sedikit cerita sambungan hari kejadian;
pulangnya kami ke rumah apabila chika terlena selepas saya berjaya pujuk dia supaya breastfeed. dia terlena dalam tangisan. matanya terpejam dengan alis mata yang masih basah. selencun hati saya juga walau tak nampak pada zahirnya. ya lah, dah nak balik rumah saya mestilah kena stop crying. malulah depan saudara semua.
saya tidurkan chika di bilik sementara saudara mara mula memenuhi rumah. malam itu kami ada kenduri sikit. chika tidur sampai lewat maghrib. terjaga saja dia, mulalah menangis macam kena 'kacau'. saya fikir oohh ni pasal tido time maghrib lah ni.... tak makan dipujuk, saya mandikan dia, pon masih menangis jugak. sampailah saya pujuk dia dengan activity kegemaran dia - main bubble, sehinggalah mood dia betul-betul okay.
tapi bila saya baringkan dia, dia menjerit menangis sekuat hati sampai selak. saya hairan. bila bagi berdiri dia okay semula. bagi baring nangis taknak lepas tu berdiri semula okay balik. camtu lah seterusnya membuatkan saya dapat menghidu ada yang tidak kena di kepala dia.
untuk pengetahuan semua, saya tak nampak chika jatuh sebab dia lebih dekat dengan hubby masa tu dan arm rest kerusi tu yang tinggi buat saya tak nampak dia. saya jugak tak nampak chika yang dah terjatuh di lantai atas alasan yang sama. puas saya tanya hubby dan mintak hubby explain macam mana chika boleh jatuh dan bagaimana keadaan dia semasa dan selepas jatuh. hubby yakinkan saya chika jatuh punggung dulu baru kepala. maybe dia nak legakan hati saya tapi sebenarnya tiada apa yang boleh buat sebegitu pon kerana saya pada ketika itu sedang melihat sendiri akibatnya pada anak kecil saya. dia mengerang setiap kali berbaring!! apa yang tidak kena pada kepala dia????
saya ajak hubby pergi klinik, hospital, ah apa-apalah. saya mahukan jawapan segera sebab hati saya sudah tak betah lagi tengokkan anak macam tu. tapi dek kerana kenduri yang lewat habis, saya yang tertidur dulu bersama chika yang hanya selesa breastfeed secara meniarap buat pertama kali sebab tak mahu berbaring.
*****************************
AHAD
saya cuba berlagak bijak. seiring doa, saya amalkan apa yang saya tahu dari pembacaan. memerhatikan tanda-tanda kesan post-trauma for 48 hours; vomiting, kurang selera makan, demam, kurang aktif dari kebiasaan.... semuanya tak ada. chika tak ubah seperti apa adanya dia, except bila nak baring dia mula meraung. tapi bila ditengok dari luaran kepalanya baik baik saja. malah tanda lebam ataupon merah-merah ke, sikit pon tak ada. jadi hubby suggest maybe trauma nya belum hilang. ya, perhaps. i think.
kami balik ke kampung sebelah saya pula malam nya. ya, masa itu hati saya sudah lega. chika lincah macam biasa. sisters and brother main dengan dia, dan dia gelak mengekek tak hengat. sehinggalah melepasi tempoh 48 jam post trauma, dia baik-baik sahaja. lalu saya dengan penuh syukur menghembus nafas lega sebab yakin yang saya sudah melalui satu fasa perit yang kini sudah pon tamat.
ISNIN
jadi saya dan hubby dengan berlapang dada pergi berjalan-jalan ke taiping dengan all siblings. most of the time chika diulit oleh along dan achik nye. begitu jugak dengan paksu yang still takut-takut nak dukung die. hehe. to be honest, i was not being honest. apa saya cakap ni?? maksud saya, terus terang saya katakan, masa tu saya tidak berterus terang pon kat family yang chika jatuh on previous day. dan sehinggalah kami balik lepas habis bercuti pon tak ada siapa pon yang notice apa-apa yang pelik pada dia..... sebab she was all okay je.
tetapi apa yang masih membuat saya doubt sangat was; chika still refuse untuk tido baring macam biasa. dia nak jugak tido meniarap wic is bukan tabiat dia nak tido macam tu. kata hubby maybe dia masih trauma dengan apa yang berlaku. again, saya cuba mengiyakan demi menyedapkan hati sendiri walaupon hati saya masih gusar seakan ada sesuatu yang tidak baik.
SELASA
kami patah balik semula ke ipoh sebelum balik rumah di kuala selangor. kiss goodbye to in laws and holidays ended pretty well, as far as i know it.
[to be continued in part 4; when the real thing revealed]










patut la masa dia tido aku nk baringkan dia kt kurau dli tu dia trus terjga n nangis....pdahal b4 tu dia tido lena ja...
ReplyDeletehmm dia sakit agaknya kot. sian dia.
Delete