simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Wednesday, September 29, 2010

hati ini masih bulat, tapi...

iye hati ini masih bulat.



tapi x tergamak melulu je buat tindakan tanpa kerelaan abah. walaupon kalau nak diikutkan dosa pahala, bukanlah salah dan masuk neraka pon kalau abah x bagi resign, tapi i degil dan resign, sebab hubby dah izinkan. bukankah syurga seorang isteri di bawah telapak kaki kematu suami? tapi sebab abah lah orang nombor satu dalam hidup selama mana i belum kawen, who plays a great role dalam menentukan hala tuju i selama lebih 25 tahun ni, i x sampai hati pulak nak ketepikan pendapat dia kali ni. walaupon hanya sekali ini. huhu.

makanya sis menjadi sasaran tempat i sasarkan soalan-soalan if-you-were-in-my-shoe. berhari-hari jugak sis tiba-tiba tunjuk bakat jadi pakar motivasi yang sebenarnya emph bukanlah nak kata, tapi dah hakikatnya she's not good at. haha. tapi dengan siapa lagi i boleh protes kritikan orang dan bersyarah menegakkan apa yang i rasa betul, dan menerima pandangan yang paling berpengaruh dan nasihat paling jujur kalau bukan sis?? eceh die baca sure lah kembang semangkuk jamban. tapi sebenarnya bukan senang-senang. sebab dah sah sah bakat pakar motivasi die tu baru nak berkembang. jadi agaknya jenuh jugak lah dah die cari idea untuk buat i berubah fikiran, atau at least berfikir panjang sikit dari sekarang. panjang sikittttt je lagi pon jadi lah.

memang puas die cuba. me?? heh, i x lut langsung. daripada nasihat standard kanak-kanak sampai lah bawak ke contoh pentadbiran negara dan pembangunan ummah. haha serious nih! tapi petang semalam tiba-tiba die cakap bila mana i dalam keadaan unaware mentally,

"kalau aku jadi hang, pon resign kot. sebab ada orang boleh support. 
tapi aku x kan resign di kala dekat nak deliver. pampers aje dah berapa.."

iye memang point tu simple amat. tapi tiba-tiba i fikir panjang. ye lah, i lupa pasal diapers supply. i duk budgetting pon pasal barang keperluan yang boleh pakai banyak kali, like baju, blanket, etc. pasal benda pakai buang camtu boleh pulak i terlepas pandang. memang kesian baby nanti, nak pakai cloth diaper ke?? rajin benor ke haku nak menukar nye? membasuhnye? haishh... duit oh duit.

bila balik rumah i pon terbaring melengung pandang siling yang kosong. ada la sikit-sikit tompok air bekas bocor time hujan beberapa hari lepas. tapi bukan tu dalam kepala i. dalam kepala tengah ligat susun atur semula rencana. dipendekkan cerita, x nak bagi y'all berpusing-pusing pening membaca, cukuplah i cakap yang i tarik balik notis tu, but actually lebih kepada postpone, bukan cancel ya! hati ini masih bulat, remember that. and... i ada plan yang lebih bijak untuk dilaksanakan.

cepat-cepat i capai pen dan buku nota untuk catit blue's clues reviewed budgeting. ya kalau diikutkan plan B ni, by the time i submit the notice nanti, lepas exclude loan bla bla, i boleh spend up to 10k for leisure sahaja termasuk barang keperluan baby [yang x perlu disekat-sekat lagi] dan x perlu beban hubby lagi. happy together, wont we? dengan excited nya cerita dekat hubby dan abah, 2-2 happy jugak. eh baru tahu rupanya abah bukanlah x bagi resign, tapi x bagi bertindak terburu-buru dan jadi bodoh. itu saja. x sangka rupanya kali ni dapat jugak abah tengok kakngah jadi bodoh sekejap. apa perasaan abah?? hehe.

alhamdulillah mungkin sis sebenarnya cakap point biasa saja tapi Tuhan mungkin jadikan dia medium untuk tunjukkan pada i mana yang baik untuk dipilih. berkat doa suami dan series of istikharah, dengan ini aku bersyukur padaMu yaRabbi kerana telah sekali lagi mendengar permintaan hamba yang kerdil lagi hina ini. sebab dalam doa sesudah istikharah tu, i memohon sangat janganlah diadakan sebarang mimpi sebagai petunjuk sebab i x mahu syaitan mengambil peluang dengan mainan tidur kosong, dan i pulak tersalah tafsir mimpi kosong tu sebagai petunjuk sedangkan bukan itu yang terbaik untuk dipilih. jadi i memohon cuma berikan saja kekuatan dan tegarkan hati dengan apa yang dibisik oleh hati. dan hari ni dengan kuasa Tuhan, rasa hati sangat tenang bila keputusan plan B ni dicapai.

apa yang i maksudkan dengan plan B ni??? i akan cerita kemudian since entry ni dah panjang melampau pulak rasanya. apapon, nak share dengan y'all.... iye i sangat berlapang dada hari ni... *smile to world*


*******************



9 comments:

  1. uhuu...aku dh gain ilmu jd kaunselor la...haha!
    btw, good decision! muah! xoxoxo..

    ReplyDelete
  2. ceh belajar dari sapa la tu kan kan kan~

    ReplyDelete
  3. ehh...aku blaja sndri dr pengalaman aku yg sgt "kaya" ni...hahaha...=p

    ReplyDelete
  4. molek sangat tuh. benarlah kata orang pengalaman mendewasakan fikiran.

    ReplyDelete
  5. walau hati dah bulat, masih ada benda lain to be consider kot kan? pape pon pk masak2 yer..hope ur decision will b the best 4 u & family esp d lil one. :)

    ReplyDelete
  6. iye ada benda lain yang kita perlu consider. dalam hal ni, abah n the lil one. kalau ikut hati sendiri jam ni jugak dah nak duk umah je.

    ReplyDelete
  7. syukur...jgn la berhenti dulu dik...kalau nak berhenti juga make sure dah dapat kerja baru yer...

    ReplyDelete
  8. baek kak lynn. thnx sangat2 ats nasihat kak lynn. insyaAllah akan cuba buat decision yang 'bijak' sikit.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails