simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, June 29, 2012

weekend [episode; kursus lagi]

last weekend dihabiskan di gopeng, suatu tempat yang pertama kali saya jejakkan kaki, dalam erti kata lain, suatu tempat yang tiada seorang pon saudara mara terdekat yang tinggal di sana, walaupon rata-rata negeri perak tu ramai je saudara mara bertaburan. tapi none at gopeng.

perjalanan dari hospital ke chalet yang dibina betul-betul bersebelahan dengan sungai itu emmakan masa lebih kurang dua jam setengah je kot kalau tak salah. kami pergi dengan bas. tapi untuk masuk ke dalam kampung dan ke chalet berkenaan kami dijemput dengan van, sebab bas tak boleh masuk ke dalam dek kerana kena lalu tiga buah jambatan kecil. memang ceruk, tapi bila dah sampai.....


*heaven*

secara amnya kursus ni lebih kepada kursus release tensen je. lebih banyak aktiviti bebas a.k.a. berendam dalam air tak naik-naik haha. sebarang aktiviti dalam dewan nan hado selain taklimat pembukaan dan penutupan saja. objektif kursus ini pon masih kabur sehingga ke hari ini kihkih. apapon enjoy~~~ sebab boleh berendam tak ada siapa nak marah suruh naik. syok giler!

malamnya ada night walking. kami berjalan selama hampir 2jam meredah kepekatan malam meredah ladang kelapa sawit dan gua ape ke entah [yang penuh kelawar] dengan hanya berbekalkan lampu picit berkuasa dinamo. motif aktiviti ni apa saya tak tahu. yang pasti dari sini saya dapat tahu betapa kaum lelaki tu bukan semuanya berani. penakut dan masing-masing nak menyelamatkan diri. last-last haku yang hanya berusia 27 tahun dan perempuan ini yang kena duduk belakang sebab memasing takut nak duduk belakang [walaupon dah dilantik sebagai ketua sebab awak lelaki dan berbadan sasa]. takut hantu ikut belakang kot???
 


hari kedua, pepagian kami bersenam aerobik. lepas berjam-jam aerobik, makan pulak berjam-jam haha. disusuli dengan taklimat serba sedikit sebelum kami di'lepas'kan untuk aktiviti river crossing and water confidence. perghh ini memang the best. air sungai tu, walaupon cetek, tapi derasssss sangat airnye. kalau berat awak tak cecah 50kg toksah cakap besar. cikgu kate jangan lepas tali, baiklah dengar cakap, jangan lepas tali tu. kang ada orang hanyut sampai teluk intan kang.

airnya... eiiii masyaAllah sejuk!!! 20minit berendam kaki dah cukup untuk membuatkan betis keting terasa kebas dan meyucuk-nyucuk. kalau berbasahan satu badan, memang menggigil teruk dibuatnya. saya? habis biru bibir sudahnya. tapi enjoy sangat, no lie.

apa jadi pada chika?? dia di rumah dijaga dengan baik oleh hubby... alone! terer tak hubby? haha. boleh je seorang daddy untuk menjaga anak kalau dah isteri not around. masa inilah nak tunjukkan kemampuan sebenar. alhamdulillah chika pon dah bijak dan tak banyak karenah, seolah faham bahawa ibu tak ada. boleh pulak dia tido tak mengempeng, padahal kalau nampak ibu dia ni, macam loghat sangat kalau tak dapat lepas gian. haish~

di sebelah petang ada sukaneka, back to primary school. syok habis. dan di sebelah malam ada BBQ selepas ada kuliah kerohanian di surau. dan alhamdulillah, di sebelah malam kami dijemput Illahi untuk menghadapNya di sesi qiyamullail.

....and, that is all. kursus ini lebih kepada relax-relax saja. memang release tensen la. pantang ada peluang kami terjun sungai. maklumlah kawasan persendirian, tak perlu berebut dengan orang berkelah ke apa.

walaupon kursus ni macam tak kursus je, then masa pon sangat singkat, tapi hati gembira je nak balik rumah sebab dah rindu sama hubby dan chika. hubby jemput di hospital dengan chika honey, dan sebelum balik pekena nasi ambang dulu. hubby dah mengidam sangat lama tak makan.



[end]


 


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails