simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, July 31, 2012

istiqbal ramadhan [episode; ketemu family]


aduh duh. dah ramadhan ke berapa ni baru nak ada entry istiqbal ramadhan yg pertama?

hamdallah panjang lagi umur kita dapat bertemu sekali lagi dengan bulan kemuliaan ini. semoga amalan yang kita buat beroleh pahala kerana disulam keikhlasan bukanlah hanya lapar dan dahaga yang sia-sia saja.
di bulan barakah ini saya dan suami mengambil kesempatan balik ke utara setelah lima bulan tak balik wooo!! lamanya!! ini pecah rekod sebagai tempoh paling lama tak balik kampung ketemu family. rindu memang ah rindu! so balik kali ni macam biasa perkara wajib adalah request special dishes untuk dilahap. tapi kali ni terasa even more special sebab #1 dah lima bulan tak makan mama masak dan #2 kalau time  iftar apa yang tak sedap kannn dan #3 this time we had a complete family member in the house since kak cik dah habis study dan tengah bercuti tunggu hari konvo.

sayangnya cuti dah takde for this month [sebab dah amik secara berlebihan before] so tak boleh nak spend extra days kat sana. takpelah raya nanti jumpa lagi -pujuk hati. tapi sekejap pon seronok juga cuma tak puas je. yang pasti objektif balik kampung tercapai iaitu nak shopping baju raya di butik kegemaran sedari zaman persekolahan haha macam lah kat sentral tak boleh cari kan. tapi feeling shopping ngan sibling tu yang buat berbeza. takkan sama dengan apa-apa. gurls outing!

akhirul kalam, sepertiga ramadhan telah meninggalkan kita. jom renungi berapa banyak amalan mahmudah yang telah kita tabur dan berapa sedikit amalan mazmumah yang masih liat ditinggalkan? semoga ramadhan kita semua kali ini lebih bermakna dalam mencatatkan rekod baru ie terawih tanpa ponteng [menses x kira], khatam quran, ringan tangan menghulur sedekah, menghidupkan nilai sabar dalam hati, atau setidaknya berjaya menundukkan nafsu di celahan ribuan jenis kuih kat bazar. hehe. insyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails