tujuh amalan pemakanan yang LEBIH sihat sepanjang Ramadhan
- Ketahui keperluan kalori anda dalam sehari, iaitu 2,000 kalori bagi lelaki dan 1,800 kalori bagi wanita. Anda boleh agihkan pengambilan makanan kepada 300 kalori bagi juadah berbuka puasa, 700 kalori bagi hidangan utama, 300 kalori bagi moreh dan 500 bagi bersahur...[kalau breastfeeding mom boleh extra kan barang 200-300 kalori. alasan terbaik untuk makan extra, yammeh!]
- Berbuka puasa dengan 3 biji kurma, 2 jenis kuih [2 jenis maksudnye jugak seketul tiap satu jenis. jangan pulak nama aje 2 jenis tapi pi taram 7 ketul setiap satu jenis, adeyss~] dan segelas air manis [contoh ribena] atau jus buah-buahan (tanpa gula tambahan) adalah memadai sebagai pengalas perut. Hidangan ini membekalkan 300 kalori [aik??? belum pon kenyang lagi!!]. Jika anda memilih kuih-muih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pengambilan kepada selang sehari.
- Tunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum hidangan utama. Dari aspek kesihatan, ini akan memudahkan penghadaman semasa hidangan utama.
- Sasarkan pengambilan 700 kalori bagi hidangan utama. Contoh hidangan yang lebih sihat seperti berikut:
- Hadkan meminum air buah-buahan, kordial berperisa yang manis [oh ribena ku!!!] dan minuman panas 3 dalam 1 kepada satu gelas/cawan sahaja semasa hidangan utama. Utamakan air kosong.
- Bagi hidangan moreh, hadkan kepada 300 kalori, contoh hidangan adalah bubur kacang: 200 kalori, sepotong tembikai 60 kalori dan teh O kurang manis (1 sudu teh gula) 20 kalori.
- Sasarkan 500 kalori bagi hidangan bersahur. Contoh hidangan yang lebih sihat adalah 1 mangkuk sederhana oat, susu dan buah-buahan kering 400 kalori dan 1 cawan air panas 100 kalori [sesuai lah mood bersahur bukan nak makan sangat...]
| I. | Nasi putih | 4 senduk | 300 kalori |
| II. | Lauk ikan | 1 ekor sederhana / 1 keping | 120 kalori |
| III. | Tempe | 1 keping sederhana | 40 kalori |
| IV. | Sayur berdaun | 1 cawan | 40 kalori |
| V. | Buah-buahan | 1 potong betik + 1 biji pisang | 120 kalori |
| VI. | Air manis | 1 gelas | 100 kalori |
Untuk maklumat lanjut berkaitan kandungan kalori pelbagai jenis makanan, sila layari laman sesawang http://www.nutriweb.org.my
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
tujuh amalan yang LEBIH sihat semasa membeli juadah di bazaar Ramadhan
- Jika boleh, sediakan senarai juadah yang hendak dibeli sebelum ke Bazaar Ramadhan dengan mengambil kira keperluan kalori harian. Seboleh-bolehnya beli makanan seperti yang disenaraikan sahaja. Ini juga boleh mengelakkan pembelian tidak terancang (impulse buying)... [well, al maklum lah senah, daku pantang nampak pantang bau, semua nya sedap]
- Beli sekurang-kurangnya dua jenis buah-buahan segar untuk berbuka setiap hari [haa... ini ada, tapi biasanya buat puree. ibu utamakan anak salah kah?]. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan membekalkan serat yang penting untuk mengelak kejadian sembelit di bulan puasa [i need duphalac supply pls!]
- Minta kurangkan sos cili, sos tomato dan mayonis yang ditambah pada burger, hotdog, roti john atau kebab yang dipesan.
- Minta kurangkan air gula yang ditambah ke dalam minuman jus buah-buahan atau kordial berperisa yang dibeli.
- Hadkan pembelian kuih muih kepada dua jenis sahaja setiap hari [err perhatian kepada hubby. boleh beli 2 jenis ye.. so boleh lah beli more than one type tuuu...]. Jika pilihan anda adalah kuih yang bergoreng atau bersantan, hadkan pembelian kepada selang sehari.
- Pastikan juadah utama anda mempunyai sayur-sayuran segar dan beli sekurang-kurangnya dua lauk sayur setiap hari.
- Jadikan ikan sebagai pilihan utama lauk anda, berbanding ayam atau daging sebagai sumber protein. Pilih lauk pauk yang masak dengan cara yang lebih sihat seperti panggang, rebus atau kukus...
okay selamat beramal semua... kecur pulak air liur eden ni ha~






No comments:
Post a Comment