simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Sunday, November 13, 2011

demam lagi

demam lagi chika honey. ini dah kali ketiga sepanjang 10bulan ni. daripada demam kali pertama lagi kami kata demam nak tumbuh gigi, tapi sampai ke sudah tak jugak keluar pon gigi nye. haha. entah lah nak pandai apa pulak. tapi apa kena mengena? macam tak ada pon kan? biasalah budak besar ini sistem pertahanan badan bukan betul-betul kuat. antibodi baru nak develop. walaupon kononnya menyusu dengan ibu ni tak mudah jatuh sakit sebab susu ibu adalah satu-satunya susu yang mengandungi antibodi, tapi kena sedar juga yang kita ni manusia bukannya Tuhan, jadi kalau Tuhan nak bagi sakit, kun fa yakun.


makan emph tak payah lah nak cuba-cuba memang dia tak mahu jamah. kalau boleh tackle dia untuk menelan barang semulut-dua pon dah dikira bagus. ubat pulak aih punyalah seksa. kalau tak diluahnya, dimuntahkannya pulak. pendek kata apa pon tak masuk. aduhai. susu pon tak mau. dan ibu pulak malas amat nak mengepam weekend nih. how?

apapon semoga anak ibu lekas sembuh. amin.



1 comment:

Related Posts with Thumbnails