simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, July 01, 2011

since you are half a year

maaf ya semua kawan-kawan. memang diakui blog ni sangat terabai, serabai dan sang kelembai?? apa apa lah. tapi memang betullah bersawang kan? bukan apa. biasanya i update blog time kerja [lalalala~] tapi this month memang agak pack. awal bulan hari tu kursus sesaja. masuk kerja sehari kang nanti kursus lagi. lepas tu habis kursus ada pulak kena naik mahkamah menjadi saksi perbicaraan. first time and counting. huhu. tak kisah tu sebab di mahkamah i dipanggil doctor tahu! kahkahkah. asalkan datang bawak result perubatan saja kau panggil doctor. lepas tu layanan pon memang superb lah. satunya sebab saksi kan. yang kedua sebab daku kan doctor. hahaha riyak daku x pepasal. then habis riyak tu terus menjadi sekecut-kecut perut menghadap auditor sirim datang mengaudit unit. adoi la... sakit jantung jugak tapi maintain tido malam lena macam biasa. hehe~

jadi sedar-sedar aje eh eh dah pon bulan baru. sudah julai. chika honey pon sudah genap setengah tahun hari ini. padanlah pon dah menjadi semakin bijak, dah besar rupanya. ibu x perasan lah sayang. cepat sangat masa berterbangan bersepahan tak sempat ku tangkap. hutang entry emmph x payah disebut diungkit lagi. memang berjuta tan duk membebani hati dan minda. tengok lah bila ada masa kita akan buat sesi mengimbau nostalgia. kalau asyik nak kejar itu memanglah blog ini x akan punya cerita terkini lagi sampai bila-bila. maka pada ketika itu fahamlah i kenapa readers semua memandang blog ini dengan penuh rasa menyampah. huhu~

hari ini i sebagai ibu ber-mood baik dan excited. chika dah enter solid phase. bukan badannya, maksud i hidangan makannya. yeay dah boleh makan anak ibu. happy having mature intestine!! ibu lah orang yang x semena-mena berasa gembira. eh mestilah. anak membesar di depan mata memang satu anugerah Tuhan yang tidak terjangkau dek pemikiran akan kegembiraannya. maka walaupon ibu telah kehabisan wang ringgit [tapi wang rupiah berjuta-juta banyak lagi, no worries] membeli segala keperluan untuk chika honey melangkah ke alam solid nih, ibu puas. memang puas. puas tengok dapur bertambah kecil dengan pertambahan peralatan memasak. puas dengan ruang keluarga yang bertambah sempit dengan pertambahan perabot. puas melihat almari stok makanan bertambah kronik dengan pertambahan sajian bayi. puas melayok mata dengan ruang freezer yang terpaksa curi-curi untuk bubuh lauk pauk dek pertambahan ruang bagi menyimpan frozen puree. ahhh memang ibu puas hati hahaha~

antara must-haves yang ibu dah sambar [so far];

 lucky baby [yes you are] 4-in-1 baby food processor set
memang besh benda ni... kalau nak cepat ataupon on-the-go masih boleh buat homemade baby food


 muchkin fresh food feeder
so that reduce risk of choking, dan yang penting x lah comot kalau nak mam pisang tuu~


learning curve take & toss feeding bowl
sebuah kewajipan; mangkuk bermuka dua - sebelah porridge sebelah air kosong
learning curve take & toss feeding spoon
nak bagi set ngan bowl punya pasal, baru fit untuk disimpan dalam mangkuk and we will be ready to go!
 nuby no spill grip n' sip sippy cup
cawan kalis tumpah, ibu like!


thermos foogo food jar
untuk kekalkan suhu porridge bila bagi babysitter / bila kita pergi shopping / on the way balik kampung
faber slow cooker
with three cooking option [high-low-auto] masak malam, esok pagi tadaaa siap porridge. sesuai untuk rushing moms like me!


 [tiada jenama] puree maker set [plus jar blender - not in pict]
 berjasa ni tahu.. so far dah guna untuk potato, apple, pear and banana puree


 
 contoh hasil puree ibu yang sedap kahkah perasan sendiri


 extra huge bibs
khas untuk dilunyai dan dicomotkan. bib cantik sedia ada simpan buat perhiasan.


 ikea barnslig padding cushion
to support chika honey sit in her booster seat


and last but not least; baby sitting in her booster seat ready untuk disuap makan



selamat membesar sayang.

dan selamat menjamu selera [selera ke makan masakan ibu kahkahkah]


3 comments:

  1. byk gila perkakas MUST-have hg..yg aku rasa TAK PERLU lgsg kalo bg mama...hahaha!

    mama nti kata "alaahhh,masak dlm piyuk belanga yg bontotnye itam pon hangpa smua masuk U jugak aihh!!"

    kahkahkah!!

    ReplyDelete
  2. kahkahkah...betul kata k.yong...hahaha....
    chika dok tengok tv ka pa samapai nganga2....
    bnyk gila la brg bru.
    .....

    ReplyDelete
  3. kakyong; wey aku ibu bekerja kena cari alternatif. plus aku ada extra budget untuk melabur.. dan melibur [actually haha]

    kakcik; haah tengok apa lagi dibo the gift dragon la.. biasa lah ibu yang lebih-lebih. dia bukan tau apapon... ngee~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails