simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 11, 2012

3rd anniversary


alhamdulillah. bersyukur kerana dipertemukan suami yang melengkapkan segala kekurangan diri ini. semoga rumahtangga yang terbina terus berada fi barakah wa rahmah.

happy 3rd anniversary, darling husband Anis Rafie Ahmat Ramdani. untuk kamu, tiada ucapan yang lebih indah melainkan dua perkataan termurah di alam maya; TERIMA KASIH...
 · 




alhamdulillah sudah tiga tahun perkahwinan ini, telah banyak yang kami lalui bersama; suka duka, pahit manis, secara paksa dan rela. hubby seorang suami yang sabar dengan kelakuan saya, tapi kalau dia tahu erti sabar yang sedalam-dalamnya, dia patut tahu saya juga seorang yang sabar *ehem*. walaupon ada saja dugaan yang menimpa, kami bahagia bersama. walaupon kami tak dilimpahkan kemewahan, kami cukup apa adanya. memadai dengan melalui kehidupan biasa-biasa, walaupon bukan mudah, tapi setidaknya kami cuba berdikari dengan rumahtangga ini dan cuba hidup sendiri sebagaimana patutnya orang yang sudah berumahtangga. *ah ayat pujangga sanagt haku pon tak pahamlah*

anniversary yang pertama, walaupon sudah mempunyai rancangan yang baik untuk celebrate somewhere, tapi kami [atau lebih tepat lagi -SAYA] rela hati melepaskan vacation plan kami demi memuaskan nafsu mengidam yang tak menyempat. saya ajak hubby balik kedah wiken tu jugak-jugak sebab nak kan ayam masak merah kacang peas yang mama masak [bukan tak boleh masak sendiri]. tapi demi meraikan sesuatu yang besar, kami pergi jalan-jalan ke alor setar tower dan tangkap gambar studio [yang belum bergantung ke dinding sampai hari ni.. ish3] sebelum saya dihadiahkan sebentuk cincin whitegold sebagai hadiah first anniversary. bayangkan kalau lepas sepuluh tahun?? penuh jari haku ni haaa! hahahaha~


tahun kedua, macam biasa, cuti sekolah. family datang ke rumah kami maka sekali lagi vacation plan mesti batal. but of ourse having them here pon berasa besar rahmat. bukannya senang diorang nak datang sini. kena tunggu cuti sekolah yang tiada program lain ie kenduri kendara barulah boleh datang. tapi saya tidak sesekali dihampakan oleh hubby yang tidak tunggu lama, wiken tu terus hubby bawak saya dan chika honey ke cameron, selepas saya hadiahkan dia handphone baru. adil la kan.. hehe.


tahun ketiga ini, hubby minta kami berdua apply cuti. no hal for me. hubby pon kebetulan saja baru confirm di tempat kerja barunya [alhamdulillah rezeki] jadi dah boleh lah apply cuti. disebabkan jatuh pada tengah-tengah weekdays saya tak expect nak pergi vacay jauh-jauh. cukup lah dapat bercuti dan spend time together, it is more than enough. berapa ramai orang lain kena pergi kerja pada hari anni?? [birthday pon haku apply leave, apetah lagi anni hahahaha dasar!]


hubby bawa kami ke aquaria. ini kali kedua kami pergi ke sana. actually memang niat dah lama nak pergi lagi sekali untuk bawak si kecik tapi nak tunggu dia besar sikit supaya dia reti excited tengok ikan-ikan. mungkin masanya dah tiba sekarang. 


memang iya. dia sangat enjoy that day


gambar sensored. auww! tayang *tuuuuuut*

rose + chocos + holiday and time spent together
= priceless, perfect anniversary


di sebelah malam, had dinner, BIG dinner actually, with in-laws, brother's treat.
how could it be more precious?? kami anggap anniversary treat lah. hehe.



[end]








4 comments:

  1. happy anniversary..moga kekal ke anak cucu

    ReplyDelete
  2. n3 ni & n3 td,,smua gmbq aku tkleh view...knp kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab aku post gambar via url. aku amik dr facebook wic hang xleh bukak dr pc ofis kan? sebab tu kot???

      Delete

Related Posts with Thumbnails