simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 08, 2010

reunion; pergi ke??

eh tetiba pulak muncul satu lagi entry, dalam pada dah kata entry eid 2010 tu entry terakhir sebelum balik kampung sambut raya. kononnya buzy kemain tapi masih nak post this entry.

sebenarnya pada raya ketiga sebelah malam, hubby & i dijemput untuk menghadiri sebuah majlis reunion gilang gemilang lah kononnye bila mana organiser buat di darulaman golf and country club. dekat yaRabbi dengan rumah abah di jitra. memang patut la organiser letak nama hubby & i sebagai nama paling atas time mintak respon pasal invitation. haish~~ iye lah, kalau orang lain boleh pegi, why dont we both??

isu 1;
konon-konon lokasi dekat dengan rumah abah itulah persoalannye. memang hakikat, i lah yang paling dekat dengan lokasi tu daripada orang lain. tapi semua maklum we both bukan nye berkampung di kedah musim raya setiap tahun pon. semua maklum i nih kedah celup. bahasa kedah pon tunggang langgang bercampur dialect banjar dan grik. tapi buat-buat tak maklum. tapi x ape. seronok jugak sekali sekala buat grand sikit after a long while. last reunion pon [ele baru sekali itu je lah pon... ini yang kedua] tahun 2004. memang patut sangat lah we all berjumpa and regathering, and to consider majority yang memang asal-usul original anak jati kedah tujuh keturunan, so puak minoriti ni perlu la fikir banyak kali kalau nak pergi.

isu 2;
bukan free pon. dah namanya reunion kawan-kawan sekolah kan, haruslah ada money collector yang dipertanggungjawabkan jadi ah long mengejar siapa yang dah sign up. lainlah kalau reunion karyawan ke, artis ke..kot lah nak ade sponsor. ala rm50 tu celah gigi je lah kalau habuannya dapat jumpa kawan-kawan lama. lagipon dah buat kat tempat macam tu mesti lah bayar sikit babe, ala...coach boleh beli xkan rm50 xdapat bagi kan kan kan. fikirkan lah chance untuk berborak-borak dengan geng lama dan rakan kamcing yang sama-sama bersubahat buat-buat sakit or sorok dalam loker sambil makan burger mcD time ponteng kelas prep dulu.

isu 3;
ha...cane pulak kalau yang pergi tu bukan geng belaka? x cukup parah lagi, diorang tu semua satu geng, you aje terasing. errr... nak jugak ke pergi? bukan lah x nak mix up dan lupakan aje benteng geng ape bagai tu. tapi kalau dah diorang sembang sesama sendiri aje nanti, ape you nak buat di tepi tu? jadi tugu? ermmm dari situ kita haruslah pastikan kawan baik kita attend jugak. tapi kalau dia sekarang tengah tunggu hari je nak bersalin, cane???? sumpah die x mo datang... jadi kita tadi?? masih rela nak jadi tugu??

isu 4; 
boleh jugak lah kalau sekali sekala tunjuk muka kan. dan lebih best lagi, dapat tengok perubahan diri masing-masing selepas 8 tahun, yang errr memang yaRabbi banyak beza! dalam facebook aje dah puas mengutuk orang ni tembam, orang tu bagai dipam-pam, orang ni dedah aurat, orang tu lupa asal-usul, ah macam-macam lah! tapi bila berjumpa nanti sure masing-masing buat muka manis pulak. itu kah kegunaan reunion - main wayang? jadi alang-alang raya kan, sebelum balik boleh mintak maaf. pastu nanti esok-esok open facebook, ulang balik. hmmm....camtu la pusing-pusing. x cakap orang, i pon sama. jadi korang xyah la nak nafi buat-buat alim pulak. x di mulut, di dalam hati. kita serupa je. haha.


isu 5;
korang sebelum pergi tu mesti dah siap-siap tahu soalan yang akan ditanya dan nak ditanya.. seperti; buat apa sekarang? kerja di mana? stay kat mana? owh kL ke...which area? bila nak panggil makan nasik minyak nih? dah pregnant bape bulan? bila due? .........then bila dah mula kehabisan idea, mula lah tanya soalan x munasabah padahal sendiri pon dah tahu jawapan, contohnye; dapat lagi ke duit raya tahun ni? bila nak jumpa lagi, hang belanja la aku, gaji besaqqq~~ .......camtu lah seterusnya. tapi sungguh la jugak, nak tanya soalan apa lagi kalau time reunion. xkan lah nak tanya soalan macam; ape pendapat hangpa tentang pencapaian 1malaysia sekarang? OR di mana agaknya kedudukan negara 10 tahun akan datang di kaca mata hangpa? ...

jadi, setelah mempertimbangkan segala sudut, korang rasa harus pergi jugak ke tidak? kalau korang nak cakap reunion boleh jadi medium kita catching up, facebook dah mainkan peranan cukup besar with no denial. soooo????

3 comments:

Related Posts with Thumbnails