simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, November 15, 2012

genap tiga tahun


sedar tidak sedar, sudah genap tiga tahun saya berkhidmat dengan kerajaan persekutuan. ingat tidak bahawa saya pernah struggle mati-matian [owh you have no idea how it was when i say mati-matian] untuk berhenti dari meneruskan job ini. secara terus-terangnya niat itu tidak pernah padam, walaupon saya diamkan untuk sekian masa.

alhamdulillah, atas sebab tertentu [yang sangat meruntun perasaan] saya masih lagi di sini, berbakti kepada siapa saja yang mengarahkan saya untuk berbuat itu dan ini. tidak cukup semua pihak atasan, pihak bawah juga sesekali ada cuba-cuba memberi arahan sebagai cubaan memijak kepala. tapi tempoh tiga tahun adalah mencukupi untuk menjadikan saya seorang yang tidak kisah dengan perasaan orang lagi asalkan kerja jalan. saya tidak ada masa terluang untuk merenung kesilapan dan membelai hati orang sekeliling kerana pada kebanyakkan waktu mereka inilah yang mengajar saya untuk menjadi siapa diri saya pada hari ini.

tentu saja saya sedar saya adalah bukan diri saya yang dahulu lagi. pada 9 november 2009, saya adalah seorang yang langsung tidak serupa dalam banyak aspek major dan minor kalau dibandingkan dengan diri saya pada tanggal 9 november 2012. senang cerita, masa itu saya cuma pegawai termuda di facility yang hanya tahu angguk kepala saja. hari ni tentulah sorryyyyy nak macam tu lagi.

cuma yang masih sama, ialah niat untuk tidak meneruskan kerjaya ini masih lagi tersemat rapi. walaupon mungkin niat itu terpaksa dikuburkan. tapi silalah jelas, di setiap kubur pon kekal terkandung jasad, walaupon ramai manusia tidak menyedarinya, ia tak pernah pupus, sehingga hari pengakhiran.

saya bukan jenis yang lompat kerja. saya juga bukan datang dari keluarga yang lompat-lompat kerja. acara lompat kerja bukan sesuatu yang sinonim bagi kaca mata keluarga. apatah lagi kalau nak melompat dan taknak berdiri semula, bakal membuat seluruhnya melatah sampai bila-bila.

kerja pertama saya seminggu selepas graduate adalah sebagai research assistant di fakulti perubatan sebuah universiti awam tidak kekal lama. tempoh tiga bulan sahaja itupon sebab kerja itu sendiri saya terima sebagai kerja sementara nak tunggu intake program pengajian siswazah. masa tu memang dah secure tempat untuk melanjutkan pengajian, malah projek research sudah dalam genggaman, dengan supervisor yang super baik. tapi aturan Tuhan maha hebat. saya tidak meneruskan niat untuk sambung belajar dengan sekelip mata dengan beranggapan ini bukan sesuatu yang saya mahu. semudah itu saja.

saya beralih haluan untuk serius dalam mencari job yang paling sepadan dan membiarkan apa juga kata orang. saya tidak rugi apa-apa kerana saya tidak sempat menganggur walau satu minggu. rezeki alhamdulillah, saya diterima untuk menjalani latihan memperkasakan pelajar lepasan ijazah bioteknologi dan yang seangkatan dengannya [saya kira yang seangkatan tu laa]. dengan added value dari situ, saya diterima bekerja 3 bulan lebih awal sebelum latihan tamat.

bagi saya ini adalah batu loncatan bagi saya dan sebenarnya itu tidak diambil sebagai pengalaman bekerja. ah memang pon. kerja berapa bulan je bukanlah kerjaya. kisah kerjaya hanya bermula di sebuah bank darah tali pusat swasta, yang bertahan selama satu tahun setengah. mungkin akan lebih lagi, dan mungkin sehingga ke hari ini kalau saya tidak diterima oleh suruhanjaya perkhidmatan awam.

point saya ialah, saya bukan jenis lompat kerja. dah cakap tadi. saya hanya tukar kerja semata-mata kerana dipelawa untuk berkhidmat dengan kerajaan. kalaulah saya dipelawa untuk bertukar ke mana-mana agensi swasta yang lain, mungkin saya tolak mentah-mentah saja. malah beberapa kali saya dihubungi sebuah pusat penyelidikan perubatan terkemuka negara untuk melanjutkan pengajian tapi saya menolak semudahnya. konon nak tumpukan perhatian kepada rumahtangga dan tak ingin menghambakan diri kepada meja makmal. kerjaya bagi saya adalah sesuatu yang kekal untuk sekian tempoh yang lama. pengalaman pulak setidak-tidaknya memerlukan dua atau tiga tahun. kalau kurang dari itu tentulah bukan kerjaya, apatah lagi pengalaman.

bila sudah tiga tahun, saya merenung masa lepas dengan beribu-ribu perasaan yang bercampur baur. saya telah membina kerjaya dan pengalaman sedikit demi sedikit tanpa saya sedar. memang mudah untuk pergi kalau belum sempat collect apa-apa value lagi. jadi ada kemungkinan saya akan terus di sini dan hanya Allah yang akan menentukan sebaliknya... mungkin melalui suami saya, who knows?? satu persatu petanda datang. kami melihatnya dengan teliti dan kami serah kepada Tuhan maha bijaksana.

tapi secara terus terangnya saya sudah mula berasa sayang dengan pekerjaan ini. anda tentu tahu dan faham sebabnya. munasabah bagi setiap manusia kalau sayangkan kerjaya yang disandang selama tiga tahun kerana dalam tempoh itu sudah banyak peningkatan yang berlaku dari segi kedudukan di dalam komuniti, mahupon kedudukan di tangga gaji. saya tidak akan menyembunyikan fakta bahawa saya pasti Tuhan telah banyak memperbaiki kehidupan saya secara peribadi dan saya bersyukur sangat atas kurniaanNya pada hari ini.

oleh itu, saya dengan penuh rasa kehambaan dan rendah diri, menyerah bulat-bulat ketentuan untuk meneruskan kerjaya ini atau sebaliknya, kepada Rabbul Izzati. saya berharap pengakuan ini samada tersurat atau tersirat, dapat merungkai persoalan di fikiran sesetengah pihak yang mungkin beranggapan bahawa saya sudah melupakan hasrat ini. kadang-kadang, kita tak sedar, kita terlalu memikirkan kehidupan dunia daripada kepentingan akhirat. dan, kita dengan bongkaknya berfikir kitalah yang paling wajar untuk menentukan masa depan orang lain???

hanya ada satu sebab kenapa saya masih di sini. kerana keluarga.

dan, hanya ada satu sebab juga [yang mereka tidak faham] kenapa saya tidak mahu berada di sini. kerana keluarga.



maka lepas ni jangan tanya saya lagi dengan soalan seperti:

"la.. tak habis-habis lagi, masih nak berhenti ke?"
"dah lama tak sebut tetiba cakap pasal nak berhenti balik??"
"nampak cam happy je dah tak sebut pape i tot u okay oledi??"

so ni nak bagitau, memang pon okay. sebab dah dapat taraf pencen. lepas ni boleh joli duit kwsp. ko ade?? 


*excuse me, mood tingtong*










No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails