masuk saja siangnya baru saya call abah untuk bagitau pasal chika warded and story semuanya. perasaan saya sudah boleh dikawal. neurologist yang datang buat ward round tu memberi saya keyakinan bahawa saya tak perlu bersedih panjang. setidak-tidaknya buat masa ini. future, wallahua'lam.
blood transfusion tak jadi sebab lepas run second test, Hb chika dah okay, reached 10.something. saya lega. pesan doc jangan dia kena apa-apa infection, sebab sebarang infection boleh membawa kepada infection pada hematoma itu dan keadaan boleh get worse. darah kalau dah bertukar jadi nanah, macam mana? lagi satu, doc juga cakap chika akan diletakkan di bawah pemerhatian selama 2-3 hari untuk perhatikan sebarang behaviour changes, fever, ataupon pertambahan saiz hematoma tu [wic is abnormal]. okay. secara terus terang saya terima saja lah berapa hari pon nak kena stay kat sini. dan kalau pon hanya untuk pemerhatian semata-mata dan bukannya rawatan pon, saya tetap redha sebab semuanya untuk kebaikan juga.
tapi sebenarnya sepanjang di ward, ramai lah parents kanak-kanak lain yang tertanya kenapa anak saya warded. kalau ditengokkan daripada kudrat dia memang tak serupa orang sakit. menangis kesakitan pon tidak. kadang-kadang rambut bentuk cendawan chika ni buat orang tak nampak hematoma di kepala dia. jadi kalau saya malas nak cerita saya cakap je chika ni demam. lepas tu parents tu dah tak tanya apa lagi. memang jelas lah yang omong palsu saya tu boleh diterima.
chika x suka bed dia. di situ tempat doc usik-usik pegang-pegang dia. di situ juga nurses buat perkara serupa setiap 4 jam amik bacaan blood pressure dan temperature. sampaikan dia seperti dah phobia bila tengok orang berbaju putih. belumpon lagi disentuh dia dah start menangis. kesian jugak saya tengok dia. jadi kami lebih banyak menghabiskan masa di playground. ya, ada playground di tingkat lapan.
chika yang happy dapat main papan gelungsur
chika dan ayah watched fireworks dari open-air playground.
ya terima kasih ayah for being there till late night.
juga ada mainan yang tidak terdapat di rumah
dan lawatan dari badan NGO yang bagi belon kepada budak-budak ni
serta mainan yang dihadiahkan oleh aunty yun semasa visit chika sempena birthday chika yang lalu
***********
chika telah diberi ubat tidur lagi sekali pada hari ketiga untuk melalui proses CT brain scan kali kedua bertujuan untuk melihat progress dalam otaknya. saya memang sudah aware dengan ini dan memang menunggu-nunggu jadualnya pon. aim scan kali ini adalah untuk tengok kalau-kalau ada internal bleeding yang tak dapat dilihat pada awalnya tetapi boleh berlaku dan hanya nampak selepas beberapa hari. sayangnya scan kali ini saya terpaksa duduk di luar. tak dibenarkan berada di samping chika. tak boleh nak membantah kerana saya bersama dua nurses dan seorang juru x-ray yang bukan kenalan saya.
alhamdulillah Tuhan mendengar doa saya. setiap kali ke surau saya menangis lagi walaupon kononnya dah cukup kuat tapi bila bersendiri di atas sejadah, tak ada siapa lagi tempat saya meminta melainkan Tuhan saja. saya mengharapkan keputusan yang baik-baik. dan ya, buat masa ini itulah yang saya dapat. tidak ada perkembangan internal bleeding tapi neurologist itu pesan juga kepada saya bahawa ini keputusan sekadar apa yang dapat dilihat pada hari ini. saya akur. saya faham sangat. terima kasih kerana ingatkan saya.
terima kasih kepada yang sudi datang visit sepanjang chika warded. abg anas, kak saadah, wak, kak zila, kak tinie, aman, yun, kak puspa, terima kasih semua kerana menceriakan hari anak kecil saya.
anak ini masih tak mengerti apa-apa. yang dia tahu cuma nak main saja. saya sudah serik nak melihat dia jatuh lagi walaupon jatuh biasa-biasa, ataupon sekadar terhantuk di meja. tapi memang inilah masanya dia berpotensi besar mengharungi semua itu. dia sedang dalam peringkat nak belajar berjalan. jadi jatuh bangun jatuh bangun itu biasa. tapi tidak bagi seorang yang mengalami parietal bone fracture. bagaimana saya boleh menghalang dia??
jadi selepas berbincang dengan hubby, saya mengambil cuti sebulan untuk menjaga dia. kalau ikutkan doctor, chika perlukan anggaran tempoh 6 bulan untuk fracture itu betul-betul bercantum semula tapi apakan daya saya, kelayakan cuti separuh gaji saya hanyalah sebulan saja pada masa ini. dan sekarang saya benar-benar berharap chika dah boleh berjalan dengan baik selepas cuti saya tamat. supaya bila saya terpaksa balik bekerja semula nanti, saya boleh meninggalkan dia di rumah babysitter dengan lapang dada.















get well soon,chika darling.
ReplyDeleten to you, sis...be strong okay.