norma.
itu nama dia, kata mereka. sungguh aku tak kenal dia, atau mana-mana perempuan pon yang bernama norma. tapi kisah norma yang dipaparkan buat air mata aku jadi sangat murah. bukan kerana dia seorang perempuan cantik yang tidak mampu aku tandingi, tapi kerana apa yang diduga Allah ke atasnya mungkin tak mampu aku harungi. semasa aku membaca ceritanya saja air mata ini dah berjuraian, apatah lagi ketika aku menulis post ini, lagi aku tak dapat tahan-tahan.
yang aku tahu, dia sangat cantik. menjadikan aku bertambah sedih tak semena-mena padahal sumpah aku tidak kenal dia. pada hari perkahwinan dia setahun lalu, tentu saja dia sangat bahagia dan ceria. tapi kuasa Allah tiada batasnya. suratan Dia yang maha besar mampu merubah segalanya melangkaui batas fikiran kita.
baby rafiq, anak norma. kelahirannya disambut dengan gembira. hati ibu mana yang tidak bahagia dikurniakan bayi sihat dan comel begitu. namun ujian maha hebat didatangkan oleh Tuhan maha penentu. selang beberapa hari selepas kelahiran rafiq, iaitu seminggu sebelum hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama, norma disusuli dengan berita bahawa dia menghidap brain cancer stage 4. AllahuAkbar. ketika itu dia masih dalam pantang. belum pon sembuh dengan perit jerih melahirkan, datang pula sesuatu yang tak mungkin dapat dibayangkan bagi aku yang tidak berada di tempat kamu norma.
inilah gambar yang membuatkan aku gagal menulis entry ini dengan sekali harung. melihat tangan kecil bayi yang mendakap ibunya, mendahagakan belaian seorang ibu, membuat aku terpaksa berkali-kali berhenti, memaling muka ke arah lain, menenangkan fikiran, sambil mengelap pipi aku yang lenjun dek air mata. siapa norma ini? kenapa dia mampu membuatkan air mata aku berjuraian? sebenarnya dia bukan siapa-siapa pon. tapi aku berasa sangat sedih dengan apa yang ditanggungnya. lagi-lagi bila aku mengenangkan runtun hati seorang ibu yang ingin membelai bayi nya, yang ingin menyusukan bayi nya, yang ingin memeluk bayi nya, yang ingin mengagah bayi nya, yang ingin melihat bayi nya membesar di depan matanya, merakamkan semua milestones bayi yang dikandung selama 9 bulan itu..... tapi bagi norma itu semua jauh sekali biarpon hatinya menangis mahukannya, kerana aku yakin dia juga mempunyai hati seorang ibu, sama atau lebih dari aku.
aku jadi sangat terkesan dengan apa yang menimpa dia. lalu aku terfikirkan sekiranya aku di tempat dia bagaimana??
*paused*
*air mata aku dah macam air terjun*
jadi aku tak mahu teruskan apa yang aku sebenarnya aku bayangkan. aku sebenarnya hanya memikirkan dua insan iaitu anak dan suami. maka aku berdoa memohon kepada tuhan biarlah nyawa aku diambil tanpa meresahkan hati mereka yang menyayangi aku. kerana dengan cara yang dilalui norma, bukan dia sahaja yang menderita tapi juga suami. sesungguhnya Kau maha mengetahui yaAllah bahawa suamiku tidak kuat untuk dugaan sebesar ini kerana dia amat kasih pada aku.
maka atas kesedaran dan keinsafan dari situ, aku paparkan kisah ini untuk dikongsi bersama semua. sebagai seorang isteri, seorang ibu, dan seorang perempuan, aku berkira-kira bahawa aku telah berkongsi kesedihan dengan apa yang menimpanya, wal hal dalam masa yang sama sebenarnya aku tahu, aku tidakpon pernah mengerti sebesar mana hakikatnya beban runtun jiwa yang dialami norma.
namun aku ingin melaksanakan tanggungjawab sosial aku sebagai seorang blogger. sekurang-kurangnya aku cuba membantu dari apa yang aku terdaya untuk kamu norma. semoga Allah akan mengurniakan keajaiban buat kamu.. dan untuk rafiq, sungguhpon kamu tidak pernah merasai kasih sayang dan belaian seorang ibu, auntie doakan semoga kamu mendapat apa yang setimpal dengannya.
bagi mereka yang sudi, hulurkan lah bantuan kepada norma melalui;
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
...bagi menjalankan treatment yang terlalu pelbagai, yang tak mampu aku jelaskan satu persatu, sejak mac yang lalu. atau kamu boleh membaca rentetan perjalan kisah sedih yang mencarik jiwa aku pagi ini di blog kakak ipar norma, moon.
semoga Allah mengembalikan sinar kebahagiaan dalam hidup norma, talib, dan rafiq. amin.










No comments:
Post a Comment