simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Thursday, April 15, 2010

BTN [part.1]

suria muncul di pagi hari
kita bangun sederap kaki
menara bangsa akan kita bina
lalala lalala~~

tu baru sedutan aje utk lagu menara bangsa yang pada asalnye bukan aje x reti nyanyi, malah xpernah dengar langsung pon. tapi kat kursus kenegaraan, hari-hari nyanyi lagu ni, lama-lama yang x kenal tu pon dah jatuh cinta, eceh, sungguh i berhati waja sekarang iye?? at least ok lagi kat BTN cuma nyanyi lagu sebuah ni je. kalau kat induksi hari tu sehari nyanyi sampai 3 buah ko! pastu lagu ketiga wajib lain-lain setiap hari.. ha... lagi hebat tuu~~ kalau ada masa nnt i share ngan you all.. kalau ada masa la ye. maksudnye kalau rajin, okay?

venue: kem warisan sembilang, pantai remis
date: april 8th - 12th, 2010
participants: 115 person [17 males & 98 females]



okay, so obviously you guys boleh tau kenapa dalam satu group cuma ada 2 lelaki saje kan? [refer pada bilangan participants] di atas adalah gambar kenangan group 2 yang superbest. beza group ni dengan group time di induksi dulu yang paling utama sekali is; terdiri daripada pelbagai jabatan, dah nama pon kursus kenegaraan pelbagai jabatan.. x tertumpu kepada jabatan kesihatan je. jadi dalam bahasa kampungnye, kitorang semua adalah peserta rojak. ada yang dari jabatan kebajikan masyarakat, matrade et cetera. apa pon asal kitorang, dalam group semua cool. you guys memang best sangat!

tapi di BTN x banyak pic yang dibenarkan diambil secara legal. kalau secara x legal tu pandai-pandai la makan dan simpan, tapi i x reti la nak makan sorok-sorok nih. dah orang x kasik tu terus je taat setia x buat.. huhu.. jadi hasilnye, pics kembara je yang ada.. sebab hanyasanya aktiviti kembara je yang dibenarkan melibatkan teknologi elektronik such as handphones and cameras. pics dalam LDK, dewan dan paling rugi; malam persembahan, semua xde.. sob sob~

kesimpulan yang boleh dibuat, BTN memang best amat! sape cakap BTN itu ini memang xtau lah korang ape kena. sebab kitorang semua happy kat sini. antara mitos over yang pernah diberitahu;
  • have to wake up as early as 4.30am. alasan; nak rebut bilik air. ape mendeee lah korang nih. i bangun kul 5.30 pon xde sape pon berebut ngan i??
  • kalau lewat nanti air x naik dah ke tingkat 3 [merujuk kepada kem ini]. ini lagi menipu, water flow kat sini maintain 2x ganda lebih laju dari rumah i tau!
  • xde masa nak basuh baju. haha merepek habes! seriously korang lah yang bapak penyegan nak membasuh sebenarnya.. kantoi sudaaa~
  • xde masa nak mandi, pack gile jadual.. hmm, i agree lah ngan jadual pack tu, tapi kite bukan nye kanak-kanak lagi. sendiri adjust lah. nape i boleh mandi 4x sehari? jawab, jawab lah.
  • sebut je BTN dah tau sangat ni kursus nak suntik sokong **.. owh korang nak tau x, sepatah habuk pon x dengar baik facilitators, coaches, or presenters berkempen okay. korang ternyata salah!

habis what is BTN all about?
terus terang cakap i rasa untuk penjawat awam yang freshies ni baik pegi lah... tau sangat lah era sekarang nih bape kerat je dari kita yang amik tau ape yang berlaku dalam negara, ape tah lagi luar negara. kalau cerita atuk rogol cucu, jiran merompak jiran, or nenek mati dikejar anjing tu, itu aje lah yang kite baca kan. kalau pasal perlembagaan, kontrak sosial, isu parlimen etc semua x rasa nak tau. tapi di BTN ni senang cakap die macam short course utk kite tau semua tu dalam masa 6 hari je. nak kata tau semua tu tidak lah jugak, tapi at least mencelik lah bijik mata tu. paling tidak pon, anda tau hak anda termaktub dalam perlembagaan!! i tau, korang tau ke??

malas nak cerita panjang pasal syllabus, sebab i bukan nye ahli biro yang berbayar pon. hiks~ anyway memang besh giler! salah satu aktiviti lain yang dibuat is fitness tests. pergh ni best tahap dewi merpati pulang menari. nak cerita pasal ni panjang lebar lak entry ni. maybe i terpaksa open one separate entry khas untuk fitness tests ni. nanti rajin i cerita lagi ya! after this will be the fitness tests okay, tunggu~~~

2 comments:

  1. - aku pon bgn mandi kul 5.30 gak..siap mandi sambung tido blk lg smntara tggu nk p surau smyg subuh..haha..
    - aku mandi 2 kali sehari je...plg kuat 3 kali..berebut toilet?? tkde, tp kne que lah..
    - basuh baju?? tkde mase dan tk kuase...baik bwk blk bsh gune mesin kt umah...
    - suntik sokong tuuuutttt....erm, time aku ade aaa..sessi taklimat malam itu yg penuh kebosanan..politik tk hbs si penceramah ni..meluat kami smua dgr...haih~~

    ReplyDelete
  2. tu lah, cakap je lah malas basuh pasal aku pon malas jugak. tapi jgn la wat auta kata x sempat bagai. menipu gile. aku basuh baju kurung putih tu je, sbb xkan la nak pakai berhari2 x basuh kot. yg lain2 xpenting tu aku pon x kuasa nk basuh aih. hahaha~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails