katanya.... bajet sejahtera
semalam bajet 2013 dah pon dibentang oleh YAB PM kita. dah tahu dah kalau ramai-ramai yang dengar bajet tu sebenarnya nak dengar part bonus aje yang lain-lain buat endah tak endah sangat. saya macam biasa tak dapat dengar full pon.. sekadar apa yang dapat didengar melalui radio dalam perjalanan balik dari tanjung ke kuala saja.
so hari ini nak share lah kepada sesiapa yang senasib dengan saya yang tak dapat dengar tu. apapon perlu sedar, dalam ni tak de mention sesuatu... iaitu harga gula naik mulai hari ini sebanyak rm0.20 sekilo. yessaa... satgi pi makan tobat lah harga food naik.
tapi saya tak kisah asalkan bukan harga minyak. boleh cemtu?? kalau harga minyak aje terasa seperti hati ini dicurah-curah minyak nak membara aje rasanya. bagaimanapon setakat isi minyak [full tank] 2x sebulan pon kecoh ke???
syukur alhamdulillah, kalau muka surat pertama BH hari ini nih adalah betul2 punya full version, maka 3 daripada apa yang tertera dapat saya manfaatkan.
#1 *clearing throat* bonus 1.5 bulan gaji. memanglah tak sebanyak sesetengah pekerja swasta yang dapat 2-3 bulan gaji, tapi untuk saya ini dah cukup baik. rezeki tuhan bagi.
#2 rebat rm200 untuk pembelian telefon dengan 3g. tapi mungkin saya tak amik kot. dah beli awal.
#3 10% diskaun ptptn setahun. setakat ni tak pernah miss lagi. in fact kami adik beradik kena bayar 4m in advance- ketetapan oleh abah, bukan ptptn huhuhu~
tapi saya tahu semua hanya nak kira bonus saja. tapi perlu saya senaraikan beberapa benda di sini biar jelas;
- bukan salah PM kiranya isi rumah anda berpendapatan melebihi rm3k dan tak dapat bantuan rm500. patut2 tu bersyukur lah pendapatan isi rumah dalam kategori berkemampuan. kesian nuu dekat keluarga yang tak mencapai rm3k kita tak tahu gundah gelisah diorang hidup di zaman semuapon tak ada yang free. tak payah lah nak iri hati dengan diorang yang dapat.
- bukan salah PM kiranya anda dah bukan kategori bujang
terlajakdengan pendapatan kurang rm3k untuk mendapat bantuan rm250... kalau dah kawin dan bahagia tu, bersyukur lah. itu maksudnya kita ada kemampuan untuk berumahtangga.
- bukan salah PM kalau anda tak lulus temuduga SPA bagi membolehkan anda berkhidmat di perkhidmatan awam dan mendapat bonus seperti yang dikatakan [tahun depan mesti sikit je, silap2 takde langsung???]. yang pilih korang adalah SPA, yang interview pon SPA. yang penting masing2 dah bekerja makan gaji halal, syukur alhamdulillah. rezeki bonus itu tuhan yang tulis. contoh nya macam saya entitled untuk bonus hujung tahun ni, duk tak duk esok saya mati, tak merasa jugak. senang cerita, itu rezeki Allah taala tulis di bahu masing-masing. jangan pertikai. usaha lagi! eceh.
- bukan salah PM kalau anda bukan pesara!! adoyy takkan dengan pesara pon nak jeles kot? diorang dah berkhidmat berpuluh tahun dan besarlah sumbangan diorang untuk kerajaan. kita hat muda ni pon insyaAllah kalau panjang umur jadi jugak pesara aihhhh~~
- bukan salah PM kalau anda bukan lagi pelajar yang boleh dapat baucer buku rm250. teruskan kehidupan la!
- bukan salah PM kalau anda tak ada anak bersekolah yang membolehkan anda tuntut rm100 bantuan persekolahan. bukan ke kita muda lagi?? anak pon kecik comel lagi. kalau anak dah besar tu maksudnya umur kita dah lanjut. ha... mana mau?? mana lagi best??? hehe~
- bukan salah PM kalau anda TAK bayar ptptn secara konsisten maka tak dapat 10% diskaun setahun!! loser! saya cukup tak faham dengan orang yang sanggup beratur amik borang, sibuk turun-naik bahagian hal ehwal mahasiswa universiti untuk pastikan permohonan pinjaman diluluskan tapi bila dah habis belajar dan dah bekerja, culas membayar semula. lepas tu nak kecoh tak dapat apa2 manfaat dari bajet ini. insaflah!
- bukan salah PM kalau anda bukannya tentera. kalau dah kerja elok2 aman damai di dalam office siap dengan air-cond, syukur sajalah. tak perlu kita menggolok gadai nyawa di perantauan. paling tidak pon, tak perlu kita mendedahkan diri kepada sun burn semasa raptai kawad hari kemerdekaan.
- bukan salah PM andainya anda sudah melebihi had umur untuk membolehkan anda mendapat rebet rm200 untuk pembelian telefon mudah alih dengan rangkaian 3g. umur itu kurniaan tuhan. terlalu kebendaan lah anda kalau itu pon nak dipertikai. dan bagi mereka yang sudah ada dan tak hingin nak bazir beli satu lagi [haku ler tu.. baik beli benda lain melambak lagi nak guna duit] redha sajalah yang anda terlepas peluang. saya tak bising pon??? dah orang nak bagi awak yang taknak, diam udah ler~
jangan salah faham. saya bukan buat post ni sebagai tanda sokongan kepada PM. siapa PM untuk saya pilih sebagai pemimpin kalau isteri dia pon tak terpimpin untuk menutup aurat. untuk pengetahuan semua saya belum pon mendaftar mengundi pon hahahaha. kalau dah daftar pon saya bukan nya mengundi di pekan, pahang. saya mengundi di kawasan ... err nanti saya fikir dulu, belum decide lagi hahahaha. jangan hanya kerana anda bukan kakitangan awam yang dapat bonus tu, anda pon melatah melompat-lompat. terus rasa bajet sejahtera ini keji dan kejam sebab apa satu pon PM tak kasi kepada anda... kata anda lah. ada je lagi bahagian anda... kalau tak ada pon, macam saya kata tadi, bukan salah PM. itu aturan rezeki tuhan untuk kita. yang PM list down ni, kalau terkena untuk kita, maka itu tuhan yang nak bagi, bukannya PM. kalau tak terkena tu, maksudnya tuhan yang takmo bagi, bukannya PM yang tentukan nasib anda. sesungguhnya Dia maha tahu apa lebih baik dan aturan Dia maha baik dari aturan manusia. errr perlu ke saya ingatkan anda bahawa PM tergolong dalam kumpulan manusia?????
pokok pangkalnya, berbahagialah bagi mereka yang tahu bersyukur. wallahua'lam.







aku SUKAAAAA n3 hg nii!!!!
ReplyDeletetahniah!! n3 ni mmg best!
yessaa terima kasih.
Deletetp pembetulan la..yg BR1M utk yg bujang tu below 2k laa...bkn 3k..
ReplyDeletekecewa tau aku..sob2..
oh ye ke.. ralat di situ. terima kasih tlg betulkan. haha xpe la. mana mau gaji >3k tiap bulan atau payment one off tu..?? ;)
DeleteYeay... Terbaikkk.... Sy suka.
ReplyDeleteterima kasih. saya suka jugak. hihi.
Delete