simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, December 02, 2011

ombak rindu

siapa ada baca novel ni??

tahun bila ya??


ohoi seriously i am not kaki novel, not at all. dalam kehidupan yang lebih 26 tahun ni [minus 4years masa kecil belum pandai membaca] hanya beberapa je novel bertuah yang terpilih untuk dibaca. 2 atau 3 saja hehe. yang pasti bukan i punya ya. tak kuasa mak nak membeli. apatah lagi nak membaca penuh berdaya usaha sampai tak ingat nak tidur malam dek kerana terlalu asyik dengan dunia romantis yang sebenarnya tiada kaitan pon dengan hidup kita kan?? tapi itulah penangan novel. duk tak duk boleh nangis padahal siapa watak tu?? muka macam mana pon tatau. dia tinggi ke atau cukup-cukup makan je. die kulit cerah ke atau sawo matang. die cutting model dan pakaian terletak ke atau gempal sikit tapi gagah nak pakai ketat-ketat. muka licin halus mulus ke atau ada kesan jerawat di usia remaja. semua pon hanya imaginasi sendiri je. tapi amboih lepas baca tu, boleh pulak terkesan di hati sampai berbulan-bulan.

dijadikan cerita, i memang pernah baca ombak rindu ni. tapi dah x ingat pinjam dari siapa [mungkinkah pinjam dari sis yang telah pinjam dari kawan dia yang sebenarnya pon pinjam dari sepupu dia punya jiran???], dah x ingat baca masa bila pulak sanggup membuang masa ni [suspect time cuti sekolah hujung tahun kot?? tidak pon lepas habis exam sebab ketagih nak baca buku tebal like add math textbook??], dan juga dah x ingat langsung jalan ceritanya [sebab selalunya novel ni ter-over sadis, buat apa nak ingat, bukan ke kehidupan realiti kita jauh lebih baik??]....

tapi bila masuk panggung, rasa macam eh eh i think i know this story. tajuk tu does ring a bell. x macam filem lagenda budak setan tu i memang totally x terpanggil nak tonton pon pasal x layan pon novel die. so masa astro layoq promo filem ombak rindu selama setengah jam sebagai tayangan istimewa, i menghadap dengan penuh kesungguhan bertujuan nak tahu apa betul i dah pernah baca novel ni. and if yes, macam mana jalan cerita nya?? memang i totally lost. 

dan ya, lepas tengok tayangan istimewa tu..... perghh terus je bagitau hubby, i want to watch this. opppss... tunggu dulu. bukan lah kepingin sangat nak tengok romantis segala tu. lagipon dah tahu jalan cerita kan?? sebab dah baca novel kan?? [tapi dah lupa ending die muahahaha memang dasar pelupa] but actually yang benar-benar memanggil i untuk tonton filem ni is maya karin sendiri. i memang adore mutu lakonan dia dari dulu lagi. walaupon permulaan kareer lakonan dia dikritik hebat melalui filem apa ke tah tajuknya yang dia setakat berlakon koma je sepanjang cerita, dan hanya muncul dalam mimpi husband dia tu?? alah yang berlakon dengan jeslina tu. siapa ingat title tolong bagitau sat. apa tah something like seri dewi malam??? eh ye ke?? lupa la.

tapi itu maya karin yang dulu. masa tu die cakap bahasa melayu pon pelat-pelat sebutannya. memang padan lah dapat watak x banyak cakap [dan x banyak mimik muka pon, asik pejammmmmm je! koma katakan]. tapi sekarang tengoklah. dia cuma kerut kening sikit je pon dah memberi kesan di hati penonton sekarang kan. bagi i, macam tu lah baru ada hati nak tengok filem melayu. heroin terbaik. bukan nye mesti nak buat muka choyyy mata leper-leper dan cakap gemalai macam x makan supaya nampak baik ----> elysa, hahahaha!!

ahah! i wont comment about the hero ya! aaron aziz yang jadi kegilaan wanita selain i. bukan lah i rabun nak kata aaron tu x hensem. tapi sejak sejak cerita seth tan tu semua macam gila kat die. termasuk la sorang kawan i di facebook pegi tulis 'oh aaron aziz' padahal awak dah ada suami yang jelas nyata bukan bernama aaron aziz. uhuhu... maybe suami dia x kisah kot kan apa haku nak sibuk. tapi ish ish wajar kah?? cuba fikir suami kita pi bubuh status camtu 'oh baizura kahar' contohnye, hah silap-silap esok pergi buat loan bank pergi buat plastic surgery ubah muka jadi baizura kahar!

apa yang pasti gabungan aaron aziz and maya karin memang umph. bukan je dari segi rupa malah juga mutu lakonan. apapon filemnya belum ku tonton ya. tak boleh komen lebih-lebih. mau kasi tengok dulu baru boleh hujah panjang lebar lagi. jeles kat member yang dah pergi. hubby kata tunggu kat astro first saja. ahai romantiknya hubby ku ajak tonton wayang di rumah ya. huhu... tapi iye lah, kalau cinema boleh makan bertih jagung je, tapi kalau tonton astro first, bukan setakat bertih jagung, ais krim jagung, cucuq jagung, serawa jagung eh semua pon boleh tau.

so sesiapa yang dah pergi tengok tu boleh lah komen sikit kat blog korang. nanti i pergi blogwalking ya.



2 comments:

  1. aku pon pnh bace novel ombak rindu ni dlu...n well, maybe la hg pinjam bace lps aku hbs..wahahaha!!

    tapi.....
    aku tetap tk bpe agree maya karin jd izzah...sbb izzah di'imagine kan sbg pompuan melayu yg sgt soft n nerd. while maya punye muka pon sgt2 sophisticated. mn sesuai....erra fazira should be more better. hehee..

    aaron aziz yes!! mmg selayaknye hariz! ohh aaron aziz (aku belum berlaki) hahaha...

    pape pon..aku nk tgk cite ni mggu ni di panggung...*wink*

    ReplyDelete
  2. ha... kan aku dah kata. imagine muka watak apabila terlebih penghayatan hahaha.

    erm tapi aku kata aku suka maya karin sebab aku suka ekspresi wajah dia dalam lakonan dia. so more to mutu lakonan itself, bukan pasal dia reflect watak novel tu ke tak. sebab aku dah lupa novel tu punya description pasal izzah muaahahaha~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails