simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Monday, June 11, 2012

sammy jr.

yang ini toy yang paling bermakna kepada saya. toy yang lain-lain tu guna sekali sekala. bukan hari-hari pon nak hadap. jadi saya memang mahukan sesuatu yang ALLLLLLLLLLLLLL in one [at least for my usage]. i always want a bigger screen gadget than my sammy, tapi kalau pakai tablet 7 inch tersebut tidak ke janggal nak lekapkan kat telinga. telinga korang kot lah tak rasa janggal, itu pendapat peribadi anyway, tapi untuk diri sendiri saya berasa janggal. puaslah hubby suggest saya rembat benda alah 7 inch tu tapi saya taknak dengan alasan MALU. betul tak, no?

selepas melalui proses timbang tara yang sangat panjang, inilah the choosen one;



sammy jr.


rasanya semua tahu ia adalah sesuatu benda alah yang tersendiri in its own niche. ia bukan smartphone, ia bukan juga tablet. kalau tengok kat website samsung pon ia terkecuali di link yang tersendiri terasing dari smartphone list mahupon tablet list. jadi tak layak saya nak bandingkan ia dengan apa-apapon. dan, tak perlu saya jelaskan panjang lebar kemampuannya. errr okay sebenarnya saya yang belum habis explore lagi kemampuannya. huhu.

kononnya saya berazam inilah yang terakhir. or at least saya akan guna ia sehingga lebih tiga tahun! lama ke tiga tahun?? adakah saya patut cakap lima tahun?? atau buat macam abah, pakai handphone yang sama sampai sepuluh tahun?? erm.... sebenarnya tiga tahun adalah tempoh masa paling lama yang tercatat dalam sejarah hidup saya dalam memiliki sebuah handphone. ya, selepas itu saya tukar lagi dan lagi. pernah dalam satu tahun saya tukar tiga kali [nampak sangat lah murah-murah belaka, haku mana ada duit ponnnnnn]. jadi kalau ini boleh pergi sampai lebih tiga tahun, pasti ia melegakan hubby haha.

jadi demi memastikan ia berkadar langsung dengan azam saya tu, saya pon terpaksa membeli casing yang elok sikit. eleh terpaksa konon. hahaha. itupon setelah melalui satu lagi fasa timbang tara yang teramat panjang. terlalu macam-macam pilihan tapi ada saja yang tak kena [you dont want to know how choosy i am] dan kalau dah suka, warna pulak problem. moral of the story, kita jangan terlalu taksub dengan warna kegemaran. akhirnya saya bulat hati memilih, walaupon kadar suka saya terhadap yang ini adalah 90% saja sebab model ni takde warna biru. perlu ke saya ulang moral of the story lagi sekali??? tak hebat sangat, tapi bolehlah. yang harganya bersamaan beli coach wrislet hat online tuu, alah wrislet je bukan handbags. itu mak tak mampu nyah.


kalau terer, teka saya pilih yang mana?
pink - geli
oren - silau
hijau - terlalu menonjol
purple - syahdu sangat aih
black - universal

hahaha tak cover langsung. saya pilih yang universal. 
sapa punya idea yang tidak masukkan warna biru ni ha?? kan dah susah nak pilih!!


yang ni terpaksa tunggu dua minggu baru sampai. buat masa ni pakai yang biasa punya cukup. saya harap sammy jr boleh berbakti kepada saya seperti sammy yang terdahulu. yang itu berendam selut masa eksiden hari tu pon masih teguh menabur jasa. dan saya berdoa janganlah pulak saya careless dan hilangkan sammy jr sama macam saya hilangkan megan dua tahun lalu.




[end]


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails