simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, March 06, 2012

caruman kwsp 13%

KUALA LUMPUR: Majikan diingatkan supaya membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan yang betul berikutan caruman berkanun bahagian itu bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah dinaikkan kepada 13 peratus bermula Januari lalu. 

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata jadual caruman KWSP terkini telah dimuatnaik ke laman web myEPF (www.kwsp.gov.my) bagi memudahkan majikan menyemak amaun baru caruman terbabit.
"Majikan perlu mencarum bahagian mereka bersama-sama bahagian pekerja mengikut jadual caruman baru ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Kadar caruman berkanun bahagian majikan untuk pekerja bergaji bulanan tidak melebihi RM5,000 dinaikkan kepada 13 peratus daripada 12 peratus semasa pembentangan Bajet 2012 sebagai langkah menangani masalah ketidakcukupan pendapatan selepas persaraan. 

Caruman bahagian pekerja kekal 11 peratus. 

Beliau berkata, caruman bahagian majikan bagi pekerja bergaji RM5,000 dan ke bawah yang berumur 55 dan ke atas juga ditambah kepada 6.5 peratus daripada enam peratus. 

Caruman pekerja kategori ini kekal pada 5.5 peratus. - BERNAMA 








nota kuliah; 
pastikan caruman majikan anda semua bertepatan dengan kadar yang ditetapkan. 
saya?? x amik port. saya amik skim pencen.















No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails