simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, November 23, 2011

body weight

haih... kalau korang tengokkan i nih korang akan kata minah ni sizing generous, yang sedang-sedang saja. ada jugak yang kata kurus tapi tidaklah sampai kurus keding ala jerangkung [well, nasib baik]. tapi for me personally,  dengan ketinggian yang tidak berapa membanggakan [petite like misha omar, i like!] untuk menjadi seorang model samada berdiri mahupon duduk, i rasa memang i menjadi seorang yang sangat cerewet dengan perubahan angka di alat penimbang. yelah, mana tidaknya. korang bayangkan orang petite [bukanlah pendek sangat hokay, jangan kamu menambah cerita hahahaha, terluka hatiku tau hahahaha lagi] yang sangat kurus, bukankah mudah sangat nak kelihatan macam orang yang menghidap malnutrisi?? huhu.. dan kalau terrrr gempal sikit je dah boleh nampak lebihan daging yang tidak sepatutnya di-overlook-kan lagi dengan ketinggian yang tidak seberapa.

kami adik beradik sizing and cutting memang baya-baya gini je. yang paling berisi pon, i lah. muahahaha. mereka berdua itu [adik x termasuk, adik kecik lagi sayang, x boleh compare, lagipon adik lelaki] adalah contoh gagal... bukannya gagal apa, gagal dapatkan berat 40 kg ke atas. hahaha. teruk betul diorang struggle untuk mendapatkan berat satu kg demi satu kg demi mendapatkan daging yang mana kebanyakan wanita lain sibuk nak buang. hahaha betul ke daging?? atau lemak sebenarnya?? hehe. sebagai biochemist, i lebih suka ingatkan sis, nak gain weight, gain positively.. aim for daging, atau dalam bahasa anatomi nya muscle, not lemak, or what we call fat tissue.

tapi dalam pada diorang sibuk nak gain weight, i pulak struggle nak kekalkan weight. i dont need any extra, please. masa zaman sekolah rendah dulu i sangat aktif bersukan. walaupon x pernah masuk apa-apa acara sukan pon [hahaha poyo je kan], tapi i pergi extra class untuk upsr setiap petang dengan cycling sejauh.... errr 10km ke?? lebih kot.... yang pasti jauhnya perjalanan itu kini tak mampu lagi i nak sampai dengan kayuh basikal, sebab naik kereta pon mau 15 minit baru sampai. power kan masa budak-budak dulu?? boleh pulak hari-hari cycling tengah panas tu.. siap ada sekali tu boleh pulak la jatuh basikal tepi jalan raya yang sibuk tu. adehhh dan paling tak tahan tu, bukannya rasa takut kene gilis tapi boleh pulak rasa malu tebal muka yang melebih-lebih. mana lagi penting?? dungu kan? haha. hmmm, masa zaman tu bersenam ke tidak ke, tak peduli pon. berat badan?? ceh ada aku kesah?? budak hingusan lagi. asal ada boyfriend je kira dah cantik la tu konon.

bila masuk sekolah menengah dah stop cycling secara mendadak. from everyday cycler to zero-day cycler. hari-hari pergi kelas menapak lenggang mak limah selepas pekena nasik lemak. mana tidak nya, duduk hostel. masa tu ada jugak lah cikgu-cikgu sekolah rendah tegur badan dah naik bila jumpa kat masjid time balik cuti weekend. masa tu tak padan dengan baru tingkatan satu, pantang ditegur gemuk mula dah ada rasa macam oh no, i need to share your slimming tea mama! hahahaha tapi mujur fikir panjang. err actually mama yang x bagi. yelah, masa tu kan masih dalam proses tumbesaran, so biarlah gasak nak jadi apa pon.

sehinggalah time kat matric college, i masuk kelab aerobik. hehe. tujuan original masuk kelab ni was actually i tak suka mingle ngan lelaki. budak lepasan sekolah diniyah memang macam tu ke?? hahaha padahal dah ada pakwe pon poyo apa?! haha. kelab lain semua ada lelaki, ni je satu-satunya kelab pompuan, lecturer in-charge pompuan, guru aerobik terlatih pon pompuan. start dari situ lah i suka dengan benda alah empat segi bernama alat penimbang.

rasa macam satu keperluan untuk memastikan berat badan unggul dari semasa ke semasa. okay lah i tipu. sebenarnya i tak suka berat badan unggul. boleh?? i suka a bit lower than berat badan unggul. hehe.

sebelum kawen i only weight 43kg. the most i can get pon around 44kg without diet or sport regime. blood donation?? dengan bangganya menjawab not qualified. underweight. hehe. tapi lepas kawen berat naik nak kata mendadak tu tidak tapi secara exponential, boleh? naikkkkkk pastu mendatar at one point iaitu huhu 49kg!!!!  sangat jauh lebih gempal berbanding siblings ku yang lain!!!!

last pregnant weight was 62kg. meaning naik 13kg at final before delivery. tapi alhamdulillah right after birth terus timbang lagi [taksub] tiada leftover, straight away kembali 49kg. phew~

like i said before, berat lepas kawen dah mendatar di angka itu. ada juga pasang angan-angan nak aim for 45kg. tapi macam mana nak diet sebab masih breastfeed. plus, hehe mampuke i berdiet dengan hidangan lazat di kota makanan laut ini?? ditokoktambah pula dengan style kerja sekarang yang asyik mesyuarat, kursus, mesyuarat, kursus yang sama maksud dalam erti kata lain, makan free, makan free, makan free, makan free. so i guess i patut menerima keadaan itu lah. adat orang kawen naik berat badan kan. lagipon demi anak, x adalah nak diet-diet ni. ceh. kata-kata nak memujuk hati sebenarnya.


tapi semalam i noticed sesuatu yang menarik telah berlaku.


seronok bukan kepalang!
i lose 3kg!!! only 1kg to go!!!
dari mana i dapat ni??
diet? regime? i didn't do them at all. i swear.
mungkin sebab kerap babywearing dalam rumah dikira senaman juga? hahaha.
tak kisah lah apapon, one important point here; I AM HAPPY  ;)



* * * * * * * * * * * * * * *
pre-wed; 44kg
post-wed; 49kg
pre-delivery; 62kg
post-delivery; 49kg
present; 46kg

berkata kepada diri; i will hit my pre-wed weight soon.. *motivating*







2 comments:

  1. saye mahukan berat post wed kamu...dah kurus sgt serase ni...43kg je...xsuke la....huhuhu...

    ReplyDelete
  2. hahaha cenggitu la manusia ni kan. dapat gitu nak gini, dapat gini nak gitu. =P

    xpe janji tidak memudaratkan diri dahla kan. kakna tu tadek harapan nak gain pasal kne dukung si aqil bambam tu pakai energy banyak. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails