simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, September 06, 2011

opt for non-plastic bottle

hi all.

hari ni takmo cakap pasal raya. nak cakap pasal barang baby [again]. bosan tak bosan tak? hahaha. ini blog rojak. nak borak topik apa main lantak.

seperti kebanyakan parents, i pon guna plastic baby bottle for chika honey. which is PP bottle of course, NUK brand. dan mengikut healthcare suggestion, plastic bottles should be replaced after 6 months of usage, or bila bottle tu dah menunjukkan ciri-ciri uzur seperti cloudy walau disental berkali-kali, atau jugak scratches yang keterlaluan akibat penggunaan span berus yang ganas [but hey it's already 6 months, memanglah]... atau dalam bahasa terus terangnya, botol itu semua dah buruk, whichever come first. botol chika masih baik-baik saja walaupon ada sikit cloudy dan minor scratch yang hanya kelihatan bila diusha tajam. eceh. nak kata pandai jaga lah tu... hehe. dan disebabkan chika ada 4 botol digunakan, lepas tanya-tanya kepada ibu-ibu di Fb group, bolehlah kiranya dilanjutkan sikit 6 bulan ke 8 bulan since all four bottles tuh digunakan bukan secara heavy duty, but anyway, it's already 8 months! so it is time to get a replacement.


************************


lepas mempertimbangkan banyak isu, keluarlah dialog keluh kesah seperti aduhai kena banyak kali beli lah if so, dan jugak seperti alamak rabaklah poket. okay let us say budak nih pakai botol sampai 4 tahun [tapi adik minum botol sampai darjah satu! adakah chika akan menurun paksu nya?? anggaplah tidak], then every 6 months kena replace new one, means sehingga umurnya 4 tahun kena kurang-kurang 8 kali renew botol. sekali renew 4 botol [2 at nanny's and another 2 for home usage]. kalau seunit rm45 kira tengoklah spend untuk botol SAHAJA.

belum lagi dikira teat yang turut kena ganti. for breastfed baby disarankan tidak menukar saiz teat dan saiz lubang teat. konsepnya saiz nipple dan saiz breast ibu tidak pernah berubah dong. jadi kalau beli botol it comes with medium flow while chika gotta have slow flow teat. dah kena beli teat lain pulak setiap kali renew. maka jumlah wang keluar tidak bisa meringankan beban. aduh duh.

walaupon baru pertama kali nak renew, kami rasa terbeban. almaklum, we are budget parents. ataupon i sebenarnya yang paling terbeban. bukan beban apa, beban kepala otak nak memikir. setelah bincang sejak dua bulan [pergh lama tuu nak buat decision] hubby and me decide to opt for non-plastic bottle. so that after this kami hanya perlu renew teat saja. non-plastic can use and pass through generations kaedahnya. so kami listed down few options, dan kami bermula dengan yang paling convenience and realistic.


silicone bottle


actually dah lama kami beli silicone bottle nih. kira-kira 4months ago. kalau tak percaya tengoklah gambar di atas. rambut anak dara tu masih pendek dan kemas. sekarang?? hehe. masa tu nak cuba-cuba saja. mempunyai breast-size teat, diameter yang sangat lebar [macam breast] tu tak fit dengan NUK teat yang biasa digunapakai [even wide-neck!]. sungguh frust. dan walaupon breast-size, but it does not have orthodontic shape. jadi anak tak suka, ibu pon menjadi hampa. sungguhpon chika nampak comel memegang botol itu serupa gaya macam pegang breast [oopsiee] masa direct breastfeeding, tapi dia sendiri pon terkulat-kulat dengan benda membonjol dalam mulutnya langsung tak serupa nipple [or even NUK teat].. rasa nya lah... menjadikan sessi bottle-feeding sangat mendukacitakan.

NUK vs Nuby

lalu i consider silicone bottle ni sebagai hasil gagal. pon begitu, kebolehannya dipicit-picit [dah made from silicone..] boleh di-upgrade menjadi infa-feeder. just replace teat dengan sudu infa-feeder, letak semi-solid dalam botol tu dan picit kasik baby makan. tak payah nak usung bowl bagai. paling bagus if on the go, dalam kereta or while shopping pon boleh feed anak yo! tetapi, chika sangat cepat matang dari segi penerimaan tekstur makanan. cepat je kami dah upgrade dari smoothie ke seterusnya dan seterusnya. and even now dia makan biskut baby dengan cara menggigit dengan ganas lagu ada gigi. padahal...emph bayang putih pon x nampak lagi. so tak sempat pon nak guna infa-feeder dia dah x layan bubur lecek dah..

nuby infafeeder silicone spoon combine with silicone bottle





stainless steel bottle

looks cool...huh? ringan pon ringan. macam matured sangat je baby minum dalam bekas stainless steel, dah gaya lagak macam ayah kita nak pergi kerja bawak thermos kan. tapi itulah hakikatnya. memang think of getting one. but then hubby asked, nanti camane nak tahu sukatan?? sebab bottle jenis ni tak nampak level air di dalam. oh ya! dengan hampa kami reject this bottle. x jadi beli.



glass bottle

selepas kecewa dengan kedua-dua unsur tadi, kami beralih kepada glass. bolehlah dikatakan this is our last resort. manakan tidak, memilih unsur kaca untuk bayi? bukankah gila? selain daripada mendedahkan baby kepada bahaya barang tajam, kami jugak secara tak sedar mendedahkan diri kepada risiko kena beli semula botol baru bila pecah nanti. kata nak opt for non-plastic sebab x mahu beli again and again kan. jadi kami redha pilihan ini sebagai pilihan terbaik dan setiap yang baik itu ada dugaannya. eceh.

glass baby feeding bottle dah macam-macam brands dalam market. ada yang jual glass bottle 'bogel', ada yang comes with silicone sleeve, ada yang separately solds for easy renewing or changing ke, ada yang extra cushioning sleeve for extra protection [but extra tebal for baby to hold the bottle!], eh ada macam-macam lah.

tapi kami? memilih yang sedang-sedang saja.

cherub baby standard 5oz glass bottle


tahukah anda? borosilicate glass adalah laboratory grade glass. kaca paling ringan di antara jenis-jenis kaca, pecah tidak berderai, have degree of thermal shock [perbezaan suhu macam botol tengah sejuk tup tup tuang air panas menggelegak ke...] yang paling rendah di antara semua jenis kaca, dan lebih famous dengan nama kaca pyrex.

info #1; cherub baby bottles ada 12m waranty
info#2; dishwasher safe [tapi daku tak ada pon dishwasher]


cherub baby glass bottle also comes with silicone sleeve yang boleh berubah warna bila suhu air dalam botol melebihi 42degree celcius, which is not safe for baby. tapi like hubby said "significant sangat ke?".. errr okay. ianya tidak.

*********************


ini baru cakap pasal botol sahaja. belum lagi teat. but of course we still use NUK teat. cuma dah beralih kepada standard teat. tidak lagi wide neck lah. haih. now dah jadi parents, baru daku tahu abah mama dah banyak berabis selama ini. tengoklah belumpon setahun jagung, dah beriban duit bank ibu dan ayah susut. but after all, it is for you, our priceless harta!



nota kaki kematu;
"kasihnya ibu membawa ke syurga,
kasihnya bapa masa berada..."
----------> apa maksudnya?? masa bapa tengah kaya??

4 comments:

  1. u lah bukan i. nuby. tapi dia ada tanda macam sabdu kat atas u tuh. aku rasa nanti sebut bunyi "newbie" kot.. aku rasa je la..

    ReplyDelete
  2. eh sukun. haha. dah lama tak ngeja. sekarang kan zaman iqra'. hehe. *cover*

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails