2009; second year kerja - tahun ni kalau bagi alasan did not make profit lagi memang ngoks lah. berapa tahun in a row tak bagi bonus, alamatnya lari lah staffs. so memang dijangkakan akan dapat bonus tapi banyak mana pulak?? tapi belum pon sempat merasa, dah dapat offer gomen dan kena report duty by november nya. melepas duit bonus tu. dan tak ambil tahu pon berapa kawan-kawan yang lain dapat. bonus gomen tahun tu ada dapat tapi bila pro-rated ada lah sikit. sebab baru kerja dua bulan kan. belum menyumbang apa-apa lagi kepada nusa. tapi orang nak bagi jugak. syukur lah dapat jugak dari tak merasa langsung.
2010; third year kerja - fully gomen. tapi takde bonus tahun ni. cuma dapat wang saku rm500. okay lah tu. nak mintak sedekah siapa nak bagi rm500 tu?? tapi sekejap je dah lesap. adehh.
ihsan google
2011; forth year kerja - terus taat setia dengan gomen. alhamdulillah dah kerja empat tahun akhirnya merasa bonus. dengan kenaikan tangga gaji oktober tempoh hari, bonus setengah gaji adalah lebih baik dari bonus hari raya ogos lalu [pon setengah gaji, tapi gaji masih satu tangga di bawah]. syukur dipanjatkan setinggi-tinggi nya. plus, elaun menanggung kerja juga masuk bersama, membuatkan mata berpinar-pinar melihat e-penyata. hehe.
****************
dan hari ini, tengahari nanti, ada taklimat pasal skim gaji baru tu pulak. rumors dah macam-macam dah dengar. mana satu nak percaya pon tatau. tapi hari ni tentu semuanya bakal terjawab. tak sabar nak attend nih. yang pastinya ada lagi satu kenaikan gaji bulan depan. mode happy, eh who doesnt??







belanjaaaaaa!!!!!
ReplyDeletehehe okay nanti aku belanja la. kasi pinjam rumah dulu ya.. hehe
ReplyDelete