraikan kemahuan yang terlalu banyak. hehe. yang realistic boleh disebut-sebut, tapi kalau yang fifty-fifty saya tak mahu fikir secara serious. dah lama jugak tak pregnant??? haha yang pasti untuk menambah bilangan anak bukan dalam senarai buat masa sekarang. tapi saya dihujani dengan soalan kegemaran orang melayu peramah tak berpasal iaitu bila nombor dua?? come on lah anak saya masih kecik kot. dengan alasan dia sudah boleh berlari tak bermaksud dia mampu menguruskan diri sendiri. malah dengan hubby hanya balik on weekend, saya tak ada pilihan selain menguruskan rumah dan anak bersendirian [dengan erti kata BERSENDIRIAN yang sebenar-benar BERSEORANGAN, kalau ada di antara anda yang tidak jelas lagi]. head injury dia pon belum pulih sepenuhnya kalau diikutkan time frame yang pakar bagi, sungguhpon dia nampak normal dan aktif, serta tumbesaran yang lancar menunjukkan sesuatu yang positif bagi rekod perubatannya, alhamdulillah untuk itu, tapi saya tetap terus berjaga-jaga dan tidak dapat menahan perasaan kalau dia jatuh lagi. malah kalau ikut nasihat perubatan keluarga, rahim seorang wanita hanya betul-betul pulih dan bersedia untuk next pregnancy after two years. so, please lah wey~~ simpan soalan itu untuk tahun depan.
putri yang ditukar masih kecil
[sat nak tanya, bila cerita putri yang ditukar tu nak habis????]
tapi satu lagi nak suarakan ialah dah lama tak jumpa kawan-kawan lab cyberjaya. apa khabar korang ye? lama jugak tak call sana, sampaikan hari tu bila call dengan menyamar sebagai customer yang nak buat complaint, haha gugup jugak kak naimah menjawab ye hahaha yaAllah jahatnya saya. anyway saya expect boleh jumpa dengan most of them, if not all pon, insyaAllah 28hb nanti di wedding ita. teringin sangat jugak nak attend solemnisation. ianya pasti berbeza dengan solemn yang lain. manakan tidak, ita will be married to a chinese guy. rakan sekerja kitorang jugak. saya update the story later, on special entry later. jumpa di sana nanti ya semua. miss you all.
ketika nak mengakhiri entry ni pon, saya masih terfikir beberapa lagi kehendak yang pelbagai. argh!








1. yg bintang-bintang itu ialah P****n P***e. hahaha..gotcha!
ReplyDelete2. hahaha..kite serupa.Aku pon baru aje voice up pasal holiday cuti2 td sbb bosan asik keje je. mau holiday jugak nih.
3. treadmill tu buat tukun jelah..haha
4. erk?? bila nk no 2??? hahaha...itu soalan org yg xde bnda lain nk tnya...ingt beranak tk kena jg anak ke? kehkehkeh...
1. cih meluat la aku dengan hang ni. sibuk je.
Delete2. jom lah kita pi dua orang nak. hang sapot. wakakakaka. pastu aku belikan hang kek besday. kita makan kek tuuuu je dua hari satu malam. wakakakaka lagi.
3. guna jugak sikit-sikit tapi, alah sikit-sikit laa...
4. tahnye. pantang tok janggut sungguh aku bila orang tanya. dah nak ramah pon, tanya la awat budak ni comey sangat ke, awat budak ni cerdik sangat ke... banyak lagi soalan lain kott~
1. hahaha..bese ler, aku mmg suka sibuk kt hg. kih3!
ReplyDelete2. ewah,dh la suh aku sapot,pastu nk dera aku mkn kek je plk..mau sawan aku nti sbb lapaq..hahaha
3. sikit-sikit?? x pnh lgsg kot,sampai berhabuk tebal je aku tgk..
4. hahahah...depa tk terpikir.hihihi