huarghhh bosan gile blog ni tak ber-update sekian hari. tak ada story baru atau dah jadi pemalas?? hermm sebetulnya tak ada story nak update. pemalas pon iye lah jugak hahaha.
sekarang masa di rumah hanya untuk saya dan chika honey saja. hubby sekarang dah jadi weekend husband. kalau sebelum ni saya belum cerita detail, ha meh nak ceritakan. hubby telah meninggalkan saya sendirian menjaga chika honey on weekdays bermula awal march. teruja?? saya memang teruja sebab hubby dapat job offer baru di selangor ni saja. maksudnya tak perlu berpindah ke johor. memang saya bersyukur sangat walaupon ini bermaksud peluang untuk pergi ke legoland menipis. hahaha itu pulak yang saya fikir. melebih-lebih dari budak-budak. macamlah kalau duduk selangor tak boleh pergi legoland langsung. bagaimanapon yang tak best nya hubby akan jadi weekend-husband saja sebab jarak kami 100km kottt~ tak praktikal lah for him nak ulang alik. apapon kalau dilihat dari sudut positive, kan ke di situ dah jimat minyak yang teramat sangat sebab sekarang ni hubby berulang hari-hari sejauh 80km sehala! meaning kalau sehari 160km dia drive before this. now cuma 200km per week kalau hanya pulang saban hujung minggu, boleh lah save sikit berbanding sebelum ni. saya percaya ini tak lain tak bukan adalah rezeki yang Tuhan tulis untuk kami sekeluarga.
chika honey yang suka menulis. yeay dia bukan kidal. nampak tak tu dia tunjuk tangan kanan nye?? ada jugak sebenda yang dia menyerupai saya dan bukan ayahnya yang kidal hehe. penat saya kepung supaya dia tak menconteng dinding rumah. dan ya, dia tak menconteng rumah tapi dia menconteng sofa!!! hwaaaaaa!!!!!
menjaga chika honey secara lone ranger bukan susah sangat tapi tidaklah mudah seperti yang disangkakan. dia tak leceh, boleh bermain seorang diri dengan benda-benda yang orang dewasa rasa membosankan dan langsung tidak entertaining contohnya hanger dan phone charger. dia pon tak kisah saya nak buat apa tapi yang pasti dia nak membontot. di situlah payahnya. kalau nak ke toilet cemana? dan saya pulak memang tak ajarlah bawak anak masuk toilet ni. jijik kot nak 'buat kerja' tak kira lah anak tengok ke tak tengok ke. memang puaslah saya curi perhatian dia supaya sempat saya settlekan urusan saya di toilet sebelum dia datang ketuk pintu. huhu. takpe lagi kalau setakat ketuk ketuk aje. kalau dia melalak kat luar tu tumpang angin tak baik dia tu, haaa tak ke haru saya di dalam??
satu lagi payahnya chika ialah dia fobia sungguh kalau saya membasuh pinggan mangkuk. saya pon tak tahu apa yang dia takutkan sangat. barangkali bunyi air paip yang mencurah ke sinki tu macam bunyi ledakan senapang patah???? hoho. yang pasti dia menangis ketakutan sambil pokpok saya supaya angkat dia cepat-cepat [ataupon manja semata-mata??] tapi kalau saya memasak di mana jaraknya hanya dua langkah dari sinki, tak pulak dia menangis macam tu. elok pulak dia duk diam walaupon sebenarnya bukanlah diam pon, ada jugak kerjanya..... siaplah semua rempah ratus dalam almari dikeluarkan diselerakkan satu rumah. hadoii.
tapi biar pon macam nak nangis je kekadang tu sebab banyak benda tak boleh buat dari benda yang boleh buat, saya tetap rasa puas sebab dapat menjaga sendiri anak saya. susah ke senang ke tak pe lah biar saya yang jaga. nak susahkan emak di kampung kenapalah pulak?? dulu masa kecik dah jaga kita, belum pun boleh membalas jasanya lagi, sekarang nak jaga anak kita pulak?? berapa keturunan dia nak kena jaga?? haha bukan saya kata ni, mama yang kata. hehe.
nak kata takut bila duduk berdua ni, takde lah takut apa pon. nak kata takut hantu tu memang tak lah, takut orang jahat lagi. tapi dalam banyak-banyak, saya paling takut kalau ada lipas terbang dalam rumah. kalau takde hubby cemana saya nak settlekan masalah tu???? ngeri kott terbang-terbang melulu laju-laju eeeiiiiiii!!!!!!
in conclusion, saya memang salute ibu yang menjaga anaknya sendirian [repeat, SENDIRIAN] setelah saya tahu dan mengalami sendiri apa cabaran-cabarannya. cewah. bukannya saya nak kata saya hebat, sebab perjalanan saya sebagai lone-ranger mom baru je bermula, tapi saya nak kata semua ibu di dunia adalah hebat kerana sanggup buat apa saja untuk anak.
and oh ya, para bapa sila hargai. tak perlu balas dengan intan permata, galaxy note pon boleh. muahahahahahaha~~~~







kalau kak lynn jadi nour agaknya leh kelam kabut hidup nie...dgn x tahu drive memang payah la kalau duk berjauhan dengan hubby kak lynn...huhuhuh...
ReplyDeleteanak dara nour makin comey la...bila la leh dapat jumpa ek...
x mudah sebenarnya. dah x boleh nak melepak bersantai baring-baring dah. ada je benda kena buat tambah lagi dengan rumah bersepah yang perlu dikemas lagi,lagi dan lagi. kadang-kadang nak nangis je rasa tapi xmau layan sangat.
Deleteya nasib baik nour memang drive sndiri dan independent. problem dari segi tu mmg x ada, tapi klu tetiba enjin prob atau tayar pancit ke... alamatnya nangis tepi jalan je la.. hwaaaa~~ memang zero!
hahaha..muka cikah krenyih tunjuk pgg pen tgn kanan tu mmg comeyy!!
ReplyDeletebese la tu..cabaran~
psst! jgn la plk asik duk ngeluh/sokmo cerita dlm fb yg sounds like
"hubby,cikah dh kacau mommy ni.." or "daddy,tgk mommy ni pokpok cikah.."
bluweks~~~
haha mesti lah comey. muka pulun!
Deleteerk?? ni misti hang perli seseorang kan?? hang memang jahat. sapa weyh sapa weyh?? [aku pon jahat sebab busy body haha]
hahaha...aku dh cite kt ym..so hg jgn buat lagu tu tau...wakakaka! =p
ReplyDeletehehehe mestilah aku tak buat. aku bukan keciwi macam tu hokay! =P
ReplyDelete