hmmm actually for past two weeks i decided to have one manual bp atas sebab-sebab yang mungkin bagi sesetengah orang yang kurang mengerti menganggap sebagai alasan yang berlebih-lebih. dalam pada waktu i tidak memperdulikan pendapat orang yang tidak mengerti sekalian itu tadi, i berfikir manual bp boleh membuatkan i lebih senang nak buat tandem nursing [baby direct feeding sebelah, sebelah lagi pump]. benefit of tandem nursing antaranya x lain x bukan boleh membantu memaksimumkan pengosongan cik B dan juga secara long term boleh membantu meningkatkan penghasilan bm. bagi seorang ibu berbayi 6 bulan, i memang concern sangat bab bm production menurun walaupon pada hakikatnya production graph i bolehlah dikatakan mendatar dan kadang-kadang actually ada naik juga depend pada jarak pumping session, mood etc. nak kata turun x ada, alhamdulillah. so far average one shot pumping boleh dapat 5oz-7oz which is tidak lah semeriah sesetengah ibu pengepam tegar, tapi itu pon i dah bersyukur sebab my baby chika honey memang need the most 4oz je at one time feeding [at this point]. so if i pump one day 3 times, i can bring home at least 15oz per day, the same amount i bekalkan dia every day di rumah babysitter. jadi memang betullah teori demand vs supply tu. jadi para ibu di luar sana x payah lah bersedih hati bermuram durja pulak bila compare your pumping yield x sebanyak kawan-kawan geng mengepam you all. what you have is all your baby needs... no worries *peace*
berbalik kepada tandem nursing tadi, kenapa i x guna je my previous single electric bp tu kan?? lagi mudah kalau diikutkan. hmmmph. mudah didengar tapi x semudah itu nak dipraktikkan. kalau dah bunyi nya yang mengaum itu, didarabkan dengan baby yang easily distracted sedang direct feeding kat sebelah tu, alamatnya x menyusu la budak tu asiiikkkkk duk merenung bp tu je lah kerja dia. sudahnya memang harus cari sebuah gear yang senyap... [alasan???]
lepas dapat green light dari hubby, i berbelah bahagi antara nak memiliki avent manual or medela harmony. mintak opinions from mommies di fb group, akhirnya i terhasut untuk memilih medela harmony walaupon originally i nak avent manual dek kerana massage cushion nya yang macam mampu membantu stimulate ldr... but for some reasons listed below, i get myself a harmony;
- walaupon x ada massage cushion, tapi tertarik dengan kebolehan handle nya berpusing 360 degree [apa kaitan dan persamaan???] .. mudah nak pump dari pelbagai angle ikut keselesaan, nak mengiring ke, nak sambil cekak pinggang ke... hehe
- the one and only manual bp that comes with 2-phase expression readily-designed. ini yang buat i x menyesal memilihnya. but actually for those yang dah biasa dengan electric 2-phase bp [me already learn from my single bp -nuk e-motion- anyway], i rasa boleh je you all create this 2-phase expression on your own, x kira you all pakai manual bp apa pon. just love to know that medela harmony make it easier. itu pasal i cakap 'readily-designed'
- dan alasan paling x boleh blah [tapi praktikal jugak apa...]; since i dah ada banyak storage bottle with standard size [free sampai 24 btl time beli ameda bp] i think better i choose medela sebab dia fit with standard size bottle, if i use avent dah kene usung extra bottle for pumping since avent fit with wide-neck bottle
so based on my experience bila i dah try three type of bp yang terdapat di pasaran [manual, single electric bp, double electric bp] i can conclude that;
- single electric bp and manual bp consume masa about the same to produce same amount of yield. silap-silap kalau kena gaya, manual lagi laju dan amik masa singkat je sebab kita boleh speed up ikut kehendak, not like single electric bp [i refer to non-adjustable ones].
- apapon x boleh nafi, bezanya dengan single electric bp, manual kena guna energy sikit lah. sesuai dengan namanya - manual.
- jadi kalau bertujuan untuk dapatkan hasil yang cepat, lebih baiklah guna double bp. 10 minit cik B dah kosong tell you!
* * * * * * * * * *
perbezaan berdasarkan pengalaman
peralatan;
medela harmony manual bp
nuk e-motion single electric bp
ameda lactaline double electric bp
measurand;
5oz expressed bm
[satu botol penuh]
[satu botol penuh]
my experience, untuk mendapatkan 5oz, dengan single electric bp, i kena bersabar barang 30 minit dek kerana apa pon x boleh adjust, but the suction soft sangat, suka! tapi dengan manual, 5oz boleh dicapai dalam masa 15-20minit. lagi cepat. jangan berasa ajaib. i dah explain tadi sebab musababnya. tapi lengusss!! dan kalau pakai double electric bp, 5oz senang-senang dapat dalam masa kurang 10 minit, sebab kita boleh adjust speed and sucking level. so if nak meeting pukul 9.30 pagi, by 9.15 i sempat je nak pump barang satu sesi lagi. heh itu lah rahsia menjadi supermom! kehkeh.
biar mana bagus mana kurang, semua tetap berjasa dan berguna mengikut kesesuaian waktu, tempat dan keadaan.
sekian. x larat dah nak cerita.
* * * *
abbreviation list
fb ; facebook
bp ; breast pump
bm ; breast milk
cik B ; cik breast [cik ke puan eh?? *wink*]
ldr ; let-down release
* * * *







No comments:
Post a Comment