i buatkan breakfast untuk hubby cincai aje iaitu scattered egg with sausages... menu omputih standard dengan urgency nak cepat siap. x ada menu beriya lagi tradisional macam nasik goreng or nasik pulut cicah ikan pekasam dan bilis goreng. hari ni buatkan hot milo ngam-ngam dua mug for each of us, x ada lagi sebab nak prepare seteko teh panas. sebab they all dah x ada di sini lagi. sangat sedih. sangat sunyi.
.....dan bila dah tengahari macam ni, yang sedia sunyi terasa makin sunyi. x ada lagi riuh rendah adik yang asyiiiiiiiik nak bersenam sepanjang masa guna twister, dumbell, massager ataupon treadmill x padan badan dah tinggal tulang. x ada lagi mama yang sekarang dah enjoy main plant vs zombie pc game sebagai mengisi masa lapang, [sebab rumah kecik i nih dalam masa kurang 15 minit beliau dah pon siap sapu sampah dan mop lantai, kalau rumah jitra, x payah cakap], sampai abah tanya bilanya nak start masak. x ada lagi abah yang menonton tv walaupon x berapa arif nak tukar channel sebab kat rumah dia x pakai astro. ah memanglah rindu semua!
erm dan tiba-tiba time tengah tulis ni, dapat sms from mama
"dah makan ke belum, masak apa hari ni?"
"lauk semalam ada lagi. masak nasik je. itupon belum makan, rasa sunyi pulak"
"dah agak dah... saja je buat-buat tanya..."
oh terasa sangat kosong. bercucur air mata [bukan cucur udang]. x de feel nak masak beriya. cukup sekadar lauk balance mama masak tengahari semalam. selama 4 hari makan berselera dan badan rasa energetic gila bila they all ada. tapi hari ni, semua dah x sama.
so update tentang apa dibuat sepanjang 4 hari i kemudiankan. hari ni xnak menulis panjang. cukup dulu. till then, bye.






isk...sob sob.. (T_T)
ReplyDeletesedih la plk aku pon...huuu~