okaylah. cerita pasal baby macam kau sorang di dunia ni ada baby.
meh cerita pasal weekend yang lepas.
i attended;
...a breastfeeding support group meeting, with love.
di sini kita bukan sahaja support mommies untuk breastfeed, malah di sini jugak kita berpeluang mendapat support dari mommies yang lain. and even better, di sini lah kita dapat berkongsi dan berdiskusi isu breastfeeding secara pendekatan exclusive, face-to-face dengan malaysian breastfeeding peer counselor. seronok sangat dapat join meeting ni tau. alhamdulillah bertambah-tambah ilmu di dada. mintak-mintak jangan lupa sudah *i memang pelupa hehe*
bertempat di moms basic, saujana utama. actually sgm di ipoh dah berapa kali i kepingin nak attend tapi tak berkesempatan, dan di shah alam pon selalu clash ada hal lain. so bila dapat attend this time memang happy. tak lupa, thanks hubby tolong bawakkan... hehe. i memang fail lah bab nak mencari destinasi with mute gps nih. dulu ada megan boleh jugak pergi mana-mana as it had garmin, a talking gps. but now working with muted ones, tak pandai lah mak.
berdiskusi secara santai dengan group memasing. oh ya we were divided into two groups. mula-mula tu segan tersipu-sipu.. tapi lepas tu ku yang over gitu. hahaha. same lah budak kecik baju pink tu.. tengok tu dia tengah geledah beg orang. macam biasa dia sibuk nak berkawan. tak takut orang. tapi orang sebaya dia je lah. kalau orang dewasa dia memilih juga.
tengok lah daku beryo-yo-or... yang ina [in brown] tu tengah tunggu hari pon datang jugak mendengar i mengarut. lalu menjadi seorang lagi mangsa hasutan ku selepas mendengar hujah yang dibentangkan hahahaha.. lepas i cerita how ameda helps me a lot, nak nak lagi bila ibu-ibu yang pakai medela pon admit how good ameda is...dia pon dan-dan aje nak beli ameda dah sekarang hahahaha *evil laugh* memang bakat lecturer ada kot dalam darah ini. maaf abah, kakngah takmo jugak jadi lecturer, takmo jugak!
hehehe inilah suasana yang very homey. sangat relax and comfortable. walaupon terdapat sidaian-sidaian bra hahaha apa aku merapu nih. yelah ini kan breastfeeding n maternity shop. memanglah terdapat maternity and nursing bra available for sale. yang kaum bapa tu tengok buat tak reti je lah ye. eleh macam tak biasa hihi.. kitorang yang lain pon sambil discuss sambil menjamu mata apa salahnya.
discussion that day; milk supply; insufficient or oversupply?
group i discuss pasal oversupply. group satu lagi insufficient. me?? actually in the middle. group kami ada dengan dua daripada member memang boleh dikategori sebagai having oversupply. siap boleh supply untuk anak susuan sampai dua orang dalam pada masa yang sama exclusively bf a son. hebat she is.. tapi bila dah discuss ni baru tahu.. ingatkan sentiasa heaven kalau oversupply, tapi rupanya ada jugak negative effects nya..
apapon yang nyata, tulisan cantik itu bukan tulisan i hehe. tengok dia tulis ala-ala mind map tu paham-paham lah ianya milik seorang cikgu. hehe.. ya, kami datang dari pelbagai bidang, ada engineer, pharmacist, cikgu, dan biochemist [i lah tu.. nak jugak enter frame]..
sesi presentation dari both groups.
selesai presentation, kami open forum pulak. semua boleh tanya dan berkongsi lagi. sangat harmoni. sangat seronok. sangat berinformasi. sangat-sangat nak lagi! kenapalah i tak involve group ni dari awal lagi. tapi at least alhamdulillah i tidak terlewat atau langsung tidak aware pasal sgm ni. at least dapat jugak menimba ilmu sedari anak pertama lagi. alhamdulillah syukur untuk itu.
dan ini lah budak tu. buat macam rumah sendiri.
nampak tidak dia sedang tawaf seluruh shop tu macam itu shop wan dia yang punya...
[gambar bersama semua to be uploaded later- saved in hub's phone]

















sampai ke sudah aku baca,aku tatau ape itu sgm..hahahaha!!
ReplyDeleteterpampang duk cerita dari gambar mula-mukla tu... Support Group Meeting =SGM.
ReplyDelete