simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, March 15, 2012

kidzania = parentmania

wehoo kidzania is now in malaysia!



x perlu pergi negara luar paling dekat pon jakarta untuk pergi kidzania. now malaysia pon sudah ada yo! semalam my biras came out with planning ajak pergi bawak barisan anak-anak kami ke sana. actually it is good untuk budak-budak sedang membesar ni have fun di sana dan yang paling penting, pengalaman yang bakal diperoleh di sana, but of course not for my little chika honey yang sebenarnya tak paham apa pon lagi. kalau pergi tu bukan untuk anaknya, emaknya yang mania lebih.

di kidzania, kanak-kanak berpeluang buat pretend play sebagai apa jua proffesion orang dewasa dengan fasiliti yang ala-ala real tau. diorang berpeluang merasai sendiri bagaimana best atau tak, sesuai dengan jiwa diorang ataupon tak, sesebuah profesion itu. diorang bukan je boleh jadi doktor, askar, polis, pilot, malah boleh juga jadi pemasang kabel wire elektrik, pembuat roti, dan macam-macam lagi!! siap lengkap dengan uniform gitu. then dapat 'gaji' untuk disimpan di dalam 'bank', dapat 'kad atm' lagi.

secara peribadi saya sukakan kidzania kerana allow minda kanak-kanak terbuka dengan lebih luas. tidak lah macam zaman kita kecik-kecik dulu, yang lelaki nya, balik-balik nak jadi polis, askar, polis, askar. yang perempuan pulak, pramugari, guru, pramugari, guru. hat tuuuuu je lah yang kita tahu. erm saya?? cita-cita pertama saya ialah nak jadi GURU TADIKA. sebab pukul 11.30 pagi dah boleh balik. amacam best kan cita-cita saya?? sebab tu lah pentingnya kanak-kanak mendalami dunia sebenar seawal yang boleh. melalui pendedahan yang kidzania bawak, saya rasa generasi ketiga ini lebih faham dunia sebenar dan lebih fokus terhadap cita-cita diorang, insyaAllah.

jadi jangan hairan kenapa entrance fee untuk kanak-kanak lebih mahal dari dewasa. rm35 for adult tapi for kids rm55. below 4yo aje free. tapi bagi saya ianya murah kalau nak dikira dengan apa yang kidzania sediakan. sebelum kidzania beroperasi saya menjangkakan fee dia lebih dari itu. hehe.

copy from wardina's status of kidzania;


Nak syorkan ibu bapa bawa anak-anak ke KIdZania KL sempena cuti sekolah... MasyaAllah SANGAT menarik untuk memberi pendedahan berbagai jenis 'pekerjaan orang dewasa' buat anak-anak. Mereka akan mendapat 'wang' dan gaji yang kemudiannya disimpan di dalam bank. Dapat ATM card lagi. Amna sempat menjadi, dentist, CSI agent, Penghantar Pos Laju, Electrician TM, Pemanjat Bangunan, Azra menjadi bomba, pengecat rumah, penghantar Pos Laju, penjaga jam. Imran menjadi bomba, pilot, mekanik.. MasyaAllah they had so much fun! :) Check it out! 




saya berhajat sangat nak bawak ikmal ke sana. dia tu dalam kepala nya nak jadi polis dari kecik lagi [told you~] tapi entah bila diorang nak datang rumah kami lagi. dan kalau cuti sekolah sah-sah lah ramai kan... sian pulak kalau cuma boleh pretend play a few saja. anyway saya tetap memasang angan-angan nak bawak dia ke sana. sure enjoy dapat pengalaman baru yang boleh merangsang minda kan??

bawak chika?? insyaAllah 7 tahun lagi, bila dia darjah dua. hehe.

for more detail of kidzania, click SINI

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails