simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Friday, October 21, 2011

masihkah kau ingat

masihkah kau ingat
kita berlari-lari
di kaki langit
mencari pelangi
lalu hujan turun
kita basah bersama
masihkah kau ingat
masihkah kau ingat


kebetulan lagu ini sangat sesuai dengan musim hujan sekarang ni kan? sekarang hujan je setiap hari sampaikan ampaian ku di rumah dah 4 hari jemur baju yang sama adeyh~ dalam laundry bag x payah cakap banyak lagi duk tengah queue. CDs chika jugak dah jenuh mendahagakan bahang matahari supaya hilang stain dan kuman-kuman tapi sayang panas tidak sampai ke petang...membuatkan i terpaksa berusaha lebih sikit untuk memastikan bekalan cd mencukupi ataupon at least cukup-cukup paras hidung untuk digunapakai. apakan daya, rencana Tuhan ini semua. apapon syukur lah Allah melimpahkan rahmatnya lagi di bumi malaysia ni walaupon dah banyak maksiat terbuka di sini sana... na'uzubillahi min zaalik.

aha. masihkah kau ingat apa yang i sibukkan setahun yang lepas?

merujuk kepada perkara itu, kepada yang dah follow blog ini dari tahun lepas maybe akan kata ceeehh hangat-hangat tahi ayam sajalah kau ni nour!


tapi, apa yang mungkin korang tak tahu, sebenarnya tahi ayam itu walaupon dah hilang hangatnya, tiada apa yang berubah, hukumnya tetap najis dan tetaplah jadi tak suci jika terpalit di seluar dan dibawak sembahyang, sungguhpon dah hilang hangatnya... so apa yang i nak sampaikan ialah, jangan lah memperlekeh atau memperkecilkan tahi ayam yang dah sejuk.

euwwww~~

okay straight to the point je lah, jom.

memang iye, setahun yang lepas around time ni lah, october-november, i sibuukkkkkkk amat pasal nak resign. tapi sekarang ha, apa cerita? terus diam x cakap pasal tu lagi kan?? tapi apa yang berlaku mungkin tak ramai yang tahu. dan i pulak rasa malas betul nak melayan perasaan yang tidak disokong tu. so baik buat bodoh saja kan.

tapi hari ni sempena ulangtahun mogok kerja [aik??? nak celebrate ke ni??] i pon nak lah explain sikit sebanyak apa yang berlaku lepas i tutup mulut pasal ni. hmm ye lah, tahun ni memang tak ada sentuh langsung bab ni kan???

actually lepas i bercuti tanpa gaji [dengan bahagianya] terus sambung dengan maternity leave, make it 4 months leave on a row. pergh heaven! lepas tu dalam seminggu lagi nak naik kerja, dapat pulak percutian percuma ke genting highlands [eceh]. siapa ingat i berpuas hati sampai di situ memanglah dia manusia yang jenis amibil mudah terhadap tahi ayam yang dah sejuk [yucks apa ni main tahi-tahi pulak nii... hehe]

actually i ada pergi nterview kat satu company x sampai pon sebulan lepas balik kerja. lepas dapat melepasi dua tapisan interview, i dapat so-called at that time berita gembira lah. tapi sikit sebanyak rasa ditiup ribut pon ada. sebab mana nak pindah rumah, mana nak cari new babysitter [yang ada pon belum hantar cukup sebulan lagi] bla-bla-yada-yada... tapi happy of course lah kan. company tu bagi kelonggaran untuk i pilih sendiri bila masa i nak start kerja since diorang pon paham lah kalau nak resign dari gomen ni banyak procedure nya. tapi  malangnya i tak diberi banyak masa untuk buat decision untuk terima job tu demi nak memudahkan dorang pihak company jugak. yelah kalau nak cakaplah nak, kalau taknak dorang nak cari orang lain kan..

pastu mulalah i tak boelh nak berfikir waras. call hubby, hubby macam biasa, sangat supportive. sangat understanding. katanya tak ada apa lagi yang nak disayang-sayangkan sebab dah lama i bertahan menanggung kerja yang tak berkenan di hati ni.. berpegang dari situ, i pergi jugak mintak advise dari colleague, tapi dia bagi pendapat bertentangan, namun still secara baik dan hmmm boleh diterima akal jugak. katanya i nih yang terlalu bawak budaya kerja private dalam diri, sedangkan kat gomen ni orang keje rilek2 je.. haiyoo hahaha macam itu ka?? katanya lagi i patut divide kerja ngan dia tapi i lebih suka tanggung sorang sebab tu tensi... katanya lah...

tapi apa yang menyakitkan hati ialah bila tak dapat restu ibu bapa. dipendekkan cerita [memang tak berkenan nak panjangkan part ni]  i pon dengan berat hati call balik company tu dan tolak job tu kepada orang lain yang akan mendapat restu ibu bapa untuk menyandang job tu.. of course not me... hmm company apa??still a pharmaceutical field company tapi namanya biarlah rahsia... cukuplah korang tahu lokasi nya sangat mendamaikan, i dah biasa dengan area tu, dan jugak dekat dengan hubby's workplace. memang sayang seribu kali sayang. walaupon kadang tu terasa seperti alahai tak siapa yang faham sesaknya kehidupan seseorang kecuali orang yang menjalani kehidupan itu sendiri, tapi pon masih ada yang nak menghalang atas apa jua alasan pon... apapon, nak kata nyesal tu tidaklah, sebab at least i buat sesuatu untuk kepuasan ibu bapa, dan still, i make decisions based on what abah says best... eventhough i think different.

maka, di sini, hari ini, lebaran yang dinanti i masih berdiri di tempat yang sama. menjawab kepada segala persoalan korang. tapi sukacita dimaklumkan, i akan lari dari sini barang setengah tahun untuk berkursus, insyaAllah start bulan december.. haha lari lagik!

okay itu saja pengakuan ikhlas di hari jumaat. too wordy kan?? takde pic pulak lagi. blerghh~~

babai..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails