*************
y'all sure pernah dengar melalui pengalaman sendiri ataupon pernah tengok melalui pengalaman orang lain tentang nasihat orang tua yang menyuruh kita [yang mengandung] sentiasa simpan dan bawak apa-apa barang tajam ie gunting atau jarum sebagai perlindungan dari gangguan makhluk halus. ada pernah?
secara terus terang i sendiri pon disuruh oleh not-to-be-named-person ni untuk buat perkara sama dari early pregnancy lagi since hubby and i selalu keluar rumah malam-malam. tapi dengan mudah dan lebih yakin, hubby and i jawab "insyaAllah x apa, ada Quran dalam kereta" dengan harapan perlindungan itu akan sentiasa datang kepada kami dari Allah Tuhan Maha Penyayang... dan i mereben dengan bodoh jawab "pin brooch okay ke?? tajam la tu boleh tembus tudung" sekadar nak buat lawak, x lebih dari tu. banyak kali jugak isu sama dipesan. kalau melawan takut nanti kecik hati, jadi i amik jalan mudah dengan jawab "ada" setiap kali ditanya ada bawak tak that kind of things dalam handbag. padahal.. hehe.. xde pon.
gunting dan jarum. kot-kot ada sesape x kenal
benda-benda tajam yang digunakan tu samada untuk lindungi kita, baby dalam rahim, or baby yang dah lahir [selalu tengok orang letak bawah bantal baby kan?] termasuk dalam kategori tangkal yang digunakan sebagai pelindung. kononnye dapat lindung baby dari gangguan syaitan. walaupon sounds like suci lagi murni aje niat tu, tapi awas, penggunaan tangkal dalam Islam adalah dilarang tanpa membezakan apa alat pon yang digunakan. [penggunaan TAKAL boleh, untuk angkat beban kan?? hep orang cakap pasal TANGKAL, bukan TAKAL. biasa tu menyampuk dia! ]
pada zaman Rasulullah s.a.w., pernah sepuluh orang datang berbai'ah kepada baginda [memberi janji taat setia] lalu baginda menerima bai'ah mereka kecuali seorang. lalu ditanya kepada baginda, kenapa tidak diterima bai'ah orang tersebut?? Rasulullah menjawab "sesungguhnya padanya terdapat tangkal". lalu orang tersebut memasukkan tangannya [ke dalam baju] dan melepaskan tangkal itu. maka Rasulullah pun menerima bai'ahnya sambil bersabda "sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia syirik"
Musnad Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no:5065
kalau ditengok dari hadith tu tadi Rasulullah x tanya pon tujuan untuk apa orang tu gunakan tangkal. maksudnya x kira niat samada untuk berlindung dari syaitan ke, untuk kesihatan tubuh badan ke, asalkan ianya berupa objek yang diyakini dapat melindungi pengguna, ia terus dianggap melakukan syirik terhadap Allah Tuhan Maha Pelindung, sebab orang yang guna tangkal bererti dia yakin wujudnya perlindungan selain dari Allah, or at least dia percaya wujudnya orang tengah or medium perantara bagi memperoleh perlindungan Allah. na'uzubillah.
selain dari benda tajam, ada jugak pernah i jumpa baby dipakaikan gelang hitam diikat dari benang tebal. itupon samalah.
pada ketika yang lain, Rasulullah melihat seorang lelaki yang ada ikatan di tangannya [umpama gelang] lalu baginda bertanya "apakah ini??". lelaki itu menjawab "aku menjadikannya sebagai pelindung dari al-wahinah [sejenis penyakit yang melemahkan badan]". lalu Rasulullah menegur "tidaklah ia menambah bagi kamu [apa-apa] kecuali kelemahan. lemparkanlah ia darimu kerana sesungguhnya jika kamu mati dan ia berada di atas mu, tidaklah ia akan membantu kamu selama-lamanya [yakni pada hari akhirat]"
Musnad Ahmad, al-Targhib wa al-Tarhib, no:5067
kesimpulannya penggunaan tangkal ataupon objek perantara untuk kita dapatkan perlindungan Allah adalah dilarang dalam Islam. x kira untuk baby ke, kanak-kanak ke, or kita adult ni. sebab perlindungan sebenar ialah melalui berdoa direct kepada Allah. bukankah Allah itu Tuhan Maha Mendengar dan Maha Memperkenan doa hambaNya???
~wallahua'lam~
note: tapi kalau nak bawak gunting dan jarum dalam handbag sebagai sewing kit, xde salahnya.. kot-kot butang baju hubby tercabut time syok-syok shopping ke... hehe~







benang itam kt tgn tu tangkal kencing malam! haha.
ReplyDeletep/s: gelang magnet tu apecer?? tangkal kah?? sbb takal mmglah ianye bukan..hihi. =p
haha iye ke. itu rupanya tujuan benang hitam. now i know why aku ada "sorang yg aku kenal" kencing malam sampai f5 [sbb die x pakai benang hitam]...oppssss~ haha!
ReplyDeletegelang magnet tu aku x berani cakap la. tp nmpk cam xde beza ngan situasi hadith kedua di atas. kena tny yg lebih arif.
ntah nye...xpaham jugak pasal tangkal2 derang pakai...katenye ayat Quran...pastu die masuk toilet slamber je...ape kes..?
ReplyDeletedlu2 rase nak pukul gak ade budak ni...katenye kami yg xpakai tangkal ni jht..sbb setan slalu ikot...yg die tu?soh bace doa qunut pon ketar2...lom lg xtau bace surah Fatihah..katenye tu surah Alhamdulillah...adoila...
itulah pasalnye kak na. orang x faham betul2. jgnlah kita pon terjebak sama ngan pemikiran camtu, mintak simpang lah kan...
ReplyDeleteuish??sampai f5??sape wey?!sape??! haha.
ReplyDeletebukan hg ke?? ngee~
ReplyDelete