go random. dulu tak suka tapi sekarang suka. haha.
barang pertama:
hari ni kena tinggalkan rumah tanpa kuncikan gate. arahan diterima daripada abang jiran rumah sebelah. sebabnya owner rumah [owh fyi rumah i dengan rumah sebelah owner nya orang yang sama] nak pasang porch, kasik extend bumbung. alhamdulillah akhirnya sampai jugak seru owner tu nak pasangkan porch.
lepas ni dapatlah jemur baju kat luar dan pergi kerja dengan hati yang langsung tidak gundah akan nasib baju yang mungkin kebasahan dalam hujan. lepas ni jugak dapatlah hubby and i bercanda di luar rumah kala malam bulan mengambang [eh dah pasang bumbung nampak lagi ke bulan??] sambil pekena pastri kurma resepi ibu mertua bersama kopi panas. huhu best nye.. buat macam mama dan abah, pekena supper di luar rumah melayan angin malam, fiuuu syahdu. eceh.
barang kedua:
selamat [bakal] menyambut hari ibu kepada ibu-ibu dan bakal ibu semua! tahun 2011 ini buat julung-julung kalinya i nak menyambut hari ibu dengan rasa bangga. errr tahun-tahun mendatang pon akan bangga jugak. tapi ini tahun pertama. maka i mengandaikan ada sesuatu yang istimewa dari orang teristimewa. boleh?? haha no problem sayang. x payah gulp-gulp telan air liur fikir "oh no i dah kasik you new phone, now nak apa pulak lagi...??" haha.. cukup sekadar ucapan dengan penuh kasih sayang gitu.. tihehe~
pon begitu pagi ni dapat kad dari pm. awal x salah. kad ucapan hari ibu. siap berterima kasih kerana melahirkan anak malaysia.. hehe. berbangga tak?? atau, apakah lebih ramai lagi ibu yang akan berbangga apabila melahirkan anak amsterdam?? hmm muhasabah dan nilai sendiri sejauh mana kesyukuran kita kerana ditakdirkan menjadi rakyat kepada bumi aman damai ini.
barang ketiga:
apa pendapat ikhlas korang terhadap penggunaan baby walker?? seriously i sedang berada di atas pagar. kerana di dalam pagar, mama suggest beli walker since syiqah dah boleh control kepala dan boleh didudukkan dah. tapi di luar pagar, mil x recommend its usage sebab boleh menjadi harm kepada baby. which is so true, i think. tapi macam teringin juga nak cuba-cuba. kalau sudi berkongsi, meh bagitau sikit pendapat korang..
barang keempat:
hari ni pagi yang malang. selain daripada tidak sempat breastfeed syiqah sebelum out to workplace, i jugak telah kelewatan untuk punch sebelum jam 0800. tapi sempat pada tepat-tepat 0800. baguss... hitam lagi ink nya. CUMA yang x best tu, dek kerana kalut yaRabbana [walhal setakat merah sekali dua x de mende ponn] i telah tersalah bajet time parking vivian. lalu mengakibatkan.... erghhh tensen nyeee... sisi kiri vivian tersagat secara dasyat sampai terkopek terobek terkoyak kulit ter-apa lagi nak kata? sedih nye... nak tukar kereta lah camni. vivian ku hodoh!!! [tapi kau tetap berjasa muah muah] - gambar luka parah [i consider] vivian x nak tunjuk.
barang kelima:
i tahu lah i ada hutang entry.. kahkah. gatal pulak pergi buat random entry macam lah x ada apa nak cakap kan. okay okay... lepas ni nuk review product episode teats akan menyusul. dan mungkin bottles juga. lepas tu cerita weekend episode jalan-jalan penang pulak. lepas tu..... haha okay zip mulut. janji punya janji nanti x jugak keluar entry nya. haha.
habis.
simply nourology
- nour
- Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Thursday, May 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment