simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, August 23, 2011

masih belum cakap pasal raya, so?

Hai all.

Hah mesti korang ingat I akan cakap pasal raya kan? Tidak no no. I nak mengulas pasal penamaan bayi. Eh apekah??

Begini.

Mula-mula sekali suka I dahulukan dengan memberitahu bahawa I tak suka format ini. Huruf ‘AI’ di-capitalised, pehtu first word auto-capitalised. Huhu so not me kan. Me tulis no capital alphabet punya. Caps lock x pernah click kecuali untuk tujuan spesifik sahaja. Tapi hari ni this is me. Guna Microsoft word starter 2010 buat entry blog buat pertama kalinya menjimatkan data usage. Pelik? Tak lah kan. Orang lain dah sokmo buat tapi I sokmo tulis direct di blog post. Sukati I lah you.. I nak jugak sekali sekala. Pehtu bila sendiri baca tulisan ini, rasa seperti orang yang biasa dengan resam uthmani pegi baca quranul majid. Begitulah.

Okay pedulikan.

Berbalik kita on track, nak cakap perihal penamaan bayi. Tahniah nurul haizum atas kelahiran baby boy nya. Comel tak comel tunggu besar tengok. Yang penting anak itu sempurna sifat dan akalnya. Few days ago masa semua bertanyakan apa nama baby dia mentioned dalam blog beliau, secara tiba-tiba belum dikenalpasti.  Masa itu daku pon pikir pergh mesti mau letak glamour, rare, atau apa? Pehtu I fikir semula. Eh tengoklah nama baby [yep, still considered a baby] girl nya nur medina. So I yang tiada perkaitan ni sibuk merencana dan menduga, hmmm kalau diperhatikan, pasti saja nama yang dipilih untuk baby boy ini bukan berdasarkan glamour tapi berdasarkan maksud yang dibawa bersama nama itu sendiri. Sama macam nur medina sendiri. Bukan kah itu yang terbaik?

Hari ini baru baca nurul haizum dah announce nama baby boy nya. Maybe dia dah post few days daku yang ketinggalan gerabak, tak tahulah tu. Ahmad idris. Okay.

Lalu I berasa seribu rasa. Nama itu macam dah tak wujud lagi zaman sekarang. Parent sekarang sibuk dengan nama yang membelit lidah sampai 4-5 patah perkataan. Pon ada di antara kita yang tak main nama pak arab, tak stylo katanya. Nama padang pasir bunyi kolot, kononnya. Bila anak masuk sekolah nanti kesianlah nama dia je yang kedengaran macam kampong. Itu kita kata, di padang mahsyar nanti lain ceritanya tahukan kita?? Apapon kita ibu bapa dia, tepuk dada tanya telinga. Tapi telinga tak pandai memberitahu maka tanyalah iman.

Di sini I memuji nurul haizum. Dia menyerahkan bulat-bulat penamaan baby dia to her husband. Memang kagum. Sebab? Hehe sebab dalam menamakan baby, I si isteri nih yang conquer. Hubby just say yes or no saja. Tiada hak bersuara. Eceh. Bukanlah takde hak, tapi biasanya hak itu tertindas sedikit sebab biasanya I akan jawab no kepada semua cadangan beliau tihehe. Sampaikan nak letak NUR ataupon tidak pon I yang tentukan agagagagaga. Pulun kan?

Dan jugak, I memuji husband dia yang tega memilih apa jua nama asalkan ia membawa maksud yang baik sungguhpon di celahan manusia zaman sekarang yang lebih suka letak nama ala modern-modern gitu, yang God-knows-what maksudnya. tapi kan, tapi kan.. siapa kata ahmad x glamour... mungkin nurul haizum entah tahu entah tidak, kat mesia ni kita ada lagu baru betjudul ahmad.




Ahmad… Yang selalu dihatiku
Ahmad.. Luluhkan keangkuhanku
Ahmad.. Ingin aku cepat-cepat
Bercinta dengan lelaki paling hebat..


Ahmad.. Peribadinya sederhana
Ahmad.. Tiada banyak bicara
Ahmad.. Ku tak mahu lama-lama
Mendekat kepadaku dengan segera..



Jadi, apa pendapat korang pulak pasal nama-nama baby sekarang? Aik itu je ke cerita kau nour? Iya itu saja. Sebab tiba-tiba kekontangan idea dah. Sebab posa kot. Ahaha.

nota kaki kematu: apa kaitan tajuk tu? entah.


2 comments:

  1. akakaka....sy pon jenis conqueror...tp bkn queen control..bkn..inciksuami malas nak pk2 name anak..bile bg cadangan,die kate pape je lah..dah kasik name,ckp die yg nak kasik...huhuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails