simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, September 13, 2012

recap 10 perkara

recap #1
syawal kali ni bermakna sekali. sebab kali ini perjalanan kami dipermudahkan Ilahi sampai keempat-empat buah kampung dapat kami pergi tahun ni. rumah embah dua-dua belah, rumah tokwan, dan rumah opah juga.

recap #2
reunion sekolah menengah di restoran berputar menara alor setar. ini kali ke berapa entah saya naik menara ni tapi first time naik malam dan first time masuk restoran yang mengelirukan minda semasa leka mengambil hidangan sebab memerlukan beberapa saat untuk kita berfikir "err... mana pergi kerusi meja aku tadi???"

recap #3
raya yang dihargai oleh anak dara saya. mungkin sedikit lebih cerdik dalam memahami erti raya, pandai main mercun pop, pandai kutip duit raya, juga pandai memilih kuih raya yang sedap sahaja.

recap #4
macam tahun lepas, duit-duit raya anak dara tu terus ke tempat yang sama. TH.

recap #5
untuk kesekian kalinya diipanggil untuk memberi keterangan bagi mensabitkan hukuman penyalahgunaan dadah ke atas seorang lagi anak bangsa. saya sentiasa rasa dihantui dengan apa yang saya tahu, tapi inilah tugas saya sebagai emmbuktikan saya jujur dan tak pernah terima duit bawah meja. kalau terima, agaknya sekarang kaya dah haku~

recap #6
asyiqah rayyana sudah anak dara. sudah besar. sudah panajng akal. tapi ibu masih nak dia manja-manja macam baby lagi. dia pon suka berlakon macam baby lagi. tapi sayang, hakikatnya kamu sudah membesar bagai johan. errr okay lah, naib johan. tak payah dempol sangat. janji sihat.

recap #7
kakcik yang tinggal lebih kurang 6 minggu di rumah kami, dengan berat hatinya kami hantar dia balik. demi masa depan dia sendiri, eceh. pesan saya, cepat-cepat settle kan urusan kolej, dapatkan result final dan apply kerja. in teh meantime you can always lepak at our crib again. no worries. we always appreciate the moment you were here! *terharu tak wey??*

recap #8
kenduri ain!!! kawan sekelas masa darjah 1 sampai darjah 6. wah gojes sangat pengantin sampai saya tak publish gambar pengantin sebab takut muka sendiri nampak downgraded boleh hahaha.. lepak dulu kat penang rumah sis sebab kenduri nye satu km je dari situ...hehe.

recap #9
hasil ramadhan. suke? mesti lah suke. setelah menempuh open houseS, open hospital, open departmentS, hari ini di hujung2 syawal ni okaylah naik 0.5kg. nak berdiet?? saya memang kalah sebab nafsu makan memang over. last berat saya sedemikian adalah masa baru kawen. okay now saya boleh fe-feeling seperti baru kawen ;P ... apapon takde banyak beza sebab before ni pon mana pernah sampai 50kg pon. haha poyo je macam banyak sangat beza kan hahaha!

recap #10
berjaya harungi 6.7km dalam program 10,000 langkah kemerdekaan serentak di seluruh negara. penat?? takde. peluh?? tidak juga. tapi panas?? iya!! baru pukul9 pagi pon matahari dah tinggi. panas kot kena pakai baju dua lapis -dengan t-shirt hospital lagi. tapi sekali sekala beriadah seronok dan baik untuk kesihatan. majulah sukan untuk negara, boleh?



[end]




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails