pada hari ini saya sudahpun start cuti separuh gaji demi menjaga anak lah kekdahnye. tapi saya berblogging??? macam mana kira tu?? hehe.
continue from part 1;
SABTU
sepertinya orang lain, kami pon balik kampung. first balik kampung sebelah hubby dulu di ipoh. and ya, suka diingatkan berulang kali, it was my birthday. a birthday that i wont forget till i die. sebab apa?? sebab nya sebentar lagi....
yang pasti saya berfikir panjang sebanyak dua puluh satu kali samada nak teruskan cerita part 2 ini iaitu apa yang berlaku pada hari itu ataupon tidak. samada nak tulis dalam blog atau biarkan ia menjadi beban di dalam kepala saya saja. samada saya hendak biarkan ia menjadi punca saya bersedih secara makan dalam ataupon saya patut luahkan. samada saya mahu terus hidup dalam penafian atas kecuaian dan kelalaian yang tidak dapat dimaafkan atau berterus terang di sini supaya suatu hari nanti chika honey dapat memaafkan saya. dan demi alasan terakhir itu, saya akhirnya mengumpul kekuatan pada hari ini untuk bersuara.
secara jujurnya, alasan menjaga anak dan dengan itu nak biarkan blog ini bersawang hanyalah lakonan saya. saya hidup dalam denial. saya rasa suatu perasaan yang sukar nak diceritakan. saya tak mahu bercerita pon sebenarnya. sebab itu saya mengambil apa jua kesempatan yang saya ada untuk dijadikan alasan. tapi tidak pada hari ini.
yuk kita~
ini dia bayi kecil saya yang baru nak belajar solat. erm sujud aje yang dia tahu. then tadah tangan sapu muka tanda baca doa. tapi itu sudah cukup bagi umur nya. gambar tu masa saya dan suami tengah bersiap nak keluar untuk pergi celebrate birthday kekonon. kebetulan kami sampai tu belum ada sesiapa saudara mara yang lainnya. even family in law pon baru bertolak katanya. jadi lepas solat kami keluar.
petang itu hujan lebat. bukan cuaca yang best nak berjimba. tapi demi menuntut bela pada separuh hari istimewa saya yang telah terbazir di dalam traffic jam gara-gara semua orang nak balik kampung, saya tak berfikir dua kali bila hubby ajak makan kat luar just for a simple [at least it was something lah kan] celebration, just three of us.
tutti frutti.
saya bersumpah bahawa saya tidak akan mahu menyebut nama restoran ini dengan gembira lagi. itulah kali pertama saya pergi, dan biarlah menjadi yang terakhir juga. bukan kerana harga ice cream nya, tapi kerana peristiwa pahit dalam hidup asyiqah rayyana, yang sebenarnya tidak bisa faham apa-apapon, maka ia sebenarnya peristiwa yang jauh lebih pahit yang berlaku dalam hidup saya.
ia adalah ulangtahun hari jadi saya dan ini kah apa yang saya dapat??? saya tidak menyoal takdir tetapi saya berasa sangat ralat dengan apa yang berlaku. saya masih tidak percaya ia telah tercatat dalam hidup saya tetapi sikit demi sedikit saya kini sudah boleh menerima hakikat. sebab tu lah saya akhirnya punya kekuatan untuk menulis hari ni. ya, itupon selepas tiga minggu.
inilah kerusi yang pada asalnya sangat cantik dan unik di mata saya, amat menyerlah warnanya. ya, cukup unik dan menyerlah sehingga saya tak mampu melupakannya lagi. cukup terkesan di hati saya sehingga melihat gambarnya saja sudah cukup buat hati saya sedih dan terguris dalam.
dan saya paling sedih melihat gambar yang satu ini. inilah gambar terakhir chika honey dengan tubuh badan yang tiada kebimbangan. sihat luar dan dalam. tiada kecederaan. sejurus sebelum segalanya berubah.
dari ketinggian itulah chika honey terjatuh akibat kelalaian saya dan suami yang sibukkan payung di luar takut ada tangan yang mencuri, risau nanti nak balik tak ada payung. saya semacam tak boleh menerima bahawa pada masa tu saya sangat vunguks! apakah bendanya sangat payung itu sampai saya tidak melihat apa yang dibuat oleh anak saya? apalah berharganya sangat payung itu sampai suami yang asalnya pegang anak boleh lepaskan dia? saya berasa seribu satu perasaan. marah, sedih, terkejut, sakit hati, luluh, hancur hati, segalanya!!
saya cepat-cepat bf chika honey supaya hilang trauma nya tapi dia merengek semacam. tidak seperti lain-lain waktu dia jatuh katil atau jatuh masa tengah bermain, kalau terus bf teruslah diam. saya masih tidak boleh lupa bagaimana dia merintih kesakitan pada masa itu sambil menatap tepat ke dalam mata saya seolah mengadu dan meminta saya faham kesakitan yang dia tanggung. tetapi apakan daya saya, saya tidak dapat merasainya walaupon sedikit. tapi percayalah asyiqah rayyana, jika kamu baca ini nanti, bahawa jauh di dalam lubuk hati ibu, ibu terasa kesakitan yang terlampau yang tidak mungkin dapat dirawat oleh mana-mana ahli perubatan pon. malah, selepas kesakitan yang kamu alami hilang pon ibu masih akan terus menanggung luka di dalam sini.
saya cepat-cepat ajak hubby masuk kereta. ya kebetulan saja ice cream pon dah tinggal sesuap dua. hah itu satu lagi fakta yang saya sangat ralat. kami dah nak balik pon! tapi perkara buruk itu sempat juga berlaku. ya betul. ianya takdir. saya akur.
sebaik masuk ke dalam kereta, air mata saya berjuraian sedangkan hujan di luar sudah mula perlahan rentaknya. chika tak meraung. tapi dia merengek tak seperti kebiasaan. itulah yang merincik-rincik halus hati saya. kecewa. ya saya kecewa kerana saya tidak dapat memutarkan masa supaya anak kecil saya tidak apa-apa.
[to be continued in part 3; i didnt realised something's happening]













Cika patah tangan ke kakngah??isk...menitik2 air mate..baru entry n xtau ujung pangkal...sy pon slalu leka n slalu bekasar ngan anak...harap2 dpt jd pengajaran buat diri sendiri..
ReplyDeletepatah tangan boleh dipulihkan. patah hati ibu cemana mau sembuhkan? chika x patah tangan. tapi even worst. nanti kakngah sambung.
Delete