simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, November 29, 2011

course @ malacca

apa khabar semua?
tentu dah start kerja hari ni kan selepas cuti panjang [kononnya] selama tiga hari? hehe.. i still cuti lagi hari ni. cadang-cadangnya nak amik straight cuti minggu ni.. tapi tengoklah kang kalau rajin pergi lah kerja. hehe sesuka-suki je kan.

actually cuti tiga hari yang lepas i ada course kat melaka. bermula jumaat sampai ahad. seronok jugak ambil angin. tapi yang sebetul-betulnya i dari awal bantah xmau ikut course ni. walaupon semua ketua unit kat hospital ni diwajibkan pergi, tapi i pergi bagi segala excuse yang kiranya i ni ada anak yang still breastfeed so i memang taknak lah tinggalkan anak sebab kena pergi 3d 2n kan. tapi nak diringkaskan cerita kurang 24jam dari waktu bertolak, i pergi bagi nama nak ikut pulak. hahaha.

difikir-fikir, x apalah. maybe kalau tinggalkan chika honey untuk 2 malam insyaAllah okay kot. lagipon hubby dah pon menunjukkan bakat ke-boleh-harap-an dalam menguruskan rumah dan menjaga anak pada minggu sebelumnya di mana i telah diserang demam kepialu. so i guess apa salahnya join course yang tak lama mana pon ini.




pagi jumaat sebelum bertolak tu i dah siap-siapkan bubur oat untuk chika honey. buat banyak-banyak dan siap pack berasingan supaya easy for hubby nanti just panaskan and suap. risau jugak lah daripada sudut itu. kalau ditinggalkan macam tu saja entah makan apa pulak si kecik tu. so harap-harapnya dengan tersedia siap-siap dapatlah ringankan beban hubby nak menjaga chika sepanjang ketiadaan i kat rumah.

sesampainya di resort, benda pertama yang i cari ialah peti sejuk. macam malapetaka tengok-tengok tak ada peti sejuk kat dalam room! adoyai. last time masa course kat genting ada peti sejuk so x ada lah bagi problem sangat. cuma that time problem nya ialah tak cukup storage bottle so pump-pump-buang je. kali ni botol dah bawak banyak-banyak tapi tak ada peti sejuk. apa lagi... terpaksa lah pergi pinjam peti sejuk cafeteria hahaha lantak ler... sepanjang 3d 2n tu memang selain daripada ulang-alik ke dewan untuk kuliah kursus, sibuk jugak ulang-alik ke cafe untuk pass stock susu kat pekerja resort, seawal bukak je cafe tu sampai lah selewat sejurus sebelum cafe tutup. memang muka haku aje la, dah macam aci penjual susu. muka tebal?? ceh dah x kuasa nak malu aih. proud of myself lagi ada sebab terus menunaikan hak anak tidak kira dalam situasi apa pon. hehe tak lah, tak lah....sebenarnya malu jugak tapi buat-buat tak malu la... hehe. no choice.


ni hasil menuai sepanjang 3d 2n yang dibawak balik. tidak seberapa pon tapi pada usia anak dah nak masuk 11 bulan [and soon a year, oh!] kami masih dilimpahkan rezeki ini, tidak ada alasan untuk kami tidak bersyukur.. ya alhamdulillah ashkur alaika yaAllah.

mana gambar kursus?? haha ada tapi malas nak upload boleh?? takde apa yang menarik sangat pon. hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails