asyiqah rayyana duhai puteri yang mempamerkan keasyikan pintu syurga...
"Husbands out there,
Terlalu indah jika kamu semua tahu betapa nikmatnya bagi seorang isteri yang menyusukan anak kamu itu kalau diberikan segelas air semasa mereka sedang menyusui. Justeru, menderulah pahala buat kamu."
-nurul haizum-
*memetik tanpa izin, tapi dengan niat baik-baik saja. harap boleh*
berfikir sejenak. sudah berapa jauh pencapaian peribadi ibu sebagai breastfeeding mother? dan sudah berapa cemerlang pengorbanan ayah sebagai husband to a breastfeeding mother?
tinggal jauh dengan ibubapa, nyata nya ibu hanya menyulur, merangkak, dan bertatih mengenai parenting melalui pembacaan sebaik ibu bercadang dan bersedia menjadi ibu iaitu pada januari 2010 dan bertambah minat ibu pada pembacaan on parenting bila ibu tahu kami bakal memiliki kamu sejak tiga bulan kemudian. membesarnya kamu chika honey adalah melalui apa yang ibu korek dan kupas dari pembacaan. dan ya, tentulah dengan kuasa Allah Maha Karya. juga terima kasih kepada makwan yang bersusah naik bas dari utara ke rumah kita di sentral untuk menjaga kita berdua pada awal kelahiran kamu. tidak dinafikan ibu dan ayah ada jugak refer kepada orang tua sekeliling termasuk rakan-rakan di office tapi dalam dunia sains di hujung jari seperti hari ini, bukan semuanya boleh diterima akal, dan bukan semua adalah logik yang boleh ditelan bulat-bulat. adalah cukup baik untuk kita berdiam diri [and smile, of course!] bila diajar sesuatu yang kita pon tahu semua tu merapu. prinsip kami mudah. diam dan senyum. tak perlu kata apa-apa.
tapi sebab ibu ada blog, mesti mahu juga berkata-kata. haha dasar.
begitulah ibu melalui hari-hari pertama dalam parenting. dengan pengalaman semahal ini, ibu telah belajar dengan banyaknya tanpa sebarang kuliah. pon begitu ada jugak kursus yang ibu attend semata-mata untuk memperkasakan pengetahuan yang Allah bagi pinjam ni. dalam proses ini, ibu berpeluang mengenali peribadi beberapa orang rapat yang sebelum ini ibu rasa macam kenal tapi rupanya tidak begitu kenal. dengan perjalanan membesarkan kamu yang Tuhan anugerahkan ini, ibu telah memahami sejauh mana seseorang itu bersependapat dengan kita secara benar dan telus, ataupon hanya olok-olok dan membiarkan kita dengan labu-labu kita sambil cuba buat-buat kayuh sampan untuk kita ke seberang bersama labu-labu tadi. tak kurang juga yang hanya mahu kita percaya apa yang dia percaya dan buat kita lemah di separuh jalan walaupon pada awalnya kita rasa kita kuat. malah ada yang cuba memperlekehkan usaha ibu dalam memperjuangkan perkara yang ibu belajar itu samada secara halus atau secara jelas dan menghentam ibu dari pelbagai sudut.
apapon ibu telah bangkit membina diri sendiri semula [you think??]... menjadi seorang ibu yang memilih untuk berpegang kepada pendirian sendiri, yang tidak ada siapa demand melainkan diri sendiri jua. ibu bersyukur mempunyai seorang pendamping hidup yang tak pernah say NO. erm mungkin NOUR ada lah.. ahahaha. walaupon ayah errrr bukanlah seorang kaki study pon sebab mostly ibu yang buat research sana-sini, baca itu-ini [and get influenced!!], tapi beliau adalah seorang penyokong setia ibu tak kira ibu berada di pihak yang mana. ketahuilah duhai anak bahawa tidak ada sesiapa pon yang layak dibandingkan dengan nya walaupon ayah bukan lah kerja bergaji besar, yang boleh dianggap orang berada yang boleh menyara keluarga secara bermewah-mewah. percayalah sekiranya suatu hari nanti ibu sudah tiada, kamu tidak akan terasa kekurangannya selagi kamu ada dia.
breastfeeding
ibu?? hanya seorang perempuan biasa bergelar ibu. segala yang ibu usahakan hanya kerana mahu melihat kamu chika honey membesar sebaiknya. ibu jugak bukan bergaji mewah tapi semuanya cukup untuk kamu apa adanya. memilih untuk menyusukan anak adalah hak individu, tapi ibu menganggapnya sebagai hak anak. ya chika honey, hak kamu sepenuhnya. bukan hak ibu untuk memilih dan memberi sejuta alasan. maka bertitik tolak dari itu, ibu berusaha keras demi memenuhi hak kamu sebaik mungkin, sebagaimana yang ibu mampu. begitu juga ayah, jangan kamu lupa jasanya. of course lah ibu banyak story telling pasal ibu sebab ini blog ibu. tidak mempunyai blog untuk ditulis tidak bermaksud ayah tiada bakti untuk dikenang ya!
alhamdulillah ibu diizinkan Allah menyusukan kamu seperti kehendak ibu dalam doa-doa yang lalu. walaupon tidaklah begitu cemerlang perjalanan penyusuan kita ni, tapi sekurang-kurangnya ibu tiada sebarang penyesalan kerana kamu, permata sulung ibu, telah ibu curah sehabis daya demi memenuhi hak yang satu ini setidak-tidaknya sehingga kamu sampai peringkat ini - a toddler!
clothdiapering
walaupon ayah menyerahkan hal ini bulat-bulat kepada ibu, tapi ibu tahu dia suka ibu telah bertukar menjadi sedikit rajin hahaha. tak tak tak. sebenarnya ibu tahu dia suka ibu memilih untuk clothdiapering kamu bila dia turut sama berkempen tentang penggunaan cloth diaper kepada rakan sekerja. terus terang ibu katakan, ini adalah pilihan ibu sejak sebelum kamu dilahirkan tapi masa tu belum pasti sejauh mana kesanggupan ibu, sehinggalah umur chika honey genap 9 bulan. masa tu ibu nekad mencuba dan alhamdulillah tak ada masalah pon. walaupon dah lambat kita bermula, tapi paling tidak kita telah melaluinya.
tiada apa yang istimewa bila clothdiapering. bercakap tentang sumbangan kepada alam sekitar, sisa pembuangan dan kumbahan yada yada bagi ibu terlalu jauh untuk disentuh sebab nisbah penggunaan disposable diaper masih terlalu tinggi kalau nak compare. jadi ibu hanya melihat faedah nya cukup pada peringkat diri sendiri saja, tak perlu sampai ke peringkat global. bagi ibu, clothdiapering membuatkan ibu celik dan sedar bukan senang mak-mak zaman dulu [focusing to my own mom] mencuci poo poo di lampin sampai bersih. bukan maksud ibu kalau guna disposable kita tidak mengenang jasa ibunda, tapi cuma kita tidak merasa dan berkongsi, itu saja. lagipon, sambil itu ibu berharap kelak kamu chika honey sudi membasuh poo poo ibu kalau lah ibu ditakdirkan panjang umur dan diuji dengan kehilangan upaya, na'uzubillah.
babywearing
ini satu lagi pilihan ibu dalam parenting kamu chika honey. ya kita sudah ada dua strollers, dan satu daripadanya baru-baru ini dah diserahmilik kepada neesma yang comel dan sudah selamat dibawa merentasi laut china selatan ke negeri di bawah bayu. kita juga sudah ada dua crotch carriers yang satu daripadanya adalah khazanah sedekad kepunyaan paksu. soal babywearing adalah sesuatu yang amat lambat ibu tahu! ibu memang lost pasal ni dari mana-mana pembacaan ibu [mungkin tak menyeluruh??].... sehinggalah ibu bumped kepada artikel tentang bahaya crotch carrier dan benefit of babywearing. time tu like daanngggg!!! what the hell i've done to my baby??? dan dalam masa seminggu sahaja lepas dari itu, dan atas persetujuan ayah juga, ibu telah menempah babywearing gear khas untuk kamu [ataupon untuk kita???].
ibu bertuah dan terus bertuah memiliki ayah sebagai suami ibu. menuruti kemahuan ibu bukan pegangan dia. semestinya dia menyoal itu dan ini dan ibu kena lah berhujah dengan baik kalau ibu mahu permintaan itu dipenuhi. dan hanya sekiranya ibu layak mendapat sesuatu itu barulah ibu diberi keizinan, dan hanya sekiranya ayah izinkan barulah ibu teruskan. soal babywearing ayah tidak banyak soal kerana dia sedar hal ini direct dari orang yang memakai secara in-person masa kami attend breastfeeding support group meeting. dan mungkin ke sebab ibu yang tidak berapa tough ini kelihatan tidak begitu bertenaga nak wear kamu chika honey, maka ayah sangat supportive for lending me a helping hand [or shoulder?] bila dia sangat beriya nak wearing kamu sampaikan berebut pulak dengan ibu hehe... dan pada ibu, tidak terbit soal tak macho bagi seorang ayah mengendong anak as i see LOVE in it. dan ibu?? ya ibu sangat suka kamu terus berdakap dengan ibu lalu tertidur.
sekali lagi ibu panjatkan kesyukuran kerana apa yang ibu pilih dalam soal parenting kamu chika honey, adalah suatu kesempatan yang tak pernah ibu bayangkan selama ini. ibu berbangga kerana dapat mempraktikkan ilmu yang Allah pinjamkan ini untuk permata sulung ibu, dan insyaAllah untuk adik-adik kamu juga [adik-adik??? teeeetttt~~].. kelak ibu tidak perlu membeza-bezakan anak-anak ibu kerana ibu berbangga telah dapat mempraktikkan sesuatu yang berada di luar zon selesa ibu sendiri bermula dari kamu lagi, kamu yang pertama dan kamu akan kekal sebagai yang pertama, di mana melalui kamu lah ibu belajar semuanya supaya kelak adik-adik kamu dapat dibesarkan melalui cara yang sama.
to be continued...
ikhlas memegang amanah Allah dalam membesarkan kamu chika honey,
***************

owh soooo tacing!!!! huu~
ReplyDelete