selamat hari ibu sayang. abang doakan baby dapat terus jadi ibu yang penyayang dan isteri yang solehah. i love you. mmmuah!
simple sms but has huge meaning from hubby reached my inbox on mother's day. iya, first time being someone special on this special day celebrated by whole world. tidak mengharapkan chocolates or roses, enough with fresh morning kisses from hubby *blushing*
hari ibu 2011 ini lebih bermakna dari hari ibu tahun-tahun sebelumnya. sebab pertama, i sendiri dah boleh menyambutnya. x sangka kan i sudah boleh menyambut hari ibu. sudah menjadi ibu rupanya. mempunyai chika honey menjadikan i seorang ibu yang err... entah lah i am not the right person untuk menilai. lebih baik tanya hubby. biar apa pon secara luarannya [cover siap-siap takut hubby condemn] jauh di sudut hati matlamat i satu saja.. iaitu 1 ibu 1 anak. eh eh? x bolehkah?? hubby bangun buat objection mungkin. haha.. alah, buat ala-ala 1 melayu 1 bumi, 1 azam 1 malaysia semua tuh? haha baiklah baiklah... matlamat i adalah untuk menjadi ibu yang terbaik. sound simple huh?
macam mana nak jadi ibu yang terbaik?? i sendiri pon x tahu. sedangkan Rasul Allah pon tidak berkesempatan mengecapi kasih sayang ibu. jadi siapa yang harus kita contohi?? apa susah contohi lah ibu sendiri. dan, kalau ada kekurangan [disebabkan kita terlalu banyak buat perbandingan berdasarkan drama melayu yang kita tonton] nah bila kita pulak menjadi ibu, inilah peluang yang Allah kurniakan untuk kita memperbaiki institusi keibuan.
semasa kecik, i lebih rapat dengan abah. tak banyak yang boleh diceritakan pasal mama melainkan baloq [itu bhs kedah. bhs lain ckp apa haku tak tahu] rotan bila i bergaduh dengan sis, bila i buat hobi tah pape iaitu suka kumpul buku melambak-lambak tapi harem x guna pon, bila i menyakat adik [kakcik masa kecik] dan lain-lain benda yang buat mama marah... malah, gara-gara bergaduh dengan sis, kami berdua pernah dikurung di luar rumah [eh kalau 'kurung' mestilah kat dalam kan??] dan kena tido atas meja makan yang diletak kat bawah porch sambil kesejukan dan menjadi hidangan sirap kepada nyamuk durjana. pernah jugak [atas sebab yang i sendiri dah tak ingat] kena rotan tepat di tulang siku sampai sakit berhari-hari tiap kali sujud. haaa... mama memang garang kan.
hmm tapi satu perkara yang i x mungkin lupa adalah usaha mama yang bersungguh-sungguh menulis surat yang mengandungi isi hati seorang ibu kepada sorang senior [not to be named] di sekolah menengah [not to be named] sebagai cara pembelaan terhadap anak yang naif ini bila mana i yang jakun lagi jahil ni diburukkan nama [not to be storied further]... time tu rasa tersangatlah 'somebody' kepada mama. thanx ma! dan seterusnya peristiwa tu membuatkan abah dan mama sepakat tukarkan i ke sekolah baru [smkak], lalu bertemu hubby lalu berchenta lalu berumahtangga... eh eh ni nak cerita pasal siapa ni..
dan yang pentingnya, i suka sangat nak membanggakan mama atas usahanya yang menjadikan i seorang yang berilmu pada hari ini. mama adalah guru pertama dalam hidup i okay. dia yang ajar i menghafal dan mengenal ABC seawal umur tiga tahun. lalu buatkan cikgu hasanah [tadika abim] selalu komplen kenapa nur hidayah jumri ni orang suruh tulis ABC sampai E je tapi ditulisnye sampai Z padahal belum ajar. hahahaha. advance lah pullokkk~ sebab tu lah i pergi tadika umur 5 tahun tapi umur 6 tahun kena lepak kat rumah diam-diam. cikgu tadika dah malas ajar aku daaa.... nway thanx ma!
mama datang looked after chika honey during my induction course @ genting
sebab yang kedua kenapa hari ibu 2011 lebih bermakna adalah tahun ini i lebih memahami erti kasih seorang ibu lebih dari tahun-tahun sebelumnya. dan lebih dari mereka yang bukan [or belum lagi] seorang ibu [i mean YOU sis.. haha]... iye lah, bila kita menjadi ibu, that is when we REALLY realize the meaning of mama. berjaga malam saat orang sebelah kesedapan krohh krohh memang mencabar. lepas tu ibu lah orang yang paling x boleh berenggang dengan kita sebenarnya [walaupon kita claim kononnya lebih rapat dengan ayah].. ibu lah orang yang paling menghargai kelahiran kita berbanding bapa [berapa ramai ibu yang happy teramat sangat nak balik kerja after confinement sebab bosan melayan baby yang asyik nangis dan membasuh poops?]. ibu lah orang yang paling mengambil berat sampai ke tiny details pasal kita [kalau x caya cuba serkap jarang suami korang dengan soalan seperti apa itu BPA free?? atau berapa lama expressed breastmilk bertahan kalau disimpan dalam fridge 4 degree? ]. ah banyak lah lagi sebab musabab kita lebih menghargai nilai seorang ibu bila kita sudah menjadi seorang ibu. eh eh bukanlah nak kata i bagus dan layak mendapat penghargaan macam tu. sebab i baru sangat lagi menjadi ibu. tempoh 4 bulan itu terlalu mentah untuk dinilai. tapi i cerita semua ni supaya kita semua celik tentang erti ibu kepada kita.
tapi setelah perih jerih mereka berpuluh tahun ni, kita.. macam biasa, sekali lagi cuma mampu ungkap ayat termurah di alam semesta... TERIMA KASIH.
TERIMA KASIH mama kerana melahirkan dan membesarkan kakngah. dan jugak menjaga chika honey sewaktu kecik. harap mama tahu kakngah betul-betul maksudkannya.
.....dan juga kepada mil, TERIMA KASIH, mama kerana melahirkan dan membesarkan hubby sehingga menjadi dirinya yang sekarang.
.....dan kepada ibu-ibu di luar sana, SELAMAT HARI IBU. anda mahu jasa anda dikenang?? kenang dahulu jasa ibu anda.
nota kaki: jom baca entry hari ibu sis di sini
.






tacing gile n3 mother's day hg wey,sis.
ReplyDeleteTahniah2!
hepi mother's day,sis!
p/s: aku suka pasal "baloq rotan" tu..buat aku tersenyum sorg2 bile tingat bkn takat berbaloq/berbirat betis kite, tp panah kene kurung kt luaq umah jgk...still remember???
hehe mekasih. well bab entry touching leave it to me. dalam hati ada taman. kahkah.
ReplyDeletep/s: haah laa....remember amat doe. okay aku edit entry nih.
hahaha.
ReplyDelete"dalam hati ade taman" tu quote abg mie..mamat jiwang. =p
aku first time guna quote tu wpon org lain dah lekat di bibir dah. sebab aku x jiwang. ngeee~~
ReplyDelete