but theoretically this is a continuation from previous entry [part 3] jadi saya kekalkan namanya part 4.
***************************
RABU
hari untuk balik ke office...argh bosan. tapi holiday dah tamat. kena pergi kerja la jugak... paginya macam biasa, kejutkan chika bangun tidur, tukar lampin dia then basuh muka, taruk bedak, letak minyak rambut, sisir dan sikat rambut dia kemas-kemas. itulah yang saya ataupon hubby akan buat setiap pagi sebelum hantar dia ke rumah babysitter.
off to work.
saya balik sedikit lewat petang tu. hari yang agak produktif sebab saya kerja dengan bersungguh kalau nak compare dengan hari-hari yang lain biasanya saya malas hahaha. tak baik kan?? saya balik dan terus ke rumah babysitter macam biasa. tapi kali ini salam saya tak disambut baik.
belumpon sempat kaki saya melangkah masuk, babysitter dah jerit tanya saya kenapa kepala chika ni? katanya. saya terkedu. dari luar pintu rumah saya tengok anak kecil saya yang mukanya selamba yaya tengah seronok bermain tapi kepalanya mashaAllah membengkak separuh dari saiznya. perasaan saya waktu itu hanya Allah sajalah yang tahu. saya rasa nak terus berlari amik dia, peluk dia, menangis dan menjerit sekuat-kuatnya meminta Allah tolong jangan benarkan apa-apa yang buruk menimpanya, tapi saya masih diizinkan Allah untuk memikul dugaan ini dengan sabar. setidak-tidaknya di hadapan babysitter.
hilang sudah senyuman saya di pintu itu. saya ambil chika cepat-cepat sambil telinga saya mendengar cerita babysitter bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. kakak tu beriya cerita dia tak senang hati tak lalu makan tak boleh tido risaukan apa yang berlaku. ya ya ya saya faham. dia memang sayangkan anak saya. tapi dia tak tahu apa yang berlaku. saya punya lebih seribu satu sebab untuk tak senang hati atas apa yang menimpa. saya keluar sambil yakinkan dia yang saya akan bawak chika jumpa doctor.
Allah sajalah yang tahu betapa badan saya menggigil ketakutan. chika? masuk saja kereta, macam biasa mulutnya menegur burung-burung, kucing-kucing, dan jiran-jiran yang sedang main badminton ataupon yang tengah seronok kayuh basikal. tengokkan dia macam tu saya semakin hiba. yaAllah anak kecil saya tak mengerti apa pon. bila suara chika makin ceria seperti jelas sangat yang dia tak faham apa-apa, berderau hati saya. sampai saja di hujung simpang rumah babysitter saya terus call hubby suruh hubby balik time tu jugak. masa tu saya menangis tak tertahan-tahan lagi. saya peluk dia.
apakah nasib dia? apakah nasib saya? apakah nasib kami sebenarnya??? kecederaan di kepala adalah sesuatu yang serius. dengan air mata, saya flip satu persatu page dalam apps di phone saya - iTriage. saya suggest semua orang patut ada apps ni. eh ini bukan promote tapi bagi saya sangat bermanfaat. dari situ saya baca pasal head injury. dan dari situ lah saya bertambah over lagi menangis. sebab saya seakan pasti bahawa saya sudah dapat jawapan tentang keadaan anak saya. lalu saya menangis dan terus menangis sampai hubby sampai rumah lebih satu jam kemudian.
kami ke klinik private yang berdekatan. klinik favourite saya sebenarnya. doctor buat muka ngeri yang tak dapat disembunyikan dari saya. tapi saya dapat sembunyikan air mata saya dari dia. tak salah lagi. apa yang saya dapat dari iTriage itulah yang doctor suspect. dia mahu saya terus ke hospital tanjong karang buat CT brain scan tapi saya bagitahu dia kat sana tak ada servis tu. cemana saya tahu?? eh kan saya kerja situ. saya tahulah. saya mintak doctor buat referral letter. biar saya bawak anak saya ke hospital pakar.
saya sebulat hati nak pergi ke hospital sungai buloh. tapi hubby ajak ke hospital klang. atas alasan mudah dia nak tumpang bermalam. kalau di klang, kami ada wak. boleh jugak hubby tumpang tapi kalau di sungai buloh kami tak ada sape.
so saya call senior staff saya. seorang yang berpengalaman. asked her personal opinion samada saya patut ke hospital sungai buloh atau hospital klang. tapi sebagai seorang yang profesional, dia tak terus bagi jawapan. dia kata nanti kejap dia call tanya emergency department kat mana patut refer anak saya. dan lepas tu dia call saya balik suggest ke sungai buloh as chika ada head injury. sebab di sungai buloh lebih banyak kes neurology berbanding klang. lagipon ward paediatrics di klang omaigod over crowded! dan ya, tentulah saya mahukan kepakaran terbaik jika diberi ruang untuk memilih.
hubby terus kasi angkat je sama beg balik kampung chika yang sebetulnya belum berkemas lagi. yep. walaupon saya dan hubby tak ada sebut apa-apa, tapi saya tahu dan dia pon tahu yang chika for sure kena admit malam ni. dan if not, tentulah doctor tu patut masuk semula ke medical school. dan saya tekad kalau itu berlaku saya akan ajak hubby pergi hospital lain yang mahu mengambil berat tentang anak saya. please admit her!
sepanjang jalan saya habiskan stok air mata saya sehabis-habisnya. supaya saya tak perlu menangis lagi selepas itu. supaya saya akan menjadi ibu yang tabah sepanjang proses ini. terima kasih hubby kerana dia yang buat saya lebih kuat sebenarnya. saya tak perlu jelaskan secara panjang-panjang, dia lebih tahu sokongan dia itulah yang membawa kepada siapa saya hari ini.
trauma lane lengang. ya lah dah malam. kami sampai pukul 10pm dan around 10.30pm kami dah pon melalui pre-admission, pre-checked at green zone, back at pre-admission, dapatkan nombor giliran dan dilayan di dalam doc's room at trauma lane.
doc kept asking saya takkan lah langsung tak perasan kepala anak camni? saya betul sumpah memang tak perasan. kalaupon bukan saya pon, hubby cemana?? tak perasan jugakkah dia?? pagi tadi masa sikat rambut chika?? dan semalam dia bukan je dengan kami berdua malah dengan along nya, achik nya, wan dan mak wan, paksu nya, embah lanang dan embah wedok, paman-paman, takkan lah kalau saya tak perasan, diorang semua tu pon tak perasan??? jadi saya memang yakin mata saya bukan nya terleka, tapi memang it was not there!
doc cakap ada kemungkinan dia jatuh kali kedua yang menyebabkan pembengkakan tu. maybe di rumah pengasuh tetapi saya tidak mahu kaitkan pengasuh dalam hal ni. dia sayangkan anak saya. kalaupon betul chika ada jatuh tentulah itu di luar kemahuan dia jugak. jadi biarlah ada atau tidak jatuh kali kedua tu sebab itu tidak akan mengubah apa-apa. jadi saya redha.
at first doctor suggest x-ray. saya tak berpuas hati. saya cuba bersuara minta dia consider CT scan. sebab melalui x-ray sahaja kita tak boleh tengok internal injury. doc cakap x apa. x-ray dulu kalau suspect ada fracture baru dia akan consider next step. katanya lagi, tak elok terus expose CT scan radioactive kpd baby sekecil ini unnecessarily.
saya akur. at least depan dia.
di belakang dia, saya cakap dengan hubby, saya tak puas hati. i want CT scan to be done. saya tidak membawa anak saya sejauh ini untuk x-ray saja. saya mengharap sesuatu yang lebih detail. supaya saya boleh tahu bahawa kebimbangan dan ketakutan saya berasas. bagi saya, jom kita weight between radioactive exposure tu dengan possibility untuk terlepas pandang disebabkan x-ray limitation. saya lebih rela expose anak saya dengan radioactive itu asalkan pemeriksaan dibuat menyeluruh, daripada ingatkan takde pape tapi kelak melarat.
chika baik-baik saja mood nya walaupon dipegang dipicit ditekan di kepala. dia macam dah pelik kenapalah semua orang tak dikenali duk belek belek kepala dia. tapi dia okay je. sehinggalah bila kami paksa dia dibaringkan dalam bilik x-ray yang suasananya saya sendiri rasa sangat seram. letak kepala dia dalam acuan supaya gambar steady dan terletak. masa tu dia menangis sampai selak. saya tak sanggup pegang dia lagi. saya mahu mainkan watak baik. supaya dia senang dipujuk dengan saya. kalau hubby pon pegang dia, saya pon pegang dia, tentulah dua-dua watak jahat kat sini kan?
daripada x-ray tu ada satu garisan di kepala dia [of course di bahagian bengkak tu] yang suspicious. lalu doc tu kata okay now kita terpaksa buat CT brain scan. alhamdulillah. there wont be terpaksa pon doc. this is all what i want. chika then dipaksa oleh saya sendiri untuk minum ubat tidur lowest dose. 13cc itu walaupon pada jam 11 lebih, tak cukup power untuk buatkan dia tertidur. puas saya pujuk dia tapi tak jugak tido. maybe sebab dia dah mula takut diapa-apakan.
luckily juru x-ray tu kawan saya yang sama-sama satu group masa kursus induksi di genting dan di morib, jadi dia tumpangkan on-call room untuk saya tidurkan chika. tutup lampu, tutup pintu, then saya breastfeed dia di atas tilam empuk. dia perlu tido untuk CT scan as CT scan need still images.
dia benarkan saya teman chika dalam bilik scan tu. dan dia benarkan hubby turut serta dalam image room dengan dia untuk lihat proses tu. hati saya luluh tengok anak kecil saya yang tidak sedarkan diri. hati saya berkata asyiqah rayyana, berapa pon bahan kimia berbahaya yang ibu terpaksa dedahkan ke atas kamu, sebanyak itu juga ibu mahu berkongsi dengan kamu di bilik ini.
terima kasih Sara kerana memberi saya peluang itu. dan dari scan image, jelas apa yang kami risaukan benar. saya dengar penjelasan doc dengan pasrah. ya, pertama kali saya benar-benar faham, tahu, mengerti dan mengalami, apa itu erti sebuah pasrah yang sebenar-benar. selama ini saya cuma tahu main cakap je. tapi tak pernah menghayati pon. tapi kali ini saya dapat rasakan inilah dia apa yang dimaksudkan pasrah. sesuatu yang saya tak pernah mahu. tapi harus juga saya terima dan perlu pula menjadi seorang yang kuat dalam menerima.
selain hematoma sebesar tapak tangan dewasa di kepala kecil itu, chika mengalami parietal bone fracture. walaupon hati saya luluh yang teramat sangat, tapi di sebalik sudut positif, saya bersyukur telah diperjodohkan oleh Allah dengan mereka yang bisa memberitahu saya hal ini. sebab apa yang paling saya takutkan ialah salah diagnose, terlepas pandang etc etc. apapon saya tetap bersyukur tak ada sebarang internal bleeding di dalam otak.
still been drugged, anak saya dipasang branula, diambil darahnya untuk ujian full blood count. result hemoglobin dia rendah. logiknya begitu memandangkan darah banyak berkumpul di kepala - hematoma. doc cakap mungkin kena buat blood transfusion later. sekali lagi saya pasrah. sebagai seorang yang mengelola tabung darah, saya tidak gembira dengan statement itu. blood transfusion adalah untuk menyelamatkan nyawa tetapi ia bukan semudah itu pada semua individu. side effect nya, adverse effect nya, sero conversion, semuanya bermain dalam fikiran saya. tapi apa yang saya mampu, hanya diam dan menyerahkan nasib anak saya kepada Tuhan.
saya minta first class tapi tak dapat dengan alasan penuh. tapi ward biasa pon not bad. satu room 4 beds. okay je. tepat 1am baru kami dapat bed. saya tido di atas tilam lipat while hubby tido dalam kereta. of course saya tak terus tido. anak saya yang x sedarkan diri itu kalau boleh nak diperiksa pupil mata nya. lepas tu datang pula doc on call nak amik lagi darahnya untuk lain-lain routine blood test. bila nurse datang saya minta dia balut kemas-kemas branula di tangan anak saya sebab chika ni pandai bukak sendiri based on last experience. dalam unconcious tu senang semuanya beres dengan baik.
nurse cakap maybe nak buat blood transfusion. saya argue. saya cakap pada dia kalau ikut guideline pusat darah negara, x advisable buat transfusion waktu malam. patient very prone untuk dapat chill then fever. dan siapa boleh janji dengan saya yang dia akan monitor anak saya setiap time interval sebagaimana yang tercatat dalam guideline??
tok teh tok teh last-last tak jadi. katanya tunggu siang. okay then baru saya boleh tido. ya of course masih lagi tido-tido ayam. sambil memikirkan nasib anak kecil saya.
bila ubat pelali tu dah habis agaknya, chika mula tak senang duduk. dia menggigil sejuk. saya pakaikan dia sweater dan selimut tapi dia masih tak boleh tido. sampailah saya ambil dia tido sekali dengan saya di tilam lipat yang sebenarnya sangat sempit dan tak selesa dek tulang besi yang terasa, tapi di situ lah dia lena sampai ke subuh dalam pelukan saya.
[to be continued in part.5; hospitalised at eighth floor]









siannye chika...start jek bce entry ni dah sedih dah..huhhuuh....dah gak dah juru x-ray tu msti si sara tu,sbb die mmg jage kat ED..u are so lucky sbb dpt jmpe sara at that time...ehee
ReplyDeleteskrg chika mcm mane?dah ok dah?
hrp2 die takde pape,sihat n aktif mcm biase..she's so cute..:)~zila~
haah sara on duty malam tu. macam nasib baik je. thnx kak zila. cerita blm habes. nnt nor sambung.
Deletemana part 5?
ReplyDeletex sambung lagi. nanti sat bagi laluan kat entry gathering nnt aku sambung.
Delete