kesian tengok dia, i pon pergi mom's care queensbay mall hunting for suitable teether. eh eh chopp. kenapa begitu jauh mengembara mencari benda remeh itu?? hoho sebab klast weekend pergi balik rumah in-laws terus lajak berjimba dengan sis kat qbay. nanti story details okay.
sebenarnya syiqah dah ada teether yang comes with her playgym, plus kawan kakcik pon ada kasik teether as hadiah tapi ada di rumah abah.tapi again, nak cari suitable teether. sebab teether yang ada di rumah tu dah pernah bagi dia tapi kesian tengok dia frust dek kerana x ada ruang pemegang so dia susah nak genggam. teether tu macam sekeping objek gitu.
disebabkan hal itu, my aim is to find a teether dengan ruang pemegang yang kecik molek sesuai dengan tangan montok anak manja sorang tu. memang lah huuuiiiyooo nak beli teether pon rambang mata kau! macam-macam, comel-comel, colourful, bentuk pelbagai, ada beads dan macam-macam lagi lah criteria yang buatkan i rasa macam nak beli satu buat penunjuk quran. melampau kan?
habis khatam bright starts punya teethers, pergi pulak study fisher price. then decide nak beli the first year punya but end up pergi bayar kat cashier phillips avent teether. begitu lama dalam mom's care hanya untuk buat keputusan itu. sebab ye lah senah, i memang cerewet tak bertempat so what.
ni dia teether yang i [akhirnya] beli setelah berejam discuss dengan hubby untuk mencapai persetujuan dan kata sepakat. apa yang dipeningkan sangat nak beli teether je pon?? hah itu baiklah x payah cerita. you dont want to know. hehe.
ini adalah produk avent pertama yang i beli. dan sangat berpuas hati walaupon sebenarnya ini x tally dengan keperluan. sebab apa cakap macam tu? sebab teether tersebut adalah untuk 2nd stage of teething iaitu untuk middle tooth development. tapi belasah saja beli konon dengan alasan boleh pakai lama. hehe. now syiqah walaupon baru nak menghadapi 1st stage of teething, tapi melanyak sakan teether tu. berbaloi duit ibu terbang. sebab bagi i, avent teether ni dianggap mahal sebagai hanya sebuah teether. tapi sebab it has orthodontic shape, ah hulurkan tangan dan pejamkan mata. bayar saja.
talking about orthodontic shape, ya betul-betul satisfy. muat-muat aje masuk mulut comel seorang baby berumur 4 bulan. dan memang melekat cantik digenggam kemas dekat tangan die daripada teether tanpa pemegang yang sedia ada.
puas hati. now dah beli attacher for teether pulak.






aku tk tengok plk pas hg beli itu hari...sbb ralit melayan syiqah yg bebai asyik nk meronda tknk dok setempat..last2 kne tangkap ngn SPR..cis..haha..
ReplyDeletehaah lah kn. x sempat tunjuk. gara-gara kakak SPR punya pasal. haha. tu lah hg x pandai eklentonmg. kan dah kene register.
ReplyDeleteamende lah aku taip tu.. *kelentong
ReplyDelete