lailatul qadri khairun min alfi shahr
semoga kita semua berpeluang merebut ganjaran hebat yang dijanjikan ini.
hmm tu muqaddimah aje. cepat kan masa berlalu? dah pon tinggal 4 hari je lagi nak puasa, lepas tu beraya lah kita semua kalau dipanjangkan umur lagi, insyaAllah. tapi sehingga ke hari ini saya belum selera lagi nak dengar lagu raya. memang pesen tak feel lagu raya punya orang. nanti hari balik nak balik kampung baru lah nak keluarkan koleksi lagu raya siti nurhaliza tu...
raya kali ini giliran kampung sebelah hubby. ini kali kedua lah saya beraya kat sana. alah bisa tegal biasa. macam tak biasa. lama-lama biasa.
sekarang dah susah nak berjumpa dengan tokwan sejak tokwan dah tak tinggal di rumah asalnya [yang masih saya anggap rumahnya walaupon ada yang sudah tidak mengiktiraf situ sebagai kampung kami lagi]. oleh kerana pada tahun ini abah telah sukarela menjemput tokwan di rumah 'kedua' beliau di sungkai untuk berhari raya dengan saudara di kampung kuala kurau nun, maka saya tak mahu lepaskan peluang untuk bersalaman beraya dengan nya, walaupon actually one day in advance iaitu sehari sebelum raya sebenar, sebab lepas tu kami akan balik ipoh pulak beraya di sana. giliran tetap giliran... kata hubby [okay, fitnah je].
lepas beraya di ipoh barang sehari dua, kami akan terus berlepas ke greece ataupon nama timangan kampungnya; gerik. sudah bertahun-tahun tak balik sana oi !!! last saay balik sana was during 4th month pregnancy. sendiri kira tengok. lama kan? dengan itu, saya menjangkakan bahawa saya akan dapat makan kerepek pisang secara unlimited dan biskut bunga bemban yang perlu dibikin tanpa sebarang alasan hahaha kejam nye!! in fact dah buat special request sejak dua bulan lepas. over tak?? tak over lah kan?? sebab balik dua-tiga tahun sekali memanglah layak *perasan* *opah pengsan*
lepas tu pada malam syawal yang ketiga, kami akan pastikan kami sampai di restoran berputar menara alor setar untuk reunion sekolah sempena tahun ke-sepuluh meninggalkan uniform. alamak dah rasa tua pulak bila mengenangkan umur dah 27 diam tak diam. insyaAllah malam tu akan meriah dengan kehadiran anak-anak kecil masing-masing. agenda utama; makan sambil sembang. sungguh tidak sopan. tapi buat juga lah. jarang-jarang jumpa. mesti banyak nak dibualkan. malah ada yang tak pernah jumpa langsung dah sejak hari amik result spm.
secara kasarnya agenda syawal tentu diisi dengan makan, makan dan makan. walaupon sedar itu bukan satu perkara yang baik untuk kesihatan tubuh badan. dah jadi trend pulak lepas raya aje penuh meriah lah out-patient department nanti. lepas tu tempias lah ke lab pulak dengan workload berganda duk run test darah korang yang overload tu. makan tu makan lah, bukan hari-hari nak jumpa lemang jagung dan ketupat palas, tapi berpada-pada. saya takpe memang saya jenis makan kuat jangan seram tengok saya makan. aik?? dia boleh pulak kan?? haha macam saya kata la, berpada-pada. sendiri mau ingat.
oleh itu, selamat ...eh coppp!!! tamau wish selamat hari raya lagi. simpan untuk entry hari jumaat nanti [kalau sempat]. babai. ingat, mood raya, mood raya jugak, ramadhan jangan diabaikan. gandakan amalan. semoga Allah menilai dan menerima amalan kita, insyaAllah. wallahua'lam.
simply nourology
- nour
- Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
- hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Tuesday, August 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment