simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, September 13, 2011

chika demam

belum pon lagi sempat nak story pasal chika warded, sekali lagi doter kesayangan kami ni fall sick. sian sangat kat dia. sebijik macam ibu pantang berselisih bahu dengan orang selesema siaplah mesti berjangkit punya. sebab tu i malas nak solat jemaah dengan orang sebelah yang selesema. hep alasan tu! hehe. tapi ni serious nih. memang kalau gi surau zaman kecik kecik dulu [ikut abah and mama] memang petik jari je boleh bawak balik kuman flu. senang senang je xpayah lelama, cukup la setakat solat sunat qabliah tu solat sebelah tok-tok yang tengah flu, selamat la hinggap di hidungku juga.

hmmm puncanya flu. alah, berjangkit dari ibu sebenarnya. tapi ibu baru nak start gitu-gitu, masih melawan dengan pengambilan vitC, tapi chika dah peak dulu. terus malam tu demam. di sebelah siangnya ada majlis engagement fidah [anak anjang di serdang] so cadangnya after majlis nak pergi beraya ke puchong dan bangi, tapi tup tup chika muntah atas baju kami huuby and wifey... rosak program.

sebelah pagi masa tu dia dah tak berapa sedap badan. hidung juga berlari-lari [running nose]. tapi kami kasi angkat juga sebab nak jumpa abah kat serdang.

still happy tapi takmo kat sape-sape pon. atau sape-sape pon takmo kat dia sebab berhingusan.


lepas dia muntah tu, kami [yang selenga] tidak membawa bekal baju [well, no experience] terpaksa pakai baju pinjam. i pinjam baju fidah while hubby pakai baju abang ngah. aduhai nasib baiklah ada jugak baju yang ala-ala satu size. lebih kurang tu kira halal la. but yang frust nye tu tak dapat pergi beraya dah la. takkan lah nak gi beraya dengan baju t-shirt seluar track tu. huhu...

3 kali chika muntah kat serdang. balik rumah demamnya makin panas. isnin nye walaupon risaukan kerja di ofis yang menggunung [kalau tidak kerana menanggung tugas, tak adanye i nak risaukan apa] kami hubby and wifey amik leave jagakan dia. bagi makan ubat melalak macam kena dera. makan pon takmo tengok sudu je fobia. nampak syringe lagi lah dah tutup mulut kebam bibir rapat-rapat.

by today she still isnt that healthy. cuma demam nya dah surut walhal malam tadi risau sangat sebab badannya dah reach 39C. mujur nya cuma satu, dia mahu minum air sampai habis berbotol-botol. kalau tidak tak pernah pon macam tu. tapi akibat dari minum banyak tu dia kurang direct breastfeed. kalau nak paksa minum pon i kena pam dulu baru kasik dia. itupon yang diminumnya cuma 1.5oz je. tak berapa nak minum apa dah. maka i terpaksa bangun malam mengepam sebab dah bengkak susu. huhu...


now dia masih batuk teruk lagi. ubat yang doc kasi tu untuk tujuan dia berakkan kahak dia. dari semalam dia dah poo poo 7 ke 8 kali dah. eh dah tak terkira dah aih. agaknya kahak dia dah habis kot sebab dia batuk pon dah kering. but lebih kesian lah. sedangkan kita yang dewasa ni kalau batuk kering pon sakit kerongkong kan. inikan pulak dia. kalau dengar dia merengek tu memang kesian sangat. suara pon dah hilang. menangis pon tak berbunyi dah..

pls korang doakan lah dia cepat sembuh macam biasa balik.....


p/s: tahniah fidah. looking fwd for february 2012 insyaAllah.



2 comments:

Related Posts with Thumbnails