simply nourology

My photo
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
hi. simply call me nour, a 27 y/o fulltime working wife and breastfeeding mom, which at workplace roles as head of department, and at home as a lone ranger rushing mama and wife to a weekend husband. no matter how hectic life will be, i thank God for my loving caregiver mr hubby, my adorable little darling chika, and everything in between. and there my life goes.....
Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, May 22, 2012

tragedi mei part.2


Huhu janji nak up entry ni dah berapa hari yang elpas, kononnya malam tu lah kan. Sekali dah berapa malam berlalu pon masih sama jugak tak ber-update. So sorry ye. Ni ha dah siap pon.




Begitu keadaannya vivian pada 2 mei lalu, yang selama ini telah berbakti membawa saya mengelilingi semenanjung dengan selamat [biiznillah] sepanjang hampir empat tahun. 21 julai nanti genaplah empat tahun khidmat bakti kereta kecil saya ini. Vivian telah membawa saya ke utara tanah air berulang-ulang kali untuk pulang menjengah kampung bertemu family tercinta, membawa saya ke laluan tebing curam dengan meredah tanah runtuh di sepanjang laluan felda aring yang ketika itu belum pon ada dalam google map [sekarang dah ada belum??], membawa saya dan hubby bercanda di laut china selatan, mendaki tanah tinggi meredah suhu dingin bagi membolehkan saya membeli strawberry dan teh pelbagai perisa yang sebenarnya langsung saya tak teguk sampai ke hari ni, menjemput saya pulang dari kota bersejarah sungguhpon tidak berpeluang menyelit di mana-mana lot parking untuk membolehkan saya bersiar-siar di sana, dan ...erm subhanallah, terlalu banyak kenangan dan jasa vivian pada saya.

Sekarang bila vivian ditimpa musibah, saya patah sayap. Bukankah kehidupan saya sudah pun rumit, dengan suami yang tinggal berjauhan? Tapi saya tidak berasa hampa dengan kejadian ini malah apa yang terjadi menjadikan hati saya tenang walaupon tanpa sebab yang nyata. Apapon yang pasti saya sangat positif terhadap peristiwa ini dan ini bukan perkara yang dibuat-buat. Ya, semua itu saya sambut dengan rasa syukur.

Pertamanya, kalau dilihat keadaan vivian yang remuk teruk di bahagian sisi kanan, sepatutnya saya yang berada di bahagian pemandu berisiko cedera lebih teruk dari apa yang saya alami – sekadar jahitan tiga jarum di kaki kiri.


Tidak dinafikan saya sentiasa terbayang-bayang lagi insiden pagi itu. Apabila saya berasa itu adalah pemisah dalam beberapa saat sahaja antara saya dengan kematian. Spontan saya menjerit apabila saya sedar bahawa saya sudah tidak mampu mengawal keadaan. Pada masa itu ketakutan yang menyerang amat besar sehingga saya terfikir buat apa saya mati menjerit, baiklah saya mengucap. Ya, saya amat-amat sedar beberapa saat lagi hanya dengan kuasa Allah sajalah yang akan menentukan kesudahannya. Saya diuji dengan ketakutan yang maha hebat... dan pada ketika itu saya diberi ilham untuk menukar jeritan saya dengan kalimah syahadah yang saya sendiri tak pasti memadai kah sebagai penamat hidup saya sekiranya betul ia berakhir di situ.

Laju-laju saya mengungkapkan syahadah sehinggalah kereta kecil saya menghentam tembok batu dengan kuat sebelum terjun ke dalam parit sedalam tiga meter [kott???].

Kedua, vivian adalah sebuah kereta tanpa air-bag. Bagaimanakah saya boleh selamat kalau bukan dengan izin Ar-Rahman?? Bagaimanakah saya tidak mengalami patah tulang di mana-mana sedangkan sisi kanan vivian remuk teruk dengan tingkap di kedua-dua pintu pecah berderai selepas pelanggaran impak tinggi yang menghentam tebing batu?? Bagaimanakah muka saya diselamatkan dari sebarang cela supaya saya tidak perlu berasa malu berdepan orang ramai selepas ini?? Bagaimana pula walaupon tingkap sisi pecah berderai dari arah luar ke dalam tetapi tidak mencucuk mata saya sehingga buta??? Bagaimanakah bahagian sensitive dan aurat saya dipelihara Allah daripada sebarang luka supaya tidak perlu dilihat oleh rakan sekerja saya sungguhpon bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan suapaya saya tak perlu menanggung malu selagi mana saya bekerja di sini?? Maha suci Engkau!

Ketiganya, dalam saat cemas itu, saya tak sudah berdoa supaya biarlah saya cedera di mana saja bahagian anggota tapi bukan kepala. Saya sangat khuatir apa akan berlaku kalau saya black-out dan siapa pula yang akan call hubby nanti?? Dan siapa yang akan selamatkan saya atau mampukah dia menyelamatkan saya??

Keempat, sesaat selepas vivian terhenti, sungguh pon saya belum pasti di mana saya berada, dalam hutan? Dalam parit? Dalam apa?? Tapi saya diberi kewarasan yang bagi saya sungguh berharga. Tak terbit bayangan kalau saya tidak sedarkan diri ketika itu. Kalimah syahadah saya ucap kuat-kuat. Saya takut kalau saya hanya akan sedar untuk beberapa saat kemudian daripada itu saja. Kepala yang terhantuk kuat ke kanan mengakibatkan dunia saya tunggang terbalik berpusing-pusing. MasyaAllah pada waktu itu hanya ingat nak call hubby secepat yang boleh. Mungkin ada concussion dalam kepala tapi dengan tangan yang menggigil (sebenarnya seluruh badan saya menggigil) saya hanya tahu saya perlu call hubby. Itu saja. 


Tapi handphone tak dapat dicari,. Vivian pulak semakin dimasuki air. Owh saya dah masuk ke dalam parit lah ni…. Sambil mencapai purse yang tercampak keluar dari handbag, saya memanjat ke tempat duduk sebelah dan keluar dari pintu situ. Waktu saya keluar, saya hanya berkaki ayam. Kasut modernmom saya (masih pakai walaupon tak preggy hehe.. selesa sangat that I cannot resist) sudah mandi selut yang menenggelamkan bahagian kaki bawah kerusi pemandu. Masa saya keluar, belum ada sesiapa yang kelihatan. Atau dah ada tapi saya yang tak perasan???

Dengan kepala yang berpusing (hanya Tuhan saja yang tahu) saya cuba masuk balik demi mencari sammy si handphone. Saya menggeledah handbag tapi tak jumpa. Yang saya tak faham sampai sekarang kenapa saya tak rasa nak ambil handbag tu keluar pon?? Hanya nak purse dan handphone saja. saya memandang hiba air parit yang berlumpur dan yakin bahawa sammy pasti tercampak ke situ. Saya cuba nak celup tangan sebagai usaha terakhir untuk membolehkan saya call hubby supaya dia belum sempat pergi jauh. Saya mahu dia tahu saya tidak selamat sampai seperti selalunya. Saya mahu dia tahu sesuatu yang buruk berlaku dan hanya dia yang saya mahukan di sisi saya waktu ini kerana dengan adanya dia lah saja saya boleh berasa tenteram. 


Semuanya berlaku dengan pantas. Laju-laju. Dari saat saya hilang kawalan sehinggalah saat saya hampir mencelup tangan ke dalam air berlumpur, rasanya tidak pon seminit. Dan pada ketika itulah datang dua, tiga orang lelaki yang prihatin cuba membantu. Mereka minta saya duduk di tepi dan mereka akan tolong saya dapatkan barang-barang berharga yang lain (termasuk selipar jepun saya untuk dipakai). Lucky hari itu saya tiba-tiba tak mahu bawa camera, tak mahu bawa laptop juga. Kalau tidak mungkin habislah kesemuanya.

“saya nak cari telefon, saya nak call husband, saya nak call husband….”
“takpe, takpe. duduk tepi dulu”

Ketika itu orang dah semakin ramai. Saya tak sempat nak mengamati setiap satu. Tapi saya memang tak henti bersyukur kerana… ya, saya masih hidup! Malah cukup waras untuk memberi nombor telefon hubby kepada encik tadi dan dengan telefon dia lah saya dapat hubungi hubby. Ramai rakyat malaysia ni yang prihatin. Tak kurang juga yang hanya memerhati. Tapi saya memang berterima kasih kepada encik itu (walaupon tak sempat tahu nama pon) kerana dia antara orang terawal yang membantu. Dan kepada yang memberi saya air untuk cuci luka yang kotor. Dan tak kurang juga kepada yang bersungguh offer nak bawa ke hospital. 


Ya, memang saya nak pergi hospital. Tapi untuk masuk ke office, bukan sebagai patient. Tapi nampaknya hari ini adalah hari yang berbeza buat saya. Berkali-kali mereka yang prihatin tawarkan untuk bawa saya ke hospital. Saya tengokkan juga open wound di kaki. Ya daging yang terdedah usah dibiar lama. Saya menolak beberapa kali dengan alasa nak tunggu hubby. Tapi akhirnya saya terpaksa pergi jugak dulu sebab hubby lambat sampai demi taknak open wound tu dijangkiti kuman.

Di hospital, saya menerima tiga jahitan (dah mention earlier) di kaki kiri. Sepatutnya lepas itu sahaja saya dah boleh balik. Result x-ray baik-baik sahaja. Saya sedang melihat bagaimana iradat Tuhan. Tidak ada kecederaan fizikal yang teruk bila Dia mahu begitu. Bagaimanapon, saya ditahan selepas didapati mengalami tachycardia. Saya mencuri dengar perbualan doctor bahawa jantung saya berdegup selaju 250 kali/minit sedangkan dewasa normal hanya 60-100 kali/minit. Padanlah semua orang kata badan saya menggigil dengan sangat ketara.

Selepas rawatan IV drip selaju 2drops per sec, sehinggalah jantung saya kembali normal, saya dibenarkan berehat selama mana saya mahu (saya nak tunggu hubby je) selepas itu saya dibenarkan balik ke rumah dan berehat on MC.




Selepas kejadian, saya masih tidak tahu dari mana datangnya rasa tenang ini. Saya tidak pernah menangisi keadaan vivian. Tak dinafikan saya trauma barang sehari dua, impak pelanggaran seperti terasa-rasa dan berulang kali datang di dalam mimpi. Tapi alhamdulillah selepas itu saya boleh melihat tempat kejadian tanpa rasa apa-apa. Tapi untuk bersedih dengan kehilangan harta, syukur saya tidak dibebani dengan perasaan sebegitu.

Bagi saya setiap musibah yang berlaku adalah untuk di-muhasabah. Tentu Allah sayangkan saya kerana melindungi saya sebegini. Dan sebenarnya saya berasa malu kerana amalan tidak pon seberapa malah belum tentu diterimaNya. Dan dari sudut yang lain pula, kini saya lebih pasti bahawa suami lah orang pertama di hati saya. Begitu juga saya lebih tahu siapa yang lebih mengambil berat tentang saya di kalangan ahli keluarga. Semuanya diperlihatkan olehNya secara terang-terangan.

Mungkin ada banyak lagi mesej di sebalik kejadian ini untuk saya. Setiap hari pasti saya tak lupa untuk mengenang kejadian ini, kerana saya mahu setiap hari baru, saya merungkai satu lagi hikmah baru yang Tuhan mahu berikan di sebaliknya supaya saya tidak kufur dengan nikmat ini. Paling tidak, saya tahu ini adalah peluang kedua buat saya. Kalau dilihat dari fizikal, memang ramai yang beranggapan hanya mengalami kemalangan kecil. Tetapi saya menganggap ianya sesuatu yang sangat besar buat saya. Cukup besar untuk saya mempelajari dan mengkaji semula erti kehidupan di dunia.

Wallahua’lam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails